Monday 15 February 2016

Life Is Strange (2015) PS4




Pada asalnya game ini hanya ada dalam versi digital download yang boleh di download di Playstation Network.oleh kerana rumah aku memang tiada kemudahan internet,terpaksalah tunggu versi blu ray (game2 playstation 4 memang menggunakan disc blu ray) yang baru di lancarkan pada pertengahan januari yang lepas.ia nya di keluarkan serentak untuk semua platform seperti PS3,Xbox 360,XboxOne dan juga versi PC.




Game ini juga telah memenangi pelbagai kategori seperti 'best plot twist' pujian yang tinggi melangit dari pengkritik,review dari majalah2 game  dan banyak lagi anugerah yang di menangi.

Game yang bergenrekan thriller dan adventure ini memang menarik.memang aku puas hati sangat lah main game ni walaupun cuma 5 episod.secara ringkasnya game ini mengisahkan tentang seorang pelajar dalam jurusan seni fotografi iaitu Maxine Caulfield yang tiba2 mendapat satu kuasa luar biasa yang membolehkan beliau  mengundurkan masa.dengan kuasa yang ada,beliau cuba untuk menyelamatkan kawan2 nya yang menghadapi masalah.

Walaupun grafiknya agak kurang menarik dan banyak kritikan dari peminat game kerana grafiknya yang tak berapa cantik,tapi pada aku asalkan gamenya menarik dan jalan ceritanya pun best,takda masalah pun,janji jangan susah sangat gameplay nya.kalau gameplay pun dah susah dan rumit,memang malas la aku nak main..heheh


4 comments:

  1. teringat aku waktu main silent hill 3 (PC) - puzzle susah, horror mmg horror... plng tensen, kontrol karekter mcm nak kontrol helikopter

    ReplyDelete
  2. lama dah tak follow pasal game2 ni semua...ketinggalan zaman dah...

    ReplyDelete
  3. Gamme gini kalau pakai screen besar2 nye, dahsyat

    ReplyDelete