Tuesday, 29 September 2015

Junction - Petualang (1990) Reissue 2015

Ingatkan nak beli album 'Penentuan' sekali,tapi habis stok la pulak..aku beli ni je dulu..




Tahun 1990,pada era ini dah kira penghujung era rock kental yang di ganti kan dengan rock leleh dan pada masa yang sama demam thrash metal mula melanda yang menyebabkan bebudak rock kat kampung aku dah suka pakai tshirt hitam band2 dari luar negara seperti Kreator,Sodom (baju Agent Orange amat terkenal pada ketika itu)Nuclear Assault,Sacred Riech dan Overkill.1990 juga menyaksikan beberapa album rock yang di riliskan dan seterusnya menjadi sejarah dalam industri muzik rock Malaysia.antara album yang di riliskan pada tahun itu ialah 'Wings - Teori Domino', 'May - Rahsia', 'Rockers - Andalusia','Desire - Kata,Kata,Kata','Ella - Puteri Kota','XPDC - Darjah Satu','Crossfire - Erosi','Iklim - Satu Kesan Abadi''Burnmarks - Asmara' dan juga beberapa kumpulan baru yang aku lupa tajuk albumnya seperti 'Hidayu','Babylon' yang line up dia adik beradik kembar Hassan dan Hussin tu,kumpulan Metafora,Kalahari (band dari Singapore tapi tak sepopular Rusty Blade dan Rockers) dan juga Junction dengan album 'Petualang' ini.





Untuk album ketiga Junction ini,menampilkan vokalis baru Acid yang menggantikan Hatta,vokalis asal Junction untuk 2 album terawal Junction (Arah dan Penentuan)album ini juga di terbitkan sendiri oleh Junction dan kesemua lagu dalam album ini semuanya ciptaan Junction sendiri,tiada campur tangan dari pihak lain.mungkin kedua album sebelum ini terpaksa mengikut kehendak syarikat rakaman,album ketiga ini Junction menggunakan seluruh kuasa veto nya dalam produksi dan di rakamkan di Lion Studio Singapura (memang studio legend ni)dengan elemen heavy ala2 thrash metal.mungkin album ini di hasilkan dengan pengaruh elemen thrash yang sedang meningkat popular pada ketika itu.





Kerja gitar dalam 'Petualang' ini  agak menarik juga,menampilkan riff2 heavy yang laju tetapi kemas,solo yang tidak terlalu panjang dan mendayu.track pertama 'Tamar Jalis' mengingatkan aku kepada lagu King Diamond 'Sleepless Nights' sebab lagunya seakan2 sama,dengan suara hantu yang garau ala King Diamond,dan jeritan vokalisnya juga seakan sama macam KD.tapi kira best jugak la lagu ni tribute untuk Tamar Jalis 'Stephen King' versi melayu..heheh.
Track pertama dan kedua memang lagu heavy,masuk track ketiga lagu 'Cebisan Luka' lagu ni mid tempo,bukan slow rock,macam aku cakap tadi Junction memang nak buang imej rock leleh dia agaknya,sebab lagu ini takda la jiwang pun,ala2 'The Unforgiven' Metallica pun ya jugak ni..hehe..







Sound untuk versi reissue ni memang aku puas hati la,mungkin sebab album ini ada master asal dia kot.kali ini Junction memang betul2 menjadi sebuah band,sebab kesemua lagunya ciptaan Junction sendiri.sound yang keluar dari album ini memang enak di dengar. pada aku album ini pengaruh'King Diamond+Dio+Poison+Motley Crue+Skid Row+Malmsteen+Metallica'
Kalau rasa nak dengar rock melayu yang betul2 'rock',boleh layan album 'Petualang' ni.



7 comments:

  1. album ni dlm list aku utk dibeli...terus terang aku mmg x minat 2 album leleh dorg..bukan psl leleh, tp lagu lelehnya x sedap pun...hahahaha

    ReplyDelete
  2. lagu paling aku suka dlm album power ni ialah 'Penyakit Syaitan'..... lari!!!

    https://www.youtube.com/watch?v=A9Q-Y3Jx_Os

    ReplyDelete
  3. cd aku on the way...sebelum ni memang tak pernah dengar album ni...

    ReplyDelete
  4. yg aku pnah dgr tamar jalis...pestaim dgr igt band len punye lgu...upenye Junction...pasal seblumnya dorg ni band melelehhh

    ReplyDelete
  5. nak kena rembat jugak satu nih..

    ReplyDelete
  6. antara lagu best dalam ni ,kepastian, cebisan luka, kembali.... terima kasih sebab review album ni... sebelum ni tak pernah dengar lagu dalam album ni

    ReplyDelete