Sunday 11 August 2013

Movie Raya

Bila perut dah senak dengan rendang,ketupat dan kuih raya,aku pun pegi la tengok wayang tengok cerita ni..

The Wolverine (2013)



Filem ke 6 francais X-Men ni mengisahkan cerita yang berlaku selepas filem X-Men 3.Logan yang memiliki kehidupan abadi (manusia immortal) masih lagi mencari2 arah tujuan kehidupan beliau yang terumbang ambing,sehinggalah beliau terlibat dengan satu komplot yakuza jepun yang ingin mengambil kuasa kehidupan abadi beliau tu.(tanak spoiler,nanti ada yang komplen lagi..heheh)tapi bagi peminat2 komik dan peminat fanatik X-Men,boleh la tengok movie ni.jalan cerita pun ok,tak terlalu kartun sangat macam filem X-Men yang sebelum ni.
*3/5


New World (2013)



Memang aku benci Kpop dan Psy,tapi filem2 keluaran dari Korea memang aku suka.sebelum ni pernah cerita pasal movie My Way yang pasal perang tu,tapi kali ni filem Korea yang terbaru ni memang lagi best.filem ala2 The Godfather + Infernal Affairs.walaupun tak faham hanya baca subtitle je,tapi storyline dia,plot2 dalam filem ni memang best.sangat2 di rekomen untuk peminat filem yang sukakan filem bergenre macam ni.(yang ni layan dvd kat rumah)
*4/5


A Year And a Half In The Life Of Metallica (1992)


Sampai sekarang aku belum lagi buat keputusan nak pegi ke tak konsert Metallica kat stadium Merdeka nanti..tapi pasal dah demam Metallica yang belum kebah lagi,aku layan la dokumentari ni.seriously,sejak dulu memang aku tak penah nak ambik tau pun pasal dokumentari ni,baru ni la aku nak layan.yang ni versi terbaru ada bahagian kedua pulak..
"In one scene in the documentary, drummer Lars Ulrich watches the video for Madonna's "Justify My Love", which at the time had been banned from MTV. Ulrich then holds up the cover of a pornographic film called "Swedish Erotica" and jokes: "It's Madonna's new image! 'Madonna Erotica!'" Coincidentally, in October 1992, two months after the documentary was released, Madonna released her Erotica album." - Wiki

Tu yang bahagian pertama.kisah rakaman album terhebat 'Black' mereka,macam mana mereka rekod setiap lagu,setiap solo dan vokal dengan Bob Rock sebagai producernya.Metallica time ni betul2 macam 'lembu cucuk hidung' ikut je apa yang Bob Rock suruh.Bob Rock ni betul2 nak melembutkan muzik Metallica dan cuba mengubah konsep heavy metal yang sebenarnya.lepas tengok dokumentari ni aku jadi makin tak suka ngan Bob Rock..heheh
Yang bahagian keduanya hanya kisah2 Metallica melakukan tour 'Where We May Roam' yang bermula kat europe.kisah tour 'Metallica/Guns n Roses' yang kontroversi,dengan video 'Where Ever I May Roam' dan 'Sad But True'
Pada yang kenal Metallica melalui 'Black album' je,boleh lah tengok..
*1/5(versi sedutan)

#makan kuih siput metallica je la eh?



8 comments:

  1. Aku sampai sekarang tak pernah abis nengok dokumentari metallica tu...dan raya kali ni boleh kata tak berpeluang langsung nak tengok tv...anak2 sedara conquer tv...pantang lepa...dipasangnya xbox....tapi yg ni bapak sedaranya pun tumpang sama...heheh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Heheh..bapak sedaranya mesti main gitar hero la tu..heheh
      Takyah tengok pun takpa dokumentari metallica tu bro..mmg tak best

      Delete
  2. seriously aku baru tau kewujudan dokumentari metallica ni,aku cuma tau Some Kinda Monster saja...kena cari gak ni nanti...Through The Never? tunggu dvd saja la haha

    ReplyDelete
  3. versi siput sedut je. tak berbaloi beli sbb making of black album. kalo making of justice atau master of puppet baru la nak beli yg ori.wahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan?bob rock eksyen je dalam dokumentari ni..

      Delete
  4. dulu2 zmn VHS, cover tape dokumentari metalika tu aku gunakan untuk cover tape *biru* hehehe...

    ReplyDelete