Thursday 28 May 2015

Aku, Xbox360 & Lara Croft

Sambungan dari entri Ijau pasal Lara Croft..hobi yang dah lama aku tinggalkan kini berjangkit kembali..heheh..



Sejak Microsoft lancarkan konsol permainan baru XboxOne,harga Xbox360 ni dah murah sedikit.memang dari dulu aku teringin nak beli (aku memang tak suka main game kat laptop atau kat phone,rasa macam takda kepuasan)kerana ini adalah salah satu hobi yang memang aku minat dari dulu (pernah memiliki Playstation One dan Playstation 2 keluaran syarikat Jepun iaitu Sony)kali ini aku beli produk yahudi pula iaitu konsol permainan keluaran syarikat Microsoft Xbox360 ini..


Sori la masa unboxing konsol ni aku tak sempat nak ambik gambar,tak sabar nak main game punya pasal..hahah..

wireles controler

So pakej nya ialah 1 controler,1 HDMI cable,dan 30 free games yang dah siap install dalam hard disk game ni,juga boleh di main menggunakan dvd jack sparrow.




yang ni aku da siap pasang semua dah.cuma bila nak main game on kan je lah.

Ok konsol permainan interaktif dah ada,kita cerita pasal game nya pulak.game kesukaan aku ialah bergenrekan action/adventure/thriller dan horror.antara game yang da siap install dalam Xbox 360 aku tu ialah game WWE,Resident Evil 5 dan 6,Max Payne 3,Assassins Creed,Batman Arkaham Origins,Tomb Raider Anniversary,Tomb Raider 2013 dan banyak lagi game yang aku sendiri lupa apa tajuknya.
Untuk minggu ni je aku main game Tomb Raider 2013,versi reboot.bukan filem je ada reboot game pun ada.sesapa yang pernah main game ni,(macam Ijau)mesti tau betapa best dan terujanya bila layan game ni..


Lara Croft berwajah baru,dengan gaya,aksi dan pergerakan semuanya serba baru.memang syok layan game versi baru ni.ianya seperti juga kita menonton filem,cuma kita kena gerakan karakter tersebut (atau kita sendiri yang jadi pelakonnya)kena panjat,melompat,belari,berlawan dengan serigala,dengan hantu jepun,lawan dengan lanun,kena selamatkan rakan,mendaki dan yang paling mencabar kena selesaikan pelbagai puzzle.(tapi yang ni senang je tak macam dalam game The Last Revelation,yang tu puzzle dia memang rumit gila)dan yang paling best sekali ialah grafik dan CGI nya,memang terbaik.memang tak hairan la game ni boleh menang antara game terbaik tahun 2013 yang lepas..

view dari tv cikai aku


Sambil putar rekod,sambil layan game TR ni memang santai la kan.tu pun ada yang dah kata aku ni antisocial sejak dah ada Xbox 360 ni kat rumah..heheh..
Info pasal game Tomb Raider reboot boleh tengok kat Sini



7 comments:

  1. wahhh best la, aku tak main tapi aku kagum tengok grafik fifa 15. Fifa 16 tak tahu cammana.

    ReplyDelete
  2. not into console, lebih prefer PC games. tapi memang teringin juga nak kebas PS2 atau PS3 yg harga pasarannya pasti jatuh menjunam

    dalam semua siri TR, cuma TR5 (chronicles) dan TR2013 (reboot) ni je yg aku belum main lagi

    btw, bila dah berkeluarga (especially dah ada anak) mmg susah nak cari masa main game, curi2 masa 1-2 jam mmg tak puas la nak main, kan? kurang2 nak kena 4-5 jam hehehe (mlm hujung minggu je yg sesuai)

    ReplyDelete
  3. anak dah lama merengek nak bendalah ni...bapak jer buat tak dengar...pasal duit dah abis main piring hitam...hahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha..hobi bapak kena utamakan dulu

      Delete
  4. belum kena harga lagi. aku ada juga usaha tgk2 harganya. tapi belum mampu hahaha main game kat henpon je buat masa ni.

    ReplyDelete
  5. sekarang konsol cam ni dah kira mampu milik dah kan... dulu main kira jam kat kedai je.. hehe

    ReplyDelete
  6. Bro nak tanga berapa harga? Ingat nk beli jugak...

    ReplyDelete