Monday 16 March 2015

Exodus : Gods And Kings (2014)




Antara filem kontroversi pada tahun lepas selepas filem 'Noah' juga yang pernah di haramkan tayangannya di Malaysia.filem ini juga menjadi kontroversi dan kebanyakan negara2 Islam seperti Egypt,telah mengharamkan filem ini untuk di tayangkan di negara mereka.media Australia dan pertubuhan kristian di Australia juga mengecam filem ini kerana semua pelakonnya 'berkulit putih' tidak 'sesuai' dengan jalan cerita bersejarah ini.

Filem ini mengisahkan Moses dan Firaun Ramses mengikut pada kepercayaan kitab kristian.memang berlainan sedikit versinya berbanding versi Islam.kalau dalam filem ini memang banyak jalan cerita yang di ubah atau di tokok tambah.
Di barisi oleh pelakon hebat seperti Christian Bale (Batman,Terminator Salvation) Sigourney Weaver (Aliens trilogy) dan Ben Kingsley (Iron Man 3 ) dan di arahkan oleh Ridley Scott (Gladiator,Kingdom Of Heaven)jalan ceritanya agak berterabur sedikit,tapi dari segi teknik CGI nya memang agak mengagumkan la.

Filem ini aku tak rekomen la suruh tengok,tapi kalau sesapa yang biasa dengan filem Ridley Scott boleh la layan,dan kalau boleh kena tengok hanya sekadar hiburan semata2.jangan taksub sangat dengan filem ini.tidak sesuai untuk bebudak yang baru nak up.

*3/5

Kisah sebenar Nabi Musa dan Firaun boleh baca kat sini :
http://ceritaislami.net/cerita-nabi-musa-as-lengkap/

10 comments:

  1. boleh layan punya ni..teringat pulak filem filem klasik the ten commandment..

    ReplyDelete
  2. pernah tgk cerita the 10 commandment (1956) tak? juga cerita pasal moses/pharaoh

    filem ni lagi epik, sebab tak guna CGI (the 50's beb)

    ReplyDelete
    Replies
    1. 10 commandment penah tgk.tu pun pasal penah baca interview cliff burton yg dia cakap lagu creeping death tu idea nya dtg dari filem tu..hehe

      Delete
  3. Ridley Scott ada masalah sikit di Amerika, pasal filem2 dia "adil" dan dituduh menyebelahi umat Islam. Contoh Kingdom Of Heaven, yang rata2 tak dapat sambutan di Amerika.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul..filem kingdom of heaven dia mmg betul ikut sejarah..ironi nya org barat lebih tau siapa itu Salahudin Al Ayubi

      Delete
    2. yes, Kingdom Of Heaven sangat kontroversi, kau carik yang full directors cut, jangan tengok yang movie version pasal tak complete sangat.

      Delete
    3. tak tau pulak pasal directors cut, sempoi..

      Delete
  4. kalau cerita macam ni kurang masuk aku.

    ReplyDelete
  5. sekali imbas aku ingatkan Exodus thrash metal band tu...hahaha...

    ada Christian Bale...pastinya masuk dalam list aku untuk ditonton...

    ReplyDelete
  6. hahahah.bebudak baru nak up jangan tengok tawww.haha

    ReplyDelete