Monday 22 February 2016

The Gangster (2012)




Filem ini adalah filem Thai,kalau dalam bahasa siam ia di sebut 'Antapal'.sejujurnya aku memang kurang melayan filem dari Thailand ni,(Thailand juga antara pengeluar filem seram Asia) tetapi filem ini menarik minat aku untuk menonton nya..
Filem ini berdasarkan dari kisah benar tentang dunia gangter/samseng di Thai pada tahun 1950an dan 60an.jalan ceritanya menarik,di selang seli kan antara cerita dan temuramah dengan bekas gangster dan rakan2 gengster di Thailand.

Mengisahkan Jod,yang baru keluar dari penjara yang kononnya nak 'cuci tangan' tak mahu terlibat lagi dengan dunia gangster di Thailand,tetapi akhirnya tepaksa juga kembali ke dunia gangster kerana desakan hidup.oleh kerana nama beliau di geruni oleh gangster2 lain di Thailand,Jod mula mendapat pengaruh dan pengikut yang ramai.walaupun beliau gangster dan di geruni,tetapi beliau berhati mulia,kerap menolong orang2 susah.kira lebih kurang macam Robin Hood la kan.

Jika anda peminat filem bercorak gangsterisme,boleh layan filem ini,memang tak membosankan.

4/5*


3 comments:

  1. filem thailand klu komedi pun best.. selalu tgk kat astro citra.. bang rajan lah paling aku suka.

    ReplyDelete
  2. kalau terjumpa nanti aku try tengok...

    ReplyDelete
  3. tq for sajes.. klu thai asalkan bkn pilem cinta.. aku mmg layan..hehe

    ReplyDelete