Saturday 16 May 2015

Balada Orang Berdosa (1992)

Flashback Saturday minggu ini..

gambar cilok kat google


Dalam banyak2 cd dan kaset yang aku tak ambik peduli waktu di riliskan,yang sekarang ini boleh di levelkan 'masterpiece' dah tentu lah album ini.memang menyesal tak sudah aku.kalau sekarang aku rasa memang susah nak jumpa kot? (kalau sesapa ada album ni dalam simpanan sila tampal please) ini adalah antara album bertemakan ketuhanan atau pun album nasyid yang agak 'art' dari stail muzik dan konsepnya.kesemua artis dan komposer dalam album ni memang legend.di terbitkan oleh Fauzi Marzuki,Jenny Chin dan Mac Chew (diorang bertiga ni dulu memang femes)komposer legend yang ada dalam album ini seperti M.Nasir,Siso Kopratasa,Sam Dllyod,dan Zubir Ali.juga dua lagu cover version dari Tan Sri P.Ramlee.
Lagu yang paling terkesan sekali dalam album ini dah tentunya lagu nyanyian Aris Ariwatan iaitu 'Permaidani' 'Kepadamu Kekasih' dan juga lagu 'Selimut Putih' ciptaan El Suraya (penah dulu masa aku jual burger depan kelab dangdut kat Jalan Ipoh,aku kena marah dengan orang2 tua yang baru keluar dari kelab tu pasal aku pasang lagu ni,kebetulan lagu tu keluar kat radio bukan aku pasang kaset pun..hahah..marah pun pasal konon nak tunjuk macho depan awek2 gro tu..heheh..)setlist lagu2 dalam album ni ialah :

1.Balada Orang Berdosa (nyanyian Aris Ariwatan) (Fauzi Marzuki/Zubir Ali)
2.Doa (nyanyian kumpulan Illusi)- (Zubir Ali/Chairil Anwar)
3.Alhamdulilah (interlud) - (P.Ramlee)
4.Tetamu Senja - (Siso/A.Samad Said)
5.Selimut Putih (El Suraya)
6.Keagungan Tuhan (lagu cover Dllyod nyanyian Illusi)
7.Tiada Tuhan Melainkan Allah (instrumental)
8.Kau Yang Satu (M.Nasir/M.Nasir)
9.Kepadamu Kekasih (nyanyian Illusi) (M.Nasir/Eunosasah)
10.S.A.W (interlud)
11.Permaidani (nyanyian Aris Ariwatan) (Yusri Abd Rahman/Iman Zali)
12.Rukun Islam (epilog) (Tan Sri P.Ramlee)

Kesemua lagu ni bila di dengar boleh menenangkan jiwa (setan2 King Diamond,Behemoth ke akan insaf jugak bila dengar lagu2 dalam ni..heheh)try la dengar.memang best,menarik dan mendamaikan jiwa bila dengar lagu2 dalam album ini..



3 comments:

  1. tak pernah tau keujudan album ni...tahun 92 tengah metal hantu...hahaha...

    ReplyDelete
  2. aku pn sama, tak pernah tau pasal album ni, cuma lagu Permaidani tu mmg fames la dan slalu dengar

    ReplyDelete
  3. super rare... aku ada kaset nasyid best2 juga lagunya haha

    ReplyDelete