Monday 4 February 2013

Metal Hammer January 2013

Sepatutnya di publish pada januari haritu..tapi biasalah tahap kemalasan melampau..hehe..



Cover Metal Hammer untuk januari ni biasalah,rockstar yang dah bergelar selebriti siapa lagi kalau bukan Lars Ulrich Metallica.boleh di katakan setiap kali beli Metal Hammer ni dapat free gift.untuk issue ni,dapat cd free dengan kalendar tahun 2013.


Kalendar tu kebanyakkannya gambar2 cover art dari album band2 generasi baru macam Mastodon,Lamb Of God,dan macam2 band lagi.

cd free.lagu dari band2 baru.belum try dengar pun..hehe..


Kisah West Memphis 3,yang pernah menggemparkan dunia muzik heavy metal sekitar awal 90an dulu,kisah ketiga2 bekas banduan ni yang penah di tuduh bunuh 3 orang budak lelaki untuk ritual muzik metal kononnya,yang menyebabkan kebanyakkan band2 metal kat sana tak boleh nak cari makan dah..(sama macam kes Black Metal kat Malaysia ni la,sampaikan diorang kata Metal Hammer ni buku puja setan..lawak sungguh!)

Nostalgia 1980an.Iron Maiden live 'The Number Of The Beast Tour'.gerek la Eddie 'Killers' tu

Berkongsi tips bermain drum antara Vinnie Paul (ex Pantera,HellYeah) dengan Chris Adler (Lamb Of God)


Cover story,Lars cerita pasal pembikinan album Metallica,ada solo,ada bunyi snare katanya..yang lain2 cerita pasal movie Metallica 3D yang akan di tayangkan pada bulan August nanti.cerita pasal dvd Quebec Magnetic,masa konsert tu diorang tak guna pun skrin besar yang selalu di gunakan yang di letak di kiri kanan pentas,Metallica nak kan crowd tumpukan kat pentas je.(tapi kalau yang jauh2 tu macam mana nak nampak tu)

cerita pasal setting pentas metallica dari awal 80an sampai ke setting 3D stage
cerita pasal Orion Festival mereka.tahun ni Orion Festival kembali lagi
yang ni lars merapu

papa het

merapu lagi

Cerita pasal abang Mus Megadeth pun ada.abang Mus jadi warga negara yang bertanggung jawab dengan keluar mengundi..hehe..dia pun dah melibatkan diri dalam politik jugak.

abg mus cakap dia sokong Obama dan vote for Obama

Cradle Of Filth
Cerita pasal Cradle Of Flith dengan anggota barunya yang nama hampir sama dengan Dani Filth.sorang lagi bernama Daniel Filth.

soalan untuk Duff Mckagan




Yang ni pulak best of gigs tahun 2012 yang telah di perakui oleh Metal Hammer..

the winner is Black Sabbath


Promo dokumentari Saxon ' Heavy Metal Thunder'..macam menarik je.nak cari la nanti kalau ada.


Promo Helloween,kenapa kecik je,bukan satu page penuh untuk review album ni?Straight Out Of Hell ni best apa..


Motorhead punya boxset yang baru di riliskan..meleleh siot..


Walaupun majalah ni ada orang cakap pasal negatif yang ada kat dalam ni,cuba tengok iklan ni,Metal Hammer pun prihatin dengan apa yang berlaku di Syria.


Promo Download festival Donnington..ni yang incik Deaf nak pegi nanti kan.(sila abaikan Slipknot..haha)


Live konsert.Devin Townsend Project live UK.kira femes jugak la Devin ni kat UK eh..

Konsert Nightwish yang memperkenalkan penyanyi barunya.yang bernama Floor Jansen menggantikan Annete Olzon (yang menggantikan Tarja penyanyi asal Nightwish)ada live Alice Cooper yang di iringi oleh Orianthi (yang penah bermain ngan Steve Vai,anak didik Steve Vai kalau tak silap)Orianthi ni pernah riliskan album solo gitar dan pernah buat video klip ngan Steve Vai.

Tu je lah yang menarik dalam Metal Hammer issue Januari ni..yang lain2 tak berapa nak menarik sangat,semuanya cerita pasal band Metalcore..

5 comments:

  1. emmm..bolehlah baca sini dari tak ada..hehehe

    ReplyDelete
  2. Article pasal Vinnie Paul dgn Chria Adler tu mcm menarik saja...

    ReplyDelete
  3. macam best ye edisi ni..
    Metallica datang Oz lagi, headline Soundwave Fest.
    Pada aku la, aku strongly rekemen sapa2 minat pegi Soundwave Perth pasal dekat giler, air-asia semua ada...
    Soundwave satu hari je festival dia, kalo ada band2 yang diminati, memang berbaloi sekali backpack lepas tu tambah satu dua hari jalan2 kat Perth.

    ReplyDelete
  4. Popular JB sejak2 lepas renovation...takder dah majalah2 metal ni semua...boring betul...

    ReplyDelete
    Replies
    1. 2 tahun lepas aku selalu beli metal hammer kat satu kedai dlm holiday plaza,apa nama kedai tu lupa lak.skang taktau la wujud lagi ke tak

      Delete