Thursday 11 February 2016

Juara Juara Rock 1 & 2 (1987) Reissue 2015

Lagi2 rock reissue.28 tahun yang lalu..





Dulu aku ingat kompilasi ni takkan ada lagi di jual (pernah di reissue pada tahun 2001 dengan packaging yang lain) tapi setelah 28 tahun kompilasi ini di pasarkan semula dengan packaging yang asal sama seperti versi kaset dahulu.tahun 1987 aku baru je darjah 5.heheh..tapi di sebabkan album ni memang mempunyai nilai nostalgik,kerana abang2 aku pernah beli kaset versi lanun,dan hari2 jugalah aku dengar lagu2 dalam album JJR 1 dan 2 ni dan boleh di hafal juga la lagu2 rock keras dalam ni.





Sound yang dalam album ini pun aku suka,sebab ia nya sound 'raw' rock melayu 80an,sound heavy metal kental,bunyi dari zaman analog memang enak di dengar.sebab aku membesar pada era ini dengan rock hasil dari pengaruh abang aku menyebabkan separuh dari jiwa rock aku banyak tertinggal di tahun 80an..heheh







Bukanlah nak mereview sangat pun sebab ramai dah rakan2 blog dah buat entri pasal album ni.kesemua lagu dalam kedua2 album ni memang best,banyak kenangan dan sentimental value walaupun ada sesetengah lagu tu ada la ceduk sikit lagu2 dari band2 rock barat.kepada abang2,kakak2 yang dulu nya rock tapi nak mengimbau kenangan dulu boleh beli album kompilasi ni.rok terus rok!..heheh..


Trivia : Nasha/Bandi Amuk juga pernah terlibat dalam album kompilasi Batu-Batu Perjuangan bersama dengan kumpulan Nuzzantara.

6 comments:

  1. 30+ tahun, persepsi umum terhadap rock masih sama...

    ReplyDelete
  2. lagi lagi reissue..hehehe.. dlm banyak2 siri gagasan, botb n jjr ni la sound plg best.. rakaman guna analog sume..sound clean je..tu yg mahal.. tp drum tu aku rase dorg gne drum letrik..

    ReplyDelete
  3. Yay!!! Jjr dan jjr2.
    ok tu slayer apa tu poster ke vinyl

    ReplyDelete