Friday 8 May 2015

Avengers : Age Of Ultron (2015)



Cuti hari pekerja tempoh hari dapat la jugak tengok movie ni.di sebabkan cuti yang panjang dan ramai yang pulang ke kampung,menyebabkan panggung wayang lengang dan aku boleh sila panggung.heheh..
Ok lah sapa yang pernah menonton filem pertama Avengers ni,mesti tau filem ini mengenai apa.sekumpulan superhero dari dunia Marvel Comics yang bersatu sebagai sekumpulan superhero yang di beri nama The Avengers.cuma untuk sekuel ini ada penambahan hero baru selain dari hero yang pertama seperti Captain America,Thor,Iron Man,Hulk,Hawkeye dan mak janda hitam (Black Widow)dan watak baru tersebut ialah dua superhero adik beradik Maximoff iaitu Quicksilver dan Scarlet Witch dan juga  artificial intelligence Tony Stark iaitu J.A.R.V.I.S kini wujud sebagai superhero yang baru yang di hidupkan hasil bantuan Thor.




Tak mau spoiler lah,kalau suka filem superhero macam ni boleh lah tonton.ada juga elemen komedi untuk sekuel ini yang agak menarik juga (secara peribadi aku lagi suka watak penjahat dalam dunia Marvel macam Sinister Six yang akan ada filem nya sendiri pada tahun hadapan)cuma pada aku untuk sekuel yang kedua ni agak 'kureng' dari segi jalan ceritanya.aku lagi suka Avengers yang pertama dulu.tapi kalau dari segi aksi dan teknik kesan khas nya memang terbaik lah.
Filem ini memang sesuai la untuk tengok dengan family.budak2 mesti suka lah.cuma aku nak tengok kesinambungan dari filem ini nanti iaitu filem Captain America : Civil War yang akan di tayangkan pada tahun hadapan (kalau dalam komik civil war,Captain America dan Iron Man akan bermusuh)

p/s : mak janda dah ada feeling2 ngan Hulk.. :p

3/5*
                                              

5 comments:

  1. robot2 buatan ultron berkualiti rendah, ketuk sikit dah rosak...

    ReplyDelete
  2. thanks for the sypnopsis, maka dah selamat aku 2 jam tak yah tengok haha..

    ReplyDelete
  3. aku cerita2 superhero ni agak ketinggalan zaman...baru jer tengok Avengers yang pertama kat Astro bulan lepas...hahaha...

    ReplyDelete
  4. hurm kurang juga minat superhero ni, dalam avenger ni hanya hulk ngan iron man ja aku minat.

    ReplyDelete
  5. nak ulas jgak... tapi asyik malas ja, sebab bulan lepas byk sgt movie tgk.. bersusun nak review.

    ReplyDelete