Wednesday 14 August 2013

Anita Sarawak - Bawalah Daku Pergi LP (1984)

Jika sebelum ni Pc Kokak penah cerita pasal lp Kak Pah kat sini dan Berteromber pun ada cerita pasal dia kena penah kena dukung ngan Kak Pah masa beliau kecik dulu dengan cerita lp english Kak Pah di sini kali ni aku tepek lp Kak Nita pulak,legend yang sama dengan Kak Pah yang pernah merwarnai dunia muzik Malaysia dan Singapura..


Sama macam kak pah,kak nita ni pun dah banyak lp,ep yang pernah beliau rekod,aku pun tak pasti ni album kak nita yang keberapa,tapi lagu beliau yang femes 'Tragedi Buah Apel'(ejaan dalam lp memang macam tu)ada dalam album ni rupanya..


Lp hitam legam terbitan WEA.dulu record company ni memang popular menerbitkan album band2 rock kangkang masa era 80an.


Lp side one.ada 5 lagu.lagu Bawalah Daku Pergi pun sampai sekarang pun selalu juga aku dengar kat radio.sama juga dengan lagu Tragedi Buah Apel tu.ada juga lagu tradisional macam lagu 'Ayam Den Lapeh' tu kat dalam album ni..lagu Bulan Pake Payung tu.lirik lagu dia pun menarik jugak..

Bulan pake payung
teluraga balalor
beta dari singapore
datang kaweng
nyong ambon

kaweng bae bae
jangan sampai bakale
kalo sampai bakale
beta pulang lebe bae

Oleh sio sio sayange
la rasa sayang
sio sayang badane

Balenggang lapata
lanjong
balenggang lombose
syo nyong mapi tuan
kalong menyanyi 
sadiki ye

boleh faham apa makna dia?heheh..salah satu keunikkan kak nita ni pandai menyanyi lagu tradisional.


Lp side two.ada juga satu lagu dalam bahasa inggeris dalam album ni.kalau tak silap kak nita pun pernah rakam full album english macam kak pah jugak.


Cover lp belakang.lirik2 lagu dalam album ni,boleh klik kat gambar kalau nak tengok lirik2 semua tu..korang yang suka kat kak pah tu kena la suka kat kak nita jugak..heheh..aku memang minat bibir  kak nita ni,walau dia pernah menyanyi kat hotel paling femes kat dunia iaitu Caesars Palace tapi lagu2 melayu dan tradisional tak pernah beliau lupakan..

7 comments:

  1. Yang lirik lagu tu bahasa Boyan ker?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pasti pulak bro..macam bahasa minang pun ya jugak

      Delete
  2. kecik2 dulu popular betul lagu Tragedi Buah Apel tu kat radio singapura...

    ReplyDelete
  3. lepas ni PC kOKak mesti up punya..

    ReplyDelete
  4. Dia kat mana skarang eh? Balik amerika eh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agaknya kot..program dia kt astro pun dah takda..

      Delete