Tuesday 26 May 2015

Metallica - Ride The Lightning LP (1986)

Album ni sebaya dengan adik aku dah 31 tahun dah..




Sebelum ni aku penah tampal piring 'Kill 'Em All' versi cetakan terbaru dari Blackend Recordings (Metallica punya label sendiri)dan ini album kedua 'Ride The Lightning' adalah versi cetakan tahun 2008 keluaran Universal Music.(aku tak macam sesetengah collector yang sibuk nak kumpul 1st pressing la,UK pressing la,Japan pressing la pada aku bunyi yang di keluarkan tetap sama,so aku tak cerewet tentang bunyi,kalau nak bunyi sedap beli sound sistem yang berjenama mahal,bukan beli yang kat pasar pudu,lepas tu komplen cakap reissue tak sedap la apa la..haha)




Kalau sesapa yang ada French pressing,yang tu memang rare,pasal cover depannya warna hijau,bukan warna biru yang biasa ni.sebab record label kat French tu salah print warna,dan telah di cetak sebanyak 400 keping.yang tu kira 'collector's item' la orang jawa panggil.



So album RTL ni ada 2 lagu hasil ciptaan bersama abg Mus Megadeth sebelum beliau di tendang keluar,lagu 'Call Of Ktulu' dan lagu 'Ride The Lightning',kerana masalah kewangan untuk sewa studio kat US yang agak mahal,mereka merakamkan album ini kat kampung Lars Ulrich iaitu Denmark dengan kadar sewa studio yang jauh lebih murah di Sweet Silence Studios.segala equipment yang mereka gunakan untuk album ini kebanyakannya pinjam daripada pakcik King Diamond dan Mercyful Fate.sebab tu la Mercyful Fate dan Metallica sampai sekarang diorang jadi best friend.(demi persahabatan tu la Metallica cover medley album 'Melissa' dalam album 'Garage Inc.' tu)


isi dalam

Idea untuk title album 'Ride The Lightning' datangnya dari Kirk Hammett berdasarkan dari novel Stephen King 'The Stand'.memang lagu2 nya banyak berinspirasikan dari filem,novel dan juga puisi.seperti lagu 'For Whom The Bell Tolls' berdasarkan dari novel hasil tulisan Ernest Hemmingway,yang mana intro bass dari Cliff Burton menurut kata beliau ialah demo yang beliau rakam sebelum join Metallica.'Fight Fire With Fire' pulak adalah lagu yang menjadi sumber inspirasi bagi band2 Black Metal eropah,banyak band black,death dan extreme metal cover lagu ni seperti Vader,Therion dan Abigail Williams.dan lagu yang menjadi trademark Metallica berdasarkan dari filem 'The Ten Commandments' iaitu 'Creeping Death'












"Creeping Death" describes the Plague of the Death of the Firstborn (Exodus 12:29). The lyrics deal with the ten plagues on Egypt, and throughout the song, four of them are mentioned as well as the Passover. With over 1400 plays as of 2013, Creeping Death is the second most performed live Metallica song after Master Of Puppets. The bridge of the song (with the recognizable lyrics "Die, by my hand!") was written by Hammett in Exodus for the song "Die by His Hand". The song was recorded and released by Exodus as a demo, but never featured on a studio album. "Creeping Death" was covered by Welsh glam metal band Tigertailz for a b-side in 1990, Welsh metalcore band Bullet for My Valentine on Kerrang!'s 25th Anniversary Higher Voltage compilation disk, the Italian black metal band Stormlord as a live track on its extended play The Curse of Medusa, and by rock band Drowning Pool on the Ozzfest 2002 live album. The intro was interpolated by ska band, The O.C. Supertones on the title track of their second album, Supertones Strike Back.

Ok,malas nak cerita panjang.rasanya ramai yang dah tau pasal sejarah album ni kan.pada pandangan aku,album ini merupakan album thrash terbaik era 80an yang memang betul2 'cult classic'.salah satu sebabnya dah tentu la ngauman bass Cliff Burton tu.(aku suka bunyi bass beliau dalam 'Call Of Ktulu' tu,macam2 bunyi dia buat.memang tak boleh celen ngan bunyi riff Hetfield ngan Kirk)album ini juga aku rajin dengar bila waktu nak kemas rumah dan mendobi kain baju..heheh..

p/s : lagu pertama yang aku main sewaktu nak belajar nak main gitar dulu ialah intro 'Fade To Black' tu..

7 comments:

  1. Kaset Pertama aku dengar dan tahu apa tu Metallica ialah Ride The Lightning.
    So sentimental faberet la.
    Walau pada aku album terbaik dorang is dot dot dot AJFA.
    Anyway band thrash Jepun yang lagi Metallica dari Modern Metallica sekarang iaitu Outrage pun cover lagu ni...
    giler nye version dorang...https://www.youtube.com/watch?v=AgJYRVf8EgM
    Jepun nyanyi omputeh..

    ReplyDelete
  2. fade to black menggamet kenangan...

    ReplyDelete
  3. RTL. pada aku album ni lebih pada mid tempo thrash sebahagiannya dan lebih menghampiri kepada Black album vibe keseluruhannya ( pada aku lah). fade to black mmg ber status cult, ramai yg suka tp true thrash maniac kata lagu ni sell out. Nak buat camane, James Hetfield sendiri mengaku dlm interview Metallica...in their own words(documentary sebelom RnR Hall of Fame) yang beliau secara rahsia mendengar lagu lagu dari glam hair metal bands untuk inspirasi. hahaha.

    ReplyDelete
  4. bace je post ni, lagu Creeping Death terus terngiang2...baru tau yg title album ni ilham dari novel the stand

    ReplyDelete
  5. kaset pertama Metallica aku MOP...tapi kalau nak kata album kegemaran dah tentu2nya RTL...All Killer no Filler!....banyak kenangannya album ni...

    http://berteromber.blogspot.com/2014/07/ride-lightning.html

    sayangnya tak mampu lagi nak berLP....

    dan aku setuju dengan ko...aku beli LP bukan pasal soundnya sangat...aku punya audio sistem pun cap ayam ajer...yang penting...janji ada...boleh belek2 gambo kavernya yang besar...(ini semua penyakit)...heheh

    ReplyDelete
  6. Sweet Silence Studio ekk...Hummm teringat album Rainbow - Difficult To Cure...

    ReplyDelete
  7. terbaik album ni. kaset aku hari tu dah bagi kat org huhu.

    ReplyDelete