Friday 18 September 2015

May - Keras (1997)

Ni bukan rilisan semula,tapi rampasan semula.(member aku pinjam buat harta daa..)



Pertengahan tahun 90an sehingga ke penghujungnya,banyak band2 rock suka buat lagu atau album cover version.lagu2 dari era 50an dan 60an yang di olah semula dengan muzik rock atau metal.(di katakan kumpulan XPDC yang memulakan cover version lagu pop yeh yeh 'Hidup Bersama')bermula pada ketika itu banyak kumpulan2 rock mula memainkan lagu lama yang di berikan 'nafas baru' termasuklah kumpulan May dengan album 'Keras' ni.







Memandangkan aku pun dah jemu dengan lagu 'Jemu',album ini adalah jawapannya kalau nak dengar lagu cover version acuan May.walaupun bukan Mus yang nyanyi dalam album ini,kesemua lagu2nya memang kena dengan nyanyian Oney (bekas penyanyi kumpulan Lipan Bara) ni.sesuai dengan tajuk album 'Keras' memang lagu2 cover dalam album ni keras dan heavy.






Lagu2 yang pernah popular suatu ketika dahulu seperti 'Hoi Hoi Ya Hoi/Lagu Penyamun' dari filem 'Ali Baba Bujang Lapok' 'Pontianak' 'Joget Gembira' (cover The Mercy's) Bunyi Gitar (dari filem 3 Abdul) dan juga lagu baru dalam album ini ciptaan Man May iaitu 'Bergegar Segunung Rindu' (kalau dalam album Otai Jamm 2,Man sendiri yang nyanyi)

Walaupun hanya album cover,tapi susunan muzik dan kerja gitar dalam album ni memang best.sebab tajuk albumnya pun Keras,terpaksa la aku rendahkan bunyi kat earphone aku sebab sound gitar Abu dalam ni memang nyaring.
Sesiapa yang belum pernah dengar album ni cuba la dengar,best jugak dengar lagu2 lama yang di heavykan.paling aku suka 'Lagu Penyamun' tu.


5 comments:

  1. Bergegar Segunung Rindu definitely aku rasa aku nye top 5 May songs ever....
    first time ni album keluar aku terus beli pasal tu jam aku kumpul semua metal 60an type of albums... semua lagu sedap tapi last song... happening. Dari mula, masuk verse, korus, dan sampai abis. Dengar berulang.

    ReplyDelete
  2. pertengahan hingga akhir 90an muzik malaysia memang banyak musim... musim alternatif, musim dangdut, musim nasyid, musim siti nurhaliza wannabe, musim latin (ingat lagi shawn baharin?), dan musim cover metal 60an

    ada lagi tak yg aku miss?

    ReplyDelete
  3. Lagu penyamun tu memang sedap...thrash..

    http://berteromber.blogspot.my/2011/10/keras.html

    ReplyDelete
  4. lagu puntianak tu aku suka, kalu aku jumpa versi kaset album ni aku beli.

    ReplyDelete
  5. dlu pnah jumpe album ni...tp xbeli...sbb xde lgu Jemu...hehe

    ReplyDelete