Tuesday 17 December 2013

Oshin : Ikon Wanita Moden


Sesiapa yang membesar sezaman dengan aku pada awal 80an,mesti ingat kat drama bersiri Jepun yang di alih bahasa melayu ni kan?antara siri drama Jepun yang paling panjang episodnya (sebanyak 300++ kalau tak silap)dan juga paling popular.hinggakan fesyen rambut masa tu pun orang panggil 'rambut Oshin'..heheh..kalau nampak orang gendong bayi pun,di panggil 'gendong Oshin'..begitu kuatnya pengaruh drama ni dulu..

Drama Oshin mengisahkan tentang Oshin seorang anak petani miskin yang bekerja bertani untuk tanah orang lain,walaupun miskin,Oshin seorang yang berpendirian tegas dan cekal.beliau kemudian melarikan diri apabila mengetahui yang ayahnya ingin mengahwinkan dia dengan seorang lelaki kaya di kampungnya.Oshin kemudian bekerja dengan seorang saudagar beras yang baik hati,yang menganggap Oshin sebagai anaknya sendiri.kisah suka duka kehidupan beliau dari kecil hinggalah ke dewasa,kesengaraan di zaman perang sehinggalah beliau berkahwin dengan seorang saudagar tekstil.
Mungkin ramai yang tak tau,sebenarnya drama Oshin tu berdasarkan dari kisah benar seorang wanita cekal yang miskin,sehinggalah beliau berjaya dan di anggap antara wanita yang hebat dan menjadi ikon di Jepun.

Antara yang menarik :
-Oshin (nama sebenar beliau Kazuo Wada)memiliki empayar perniagaan paling besar di Jepun,yang mempunyai lebih 450 outlet di 16 negara termasuk Malaysia pada era 90an iaitu Yaohan (ni pasar raya legend ni..juga port aku melepak masa Yaohan ni tengah femes kat KL dulu)tetapi akhirnya jatuh muflis,jatuhnya Yaohan,menjadi salah satu kerugian besar dalam sejarah perniagaan di Jepun.

-Drama bersiri Oshin mula menjadi trend (macam Kpop sekarang)pernah di filemkan,di teaterkan,ada permainan anak patung Oshin,di buku kan,juga di jadikan soundtrack (runut bunyi)buku Oshin pernah diterjemahkan dalam bahasa Indonesia.

-Bekas Presiden Indonesia Megawati Sukarnoputri telah bertemu dengan pelakon asal Oshin di Jepun pada tahun 2003 ketika mesyuarat pemimpin Asean.bila bertemu dengan pelakon tersebut (yang memang menjadi tetamu khas ketika itu)bekas presiden tersebut terus menangis.

-Oshin juga menjadi ikon wanita islam,di Iran,seorang wanita telah di temuramah oleh seorang wartawan dengan bertanyakan soalan "pada pendapat anda,siapa simbol perempuan islam?" wanita tersebut menjawab "Oshin" jawapan tersebut mengejutkan pemimpin Iran ketika itu iaitu Ayatollah Khomeini dengan memerintahkan 4 orang lelaki di tangkap yang bekerja di stesen televisyen Iran pada ketika itu menyiarkan drama Oshin.

-Dvd Oshin pernah di terbitkan,tapi hanya untuk pasaran Jepun yang takda subtitle english.kalau nak layan drama ni kena faham bahasa jepun la kot..heheh..

Begitulah hebatnya Oshin,seorang wanita yang hebat,cekal,tak mudah kenal erti putus asa dan mengalah,boleh di jadikan contoh untuk wanita2 pada era sekarang ni..


8 comments:

  1. j-dorama alih suara dah lama "serang" tv m'sia... dari zaman ultraman hayata lagi

    lps tu trend drama sepanyol, skrg korea pula... akan dtg maybe uzbekistan kot?

    tp skrg mcm tak relevan lagi kan rancangan alih suara luar (jepun, korea, sepanyol), ada bagusnya bubuh subtitle je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin bayaran untuk pelakon alih suara mahal kot?sekarang ni kadang ada juga perasan siri2 katun untuk bdk2 bwh 12 tahun yg di alih bahasa..
      Ultraman Hayata memang legend! Kalo time ultraman hayata main kat tv mesti aku lambat sikit pegi belajar mengaji quran,sebab nak tengok ultraman hayata dulu..heheh

      Delete
    2. kalau ko sebaya dgn aku (early 30s) bkn era ultraman hayata, tp era ultraman goh

      kalau sebaya dgn berteromber baru ngam djaman ultraman hayata

      Delete
    3. Salam kenalan bro,
      Dah lama baca blog ni… banyak mengimbau memori lalu,
      Tapi posting Oshin ni buat aku rasa nak comment, drama ni
      Aku xlayan sangat, tapi mak aku memang suka, dan kalau ada
      Drama ni, jangan harap la aku dapat ubah channel lain nak tengok
      Moespeda atau gaban z…;)

      Delete
    4. Salam kenalan kembali..tq so much bro sebab rajin singgah..kalau mospeada n gaban tu kompem baya2 aku jugak ni..heheh

      Delete
  2. teringat-ingat aku zaman budak2 layan cerita ni ngan mak lepas balik dari sekolah agama....memang lejen cerita ni...

    dan tak lupa juga kisah pramugari "Chiaki" dan team bola tampar servis berputar dalam "Moero Attack"....heheh...

    ReplyDelete
  3. Perghhh old school siot cerita ni...zaman aku sekolah rendah dulu...yup memang Oshin ni pengasas untuk perniagaan gedung membeli belah Yaohan dulu, skrg dah bankrap...last sekali aku tengok supermarket Yaohan ialah di Seremban tahun 2000 dulu...lama dah tu...tu pun mcm hidup segan mati tak mahu saja diorang beroperasi....kot2 dah tutup sekarang hahaha

    ReplyDelete
  4. oshin ni top ye satu dunia...aku tak tengok la...Lembab je cerita.
    tapi memang salute la...

    ReplyDelete