Monday 30 December 2013

Motley Crue - Decade Of Decadence 81 - 91 (1991)

Lagi cerita pasal rock celah belukar..(bak kata bro Portdy)


Walaupun Motley Crue ni dah wujud sejak tahun 81 lagi,tapi aku agak lambat mengenali band ni.antara band glam rock yang menjadi kegemaran aku sebelum mengenali Motley Crue seperti White Lion,Twisted Sister,dan Poison.mula mengetahui akan band ni melalui album "Dr.Feelgood" antara album terbaik Motley Crue dalam sejarah glam rock dan juga band Sofea/SYJ..heheh..(sebab imej Syj pun sama macam diorang)
Ini adalah album kompilasi pertama dari Motley Crue yang menghimpunkan lagu2 mereka sejak di awal pembabitan mereka dalam dunia glam rock.


Album ni juga menduduki tempat ke 2 dalam carta Billboard 200.siapa yang tak kenal ahli band yang selalu menimbulkan kontroversi ni,Vince Neil,Nikki Sixx,Mick Mars dan Tommy Lee (kisah kontroversi beliau dengan Pamela Anderson yang tak habis2,dan pernah bergaduh dengan Kid Rock pasal Pamela Anderson jugak)tak hairan lah kalau band ni menepati terma 'sex,drug and rock & roll' kerana selain terkenal dengan lagu2 mereka yang hit,mereka juga terkenal dengan sikap buruk mereka yang suka berparti,perempuan dan kokain yang menjadi rutin harian mereka.

setlist dalam album ni

Antara lagu best dalam album ni yang menjadi kesukaan aku seperti Live Wire,Shout At The Devil,lagu power ballad klasik Home Sweet Home,lagu cathcy Girls,Girls,Girls,versi live Kickstart My Heart,Dr.Feelgood,Primal Scream dan cover version dari Sex Pistols Anarchy In The U.K.
Selepas album ni di riliskan,Vince Neil telah keluar dari Motley Crue dan juga berkuburnya band2 glam rock yang hebat seperti Ratt,Stryper,White Lion,dan Winger kerana populariti muzik grunge yang telah meningkat naik pada ketika itu.mereka kembali bersatu pada tahun 1997.

Inlay jenis lipat2.dengan gambar2 lama zaman 80an dan 90an

Walaupun mereka ni pernah terkenal dengan perangai yang gila2,tapi dari segi karya dan penciptaan lagu memang terbaik la,Motley Crue juga menjadi sumber inspirasi band2 moden rock pada hari ini.
Pada korang yang tak penah dengar Motley Crue dan kalau nak kenal muzik bawaan Motley Crue boleh dengar melalui album ni dulu.semua lagu best dan klasik Motley Crue memang ada dalam album ni..

                                         Home Sweet Home



4 comments:

  1. Oh rupanya diorang pernah cover lagu Anarchy In The UK jugak...sama mcm Megadeth

    ReplyDelete
  2. sesuai untuk sesiapa yang nak mula start dengar Motley Crue....

    http://berteromber.blogspot.com/2011/09/decade-of-decadence.html

    btw...tak sabar nak tunggu dorang punya final album tahun depan...harap2 dorang punya tour sebelum tutup buku ni ada singgah Malaysia atau Singapura....kot2 ada rezeki boleh la nengok...

    ReplyDelete
  3. Kawan aku yang minat punk kutuk aku lagi kejam...rock pondan rock maskara katanyeeee

    ReplyDelete