Sunday 12 January 2014

King Diamond - Abigail Remaster (1987) & Cerita Abigail


Kalau dulu masa zaman aku budak2,King Diamond ni adalah band yang aku anggap paling setan menyetan sekali dalam muzik metal.lagi pun semua ni pengaruh dari abang2 aku. mula mengenali King Diamond melalui album 'Them',kemudian baru lah tau yang sebenarnya beliau ni dari band Mercyful Fate,dan selepas tu aku mula layan album2 Mercyful Fate yang lainnya..
Pakcik King Diamond ni sememangnya genius seperti Geoff Tate,memang terer buat lagu dan jalan cerita.seperti Operation : Mindcrime,album Abigail ini juga antara concept album terbaik pilihan aku selain 'Them' dan 'Conspiracy'.

Cd Abigail ni adalah versi remaster,sound yang lebih padat dan padu.solo dan riff dalam lagu ni aku suka.memang syok layan lagu dalam album ni, album ini juga di barisi oleh pemuzik yang dah bertaraf legend dalam muzik metal seperti Andy LaRocque (gitar),Michael Denner (gitar,2nd producer)Timi Hansen (bass) Mikkey Dee (drums) dan King sendiri yang menjadi producer untuk album ni..

ada 3 lagu bonus dalam versi remaster ni

Penceritaan di dalam album ni pun menarik dan best,King pandai mewarnai jalan cerita,di sertakan dengan elemen2 seram yang memang menaikkan bulu roma,kalau di buat filem dari album ni dah tentu memang boleh box office punya.inlay cd pun King bagitau yang album ni beliau tujukan khas untuk mendiang ayahnya..

So ceritanya bermula..

1.Funeral
The Black Horsemen (7 lelaki berkuda)buat mesyuarat tergempar?..heheh..sebab diorang ni tau Abigail akan hidup kembali untuk melakukan kejahatan setelah mati (Abigail ni mati sewaktu masih bayi lagi)pada 7 july 1777.syarat utama keranda Abigail mesti di paku dengan 7 paku perak (silver).

2.Arrival

(Intro riff dari Michael)Pada musim hujan pada tahun 1845,sepasang suami isteri Miriam dan Jonathan LaFey ingin pergi ke sebuah Mansion lama (ala2 istana dracula)tapi dalam perjalanan mereka telah bertembung dengan 7 lelaki berkuda yang melarang mereka pergi ke mansion tersebut yang di katakan berpuaka,tapi Jonathan ni tak percaya dengan kata2 7 lelaki berkuda tersebut dan tetap mahu ke situ,kerana kedegilan Jonathan,7 lelaki berkuda memberi amaran,dengan berkata 18 akan menjadi 9,yang menjadikan Jonathan terpinga2 dengan amaran pelik tu..(solo berganti antara Michael dan Andy memang best)

3.A Mansion In Darkness
Suami isteri tersebut dah pun sampai kat mansion tu..barang2 di dalam mansion tu seolah2 tak berusik langsung.tanpa mereka sedari sebenarnya ada sesuatu di dalam mansion tersebut yang memang menantikan kedatangan mereka berdua..

4.The Family Ghost
(intro solo dari Andy)Jonathan telah bertemu dengan Count de LaFey (mungkin dracula dari keturunan Jonathan sebab nama pun sama)Count LaFey ni bawak beliau pegi tempat Abigail di tanam di bawah mansion tersebut.dalam waktu tu jugak Count LaFey ni cuba 'mindcrime' Jonathan ni dengan mengatakan spirit Abigail tu ada dalam Miriam(isteri beliau)dan bagitau kat Jonathan ni supaya bunuh isteri beliau untuk mengelakkan kelahiran semula Abigail.

5.The 7th Day Of July 1777
(intro akustik dari Andy..aku suka intro ni)
Yang ni merupakan flashback cerita apa yang berlaku pada 7 julai 1777.Count LaFey ni dah tau yang wife dia main kayu 3,so dia bunuh wife dia yang tengah mengandung 9 bulan termasuk la bayi dalam kandungan tu..





6.Omens
Kuasa2 mistik dah semakin kuat menguasai mansion tersebut,dan Miriam pulak dah jadi macam blur gitu..
(sekali lagi solo berganti2 dari Michael dan Andy yang awesome)

7.The Possession
Miriam dah penasaran.mula meracau yang bukan2,dia cakap kat Jonathan yang beliau dah mengandungkan anak Jonathan.Jonathan dah mula susah hati dan tak tentu arah,beliau tahu yang bercakap dengan dia sebenarnya bukan Miriam isteri beliau.dia mula teringatkan pesanan 7 lelaki berkuda "ini lah yang di katakan 9" (mengandung 9 bulan)

8.Abigail
(intro riff lagu ni memang best)
Benda yang dah merasuk Miriam tu rupa2nya Abigail.Abigail cakap dia dah hidup dalam badan Miriam,dan Miriam sebenarnya dah mati.dan tak lama lagi Abigail cakap dia akan bebas.salah satu cara untuk menghalang Abigail Jonathan mula terfikir nak bunuh je bini dia tu..

9.Black Horsemen
(intro akustik dari Michael pulak..ini pun best)
Dalam pada Jonathan ni nak berkira2 nak bunuh Miriam sebab tanak Abigail ni bangkit kembali,datang ketua 7 lelaki berkuda yang di kenali sebagai Black Horsemen,beliau telah menyuruh Jonathan membawa Miriam ke sebuah chapel di dalam hutan,di mana upacara untuk menghalang Abigail ni untuk hidup kembali telah mula di lakukan.
(solo pertama dari Andy dan solo kedua dari Michael)

10.Shrine
Miriam akhirnya melahirkan Abigail,tetapi beliau mati,Jonathan pun di katakan dah mati jugak.7 lelaki berkuda sekali lagi merancang untuk menghapuskan Abigail..cerita ni bersambung dalam album Abigail part 2.(album Abigail 2 pun aku takda,nak kena cari jugak nanti)

Overall,album ni memang sama hebat dengan album Operation : Mindcrime.jalan cerita yang menarik,seram,dan agak sukar nak memahami jalan ceritanya.dan kekuatan kesemua lagu dalam album ni memang pada 2 gitaris hebat Andy LaRocque dan Michael Denner.pada sesiapa yang belum pernah dengar lagu2 dalam album ni dengan jalan cerita yang hebat,bleh layan album pakcik King Abigail ni..




5 comments:

  1. "this is no abigail, this child will survive" - LOA house (voodoo)

    ReplyDelete
  2. mendengar Abigail di tengah malam dengan lampu tertutup memang menyeramkan...(pengalaman masa sekolah)

    nampaknya aku nak kena start collect cd KD...

    ReplyDelete
    Replies
    1. lepas ni viral king diamond bakal melanda kot? hahaha...

      Delete
  3. aku baca post ni sambil dengar Bridge of Death Manowar.
    Nasib baik siang hahaha

    ReplyDelete