Thursday 16 January 2014

Escape Plan (2013)


Bila apek jack sparrow bagitau movie ni dah clear copy dan dia kata cerita best,aku try la layan..

Agaknya sejak 2-3 tahun kebelakangan ni memang zaman hero2 tua ni buat comeback ke?bermula dengan filem The Expandables 1 dan 2,lepas tu filem2 aksi lakonan Slyvester Stallone dan Arnold Schwarzenegger ni mula berada layar perak di seluruh dunia.
Filem bercorak aksi thriller ni mengisahkan Ray Breslin (Stallone) yang mempunyai firma security di bawah naungan FBI.tugas beliau ialah menyamar sebagai banduan dan menguji sejauh mana ketatnya pengawasan penjara di sekitar Amerika.kerana kehebatan beliau yang selalu berjaya melepaskan diri dari penjara beliau telah di gelar "Houdini".sehinggalah pada suatu ketika,rakan kongsi  Ray ni dah mengkhianati dia.beliau telah di letakkan di sebuah penjara yang tidak di ketahui lokasinya (yang sebenarnya penjara tu di atas sebuah kapal) yang di katakan penjara paling ketat kawalan nya di dunia.dalam penjara ini lah Ray ni bertemu dengan Emil Rottmayer (Arnold) dan mula melakukan strategi untuk melarikan diri dari penjara tersebut..

Ceritanya biasa2 je,tiada elemen kejutan dan jalan cerita yang mudah di jangka,kalau untuk peminat filem aksi mungkin anda akan berasa sedikit kecewa pasal filem ni memang kurang aksi..(mungkin sebab 2 hero tu dah tua agaknya)tapi lakonan Jim Caviezel (The Passion Of The Christ,The Stoning Of Soraya M) sebagai warden penjara yang jahat memang terbaik.aku rasa beliau la penyelamat jalan cerita filem ni.
Movie ni kalau nak layan untuk menghilangkan waktu bosan boleh la..2 hero tua ni gagal membawa filem ni ke tahap terbaik sama seperti filem2 hebat mereka di era 80an dan 90an dahulu..

*2/5


6 comments:

  1. dah sedut...tapi macm takder feel nak tengok...dah kau cakap macam ni...delete jer ahh...tahun depan tunggu kat astro...

    ReplyDelete
  2. My dad ada beli yg jack sparrow punya...layan jugak part awal...sampai tengah, aku dah dpt agak apa yg akan berlaku selanjutnya...so aku malas nak layan lagi hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku melayan pun sebab untuk menghilangkan kebosanan je bro

      Delete