Tuesday 31 March 2015

Unbroken (2014)




Filem ini berdasarkan dari kisah benar tentang bekas pelari olimpik pada era sebelum perang dunia kedua iaitu Louis Zamperini (26 january 1917 - 2 july 2014)

Apa yang menarik,filem ini di terbit dan di arahkan oleh bini pelakon Brad Pitt yang memiliki bibir seksi siapa lagi kalau bukan Angelina Jolie.ceritanya agak menarik,mengisahkan riwayat hidup Louis yang menjadi pelari pecut atas dorongan abangnya sehingga beliau berjaya mewakili Amerika dalam sukan Olimpik,dan seterusnya beliau berkhidmat sebagai tentera Amerika ketika perang dunia kedua meletus.di sinilah segala2nya bermula,Louis dan dua rakannya terdampar di tengah laut selama 47 hari,di selamatkan dan di jadikan tawanan perang jepun di Tokyo,di dera secara fizikal dan mental ketika dalam tawanan jepun,membuatkan Louis tidak patah semangat dan bertahan dengan deraan fizikal dan mental ketika dalam tawanan sehinggalah perang berakhir.

Angelina Jolie bersama Louis Zamperini

Filem ni memang terbaik la,susun atur ceritanya memang best dan senang nak faham,tak berbelit2,tak mengecewakan la filem arahan pertama Angelina ni,walaupun ada sesetengah babak tu dialog dia agak hambar.tapi overall filem ni memang best sangat.tak hairan la filem ni juga tercalon untuk pelbagai kategori dalam pelbagai anugerah filem di Amerika.

*5/5

3 comments:

  1. Cerita yg berkait rapat dengan world war 1 n 2 mmg kegemaran aku..x kira lah sama ada total combat or cerita ttg rakyat biasa..terima kasih infonya..

    ReplyDelete
  2. wow ni cerita macam tu pelari korea kah my way.. haha

    ReplyDelete
  3. Belum aku jumpa sapa2 tulis atau cakap filem ni tak best.
    Harap aku dapat tengok satj hari nanti

    ReplyDelete