Saturday 16 February 2013

Novel Grafik Warisan Puaka

Semalam ronda2 kat Popular Wangsa Walk,kononnya nak cari buku yang menarik untuk di baca,tapi takda yang menarik.last2 aku beli novel grafik keluaran GempakStarz ni..


Agak menarik jugalah novel grafik seram ni,menggabungkan cerita2 hantu/seram yang telah kita dengar sejak kecik lagi yang boleh di kategorikan sebagai 'Urban Legend'.kira kisah turun temurun dari zaman tok nenek moyang kita dulu la..novel grafik ni sebenarnya,antara komik2 pendek hasil nurkilan Nizam Bachok yang pernah keluar dalam majalah Gempak dulu.section yang bertajuk 'Dari Alam Angker'.


Ada 5 cerita kesemuanya dalam novel grafik seram ni,antaranya Toyol,Orang Minyak,Susuk,Anak Patung Manisah dan Garam.walaupun hanya bacaan secara santai,novel ni hanya sesuai untuk 18+ je.kat cover novel ni pun dah siap bagitau untuk bacaan 18+ ke atas je,pasal banyak unsur tahyul.takut nanti budak2 yang bawah 18 baca terpengaruh pulak.

Nizam Bachok,penulis dan pelukis novel grafik ni.antara anugerah yang beliau pernah menangi,pelukis digital terbaik,dan pameran hasil karya beliau.

Yang ni pulak hasil lukisan beliau dalam koleksi Warisan Puaka ni..


Orang Minyak : kisah orang minyak yang mengganggu ketenteraman kampung Ulu Bertam.bukan seorang,orang minyak ni adik beradik,di sebabkan oleh dendam ayah mereka di kampung tersebut.

Akhirnya kepala orang minyak 2 beradik ni kena penggal,ayah mereka,yang juga jadi tok guru bagi diorang pun akhirnya kena bunuh gak.

Kisah 2 : Susuk


Kisahnya ada sorang pompuan ni selalu la kena ejek,kena perli,kena kutuk kerana tersangatla buruk rupa paras dia,sampai satu hari tu dia ada jumpa sorang nenek ni yang tolong dia nak bagi cantik,kasi dia pakai susuk..so nenek tu cakap kalau nak susuk tu sebati dalam diri dia,dengan syarat dia kena kekalkan dara dia dan cari 7 darah anak dara.bila dah hampir selesai untuk darah anak dara yang ke 7,dia pulak kena bunuh ngan nenek tu.rupanya nenek tu pergunakan dia untuk melengkapkan ritual untuk diri dia sendiri sebenarnya..nenek tu pun tak larat lagi,dah tua tu pasal la dia pergunakan pompuan tu..pompuan tu dah minum 6 darah anak dara,campur dengan darah dia sendiri kira 7 la..

nenek tua tu nak bunuh pompuan tu untuk melengkapkan ritual untuk dia sendiri yang sebenarnya

Kisah 3 : Toyol


Kisah toyol ni dulu selalu jugak la aku dengar masa era 80an dulu,orang melayu kita yang pegi mekah dulu2 sebenarnya beli toyol untuk pegi curi duit.kisah dalam grafik novel ni sama dengan apa yang aku dengar dari mulut ke mulut orang2 tua dulu.


Cerita ni berakhir dengan tuan punya toyol tu kononnya nak bunuh toyol tu,tapi sebenarnya yang beliau bunuh ialah anak dia sendiri..

Kisah 4 : Anak Patung Manisah


Antara cerita paling panjang dalam novel grafik ni,yang paling best,dan yang paling gore..! heheh..kalau di buat dalam bentuk drama seram macam cerekarama pun ok jugak ni.antara karya terbaik dari Nizam Bachok ni pada aku lah..



Cerita dalam ni memang agak panjang,hanya kerana anak patung,ramai nyawa yang melayang.

Kisah 5 : Garam


Kisahnya pasal ada sorang wak ni nama dia Wak Bing.dia ni selalu merungut pasal banyak hutang,pasal takda duit,so lepas dengar cerita sorang member dia ni,kalau nak duit pegi kat hutan mati kat hujung kampung,bawak garam banyak2 bagi hantu garam makan,time hantu tu datang makan garam dengan duit sekali  hantu tu bawak.tapi duit tu kalau matahari terbit,terus bertukar menjadi daun.Wak Bing tension,last2 dia dapat idea macam mana nak buat duit tu sebelum bertukar jadi daun,pinjam duit dengan ah long,dia janji ngan ah long tu akan bayar balik sebelum matahari terbit.
hantu garam datang bawak duit

Last2 Wak Bing mati kena bunuh ngan ah long tu pasal duit yang dia bayar kat ah long tu dah bertukar jadi daun kering.


Sampaikan bila Wak Bing ni dah mati,Hantu garam pulak yang menuntut hutang dari dia..heheh..

Tu je lah cerita yang terdapat dalam novel grafik ni.pada penggemar kisah seram,hantu dan suka baca komik2 seram secara santai boleh la beli novel grafik ni.harga pun tak mahal,cuma rm 6.50 je.lagi pun karya anak tempatan jugak.penulis/pelukis Nizam Bachok ni bijak mengolah cerita seram ni secara ringkas dan padat..lukisan beliau pun menarik dan 'dark' sesuai dengan elemen seram yang ingin di sampaikan.

***(Best!)

7 comments:

  1. sekarang ni gempakstarz jual novel grafik diorang di 7 eleven jugak...tu yg senang nak beli mana2 keluaran diorang...tapi yang ni macam jarang saja aku nampak, samada kat popular ataupun 7E...mgkn aku terlepas pandang kot

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku beli kat popular semalam bro,mula2 aku tgk banyak komik seram saduran dari jepun,tgh belek2 jumpa yg ni pulak.lagi pun pelukis dia anak tempatan,aku pun beli..bila mau review buku dracula bro?

      Delete
    2. Errrkkkkk....masih blm habis baca lagi bro...sedih ™

      Delete
  2. Aku ingat ko da abes baca bro..hehe..smlm ada jugak aku perasan kat popular,tapi bentuk buku dia mcm bible la pulak

    ReplyDelete
  3. wow... Nizam Bachok mestilah artis yang baik... i am akan membeli komik ini...

    ReplyDelete
  4. wow terbaik ni kalau dapat.

    ReplyDelete
  5. nice review bro...nizam bachok mmg pengkarya seram yg padu...

    ReplyDelete