Sunday, 28 February 2016

Tila - Rela/Etika Cinta 12' Singles (1990)

Antara 'guilty pleasure' (nikmat bersalah?)




Singles rekod 12 inci yang terjumpa secara tak sengaja ketika tengah carigali rekod2 melayu lama di kedai uncle Joe.oleh kerana ia nya mempunyai nilai nostalgik,tanpa fikir panjang aku terus beli.






Kondisi rekod masih lagi cantik.menurut uncle Joe,rekod single ini sebenarnya hanya untuk siaran radio sahaja,di guna untuk mempromosikan album pertama Tila ini.dan lagu yang betul2 popular sejak dari tahun 1990 sehingga sekarang ialah lagu 'Rela'.









Barisan pemuzik untuk album ini juga hebat2 belaka.untuk gitar je ada Zulkif,Man Kidal,Zainal Rampa dan juga Allahyarham Samad.tak hairan lah kenapa lagu Rela begitu popular pada era 90an dahulu.







Lagu 'Rela' di cipta oleh dua komposer hebat iaitu Rahim Othman dan Saari Amri.lagu ini juga pernah di nyanyikan kembali oleh penyanyi terkenal Indonesia iaitu Inka Christie,dan juga penyanyi Eja.tapi aku lebih suka versi asal nyanyian Tila ini,baru ada 'jiwa'..heheh..

Versi Eja :



Versi Inka Christie :



Versi asal :

4 comments:

  1. Rare ni. Sampai aku tak pernah tahu pun pasal artis ni.
    thanks for sharing this future museum piece.

    ReplyDelete
  2. pehhh lagu rela tu memang top dulu.. mmg biasa dgr lagu ni.. mmg nostalgik.. asal kakak aku karok lagu ni la antara wajib.. aku nk cari cdnya klu ade.. hehe

    ReplyDelete
  3. fuhh lagu faveret tu rela, ingatkan eja punya real penyanyinya..

    ReplyDelete