Monday 27 January 2014

Metal Hammer 2014

Metal Hammer 2014 bertemakan Star Wars di cover depan nya..




Antara yang ada dalam cover ni,Max Cavalera,Lemmy,Ghost,Eddie Iron Maiden(Darth Vader),Devin Townsend,Scott Ian,Jeff Hanneman,King Diamond (jadi Darth Maul)Ronnie James Dio dan ramai lagi..


Promo Sonisphere Festival,pasal tahun lepas Sonisphere di batalkan last minitkan..ni kira mengubat hati peminat la..dua gergasi metal (err..lagi satu tu tak berapa nak metal dah..heheh)beraksi di Sonisphere 2014 ni..


Metallica Antartica.pertama kali Metallica main kat Antartica.


Interview dengan pakcik Kerry King pasal album baru Slayer.kesian pakcik Kerry ni,selalu di hina dan di keji oleh peminat kat internet.


Cerita pasal Iron Maiden dan Metallica pun ada..


Cerita pasal band dari Bandung,Indonesia iaitu Burgerkill.band ni penah menang award kat Metal Hammer Golden Gods Awards tahun lepas.


Rob Flynn (Machine Head) cerita pasal koleksi Star Wars beliau yang telah di kumpul sejak sebelum beliau jadi artis lagi..dia ni memang peminat tegar Star Wars.


Cerita pasal ikon muzik gelap yang paling popular dari Poland,Nergal dari band Behemoth.dia cerita pasal penyakit leukimia yang pernah beliau hidapi,sehingga beliau mewujudkan dana khas untuk pesakit leukimia di Poland.berhati murni jugak dia ni walau pun penyembah syaitan.cerita pasal album terbaru beliau yang bertajuk The Satanist, artwork untuk cover album ni di buat menggunakan darah beliau sendiri.


Stroy pasal atok Gene Simmons pun best jugak bila baca.memang kepala otak bisnes atok ni..


Antara bisnes yang beliau buat ialah jual keranda yang ada logo Kiss dan gambar setiap band member Kiss kat keranda tu.antara rockstar yang pernah menggunakan keranda Kiss ialah Dimebag Darrel (Pantera).selain dari tu ada Kiss condom..siap ada macam2 perisa lagi..heheh..


last sekali,soalan cepumas untuk Dani Filth (Cradle Of Filth)

Untuk issue kali ni tak berapa best sangat lah..takda cerita pasal King Diamond,Lemmy dan yang lain2.banyak cerita band2 metal baru yang tak pernah dengar,ada juga cerita pasal Slipknot dan Avenged Sevenfold tu,tapi mintak mahap ler aku nak baca..pasal memang tak minat..heheh..

11 comments:

  1. ada nampak kat kedai tu hari...belek2...letak balik balik...beli classic rock yang tajuk The Birth Of Heavy...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Metal hammer skang dah tak berapa best la..

      Delete
  2. thank you aku memang nak tengok dalam dia cammana tema Star Wars tu.

    I like!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. King diamond jadi darth maul memang kena la..heheh

      Delete
  3. best ker band Ghost? banyak sangat liputan pasal diorang ni
    by the way, slipknot & avenged sevenfold sudah hilang seri nya kerana tiada drummer asal...

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. hehe..bro rammy memang patut beli..dapat free poster Behemoth beso gedabak bro!

      Delete
  5. Replies
    1. ada..macam biasa lagu2 metal dari band baru dan lama,dari versi metal suchi hingga ke setan menyetan..heheh

      Delete