Tuesday, 8 September 2015

Scorpions - World Wide Live Vinyl (1985) Japan Pressings

Dah lama tak tampal LP,album live Scorpions yang ini pun dah masuk 30 tahun..




Secara peribadi.hanya 2 album live Scorpions yang aku suka,album 'World Wide Live' ini dan juga 'Tokyo Tapes' (yang Tokyo Tapes belum dapat yang versi vinyl) kerana pada aku kedua2 album ini soundnya memang betul2 sound live dan antara rakaman live yang terbaik sebelum era digital.album live ini di terbitkan sempena tour album 'Love At First Sting'


belakang.trademark diorang masa zaman muda2 dulu.


Yang aku punya ni versi cetakan jepun,memang agak menarik jugalah packagingnya.walaupun rekod yang aku dapat ini hanya piring hitam terpakai,tapi kondisi rekodnya masih lagi cantik dan tiada cacat cela..layan gambar je lah eh.


line up 'Love At First Sting' tour



gatefold



Lagu2 dalam album ini juga antara lagu2 kegemaran yang selalu aku dengar masa zaman bebudak dulu antaranya 'Holiday' 'Bad Boys Running Wild' 'Coming Home' 'Blackout' dan juga 'Still Loving You' (kalau lagu jiwang ni Scorpions ni pun taktau pegi lah dengar cd Feminin) heheh..Album ini juga ada di keluarkan dalam format VHS tape tapi cuma ada 11 lagu je.sebab zaman tu teknologi dvd dan blu ray pun belum wujud lagi macam sekarang.











Ada lagi..


yang ni semua tulis jepun,aku pun tak paham apa yang di ceritakan




gambar kocek dalam.aksi2 semasa konsert







double lp



setlist


Dah taktau nak cerita apa pasal album ni..hehe..rasanya ramai peminat Scorpions yang tau pasal album ni kan?.cuma lagu2 nya yang betul2 meninggalkan kenangan masa aku budak2 dulu.untuk versi cd jenguk kat blog Berteromber kat sini :
http://berteromber.blogspot.my/2015/08/world-wide-live.html

6 comments:

  1. Cantiknye... Aku pun ingin memiliki nye satu hari nanti.
    Cita-cita je dulu......
    Versi ni nye Make It Real, No One Like You, Big City Nights, Zoo, wahhhh terngiang dalam kepala

    ReplyDelete
  2. memang teringin nak beli LP album ni...tapi memandangkan keadaan RM sekarang ni yang tak berapa mengizinkan....segala projek membeli LP dibekukan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha..tau takpa.melingkup woo..dengan rm yg susut lagi..

      Delete
  3. dh lama jgk aku berhajat nk beli album live scorpions neh...tp nk beli sebijik album neh leh dpt 12 bijik album tempatan...bikin garu kepala jga

    ReplyDelete
  4. puas hati packaging macam ni..banyak gambar..detail.. gambar cover belakang tu epic abis.

    ReplyDelete