Apek lanun mata sebelah bagitau movie ni dah ada yang clear copy..
Bergenrekan caper/thriller/cat and mouse movie yang ala2 filem Oceans Eleven,filem yang macam ni memang aku suka layan.mengisahkan tentang empat orang pakar ilusi/ahli silap mata yang di gelar 'The Four Horsemen' di kehendaki oleh pihak FBI dan Interpol kerana kejayaan mereka melakukan rompakan bank dengan hanya menggunakan kepakaran ilusi mereka di hadapan ribuan penonton yang menonton persembahan mereka.
Walaupun jalan ceritanya hanya tertumpu pada 4 watak pakar ilusi ni,(Woody Harelson,Jesse Eisenberg,Dave Franco dan Isla Fisher(cekidot ini awek hot)tapi kekuatan sebenar filem ni ialah pada pelakon senior seperti Morgan Freeman,Mark Ruffalo (Hulk,The Avengers)dan Michael Caine (yang jadi Alfred dalam francais Batman)
Storyline dalam filem ni pun ok,ada thrilnya jugak.memang tak membosankan la.aku tanak cerita panjang2 nanti spoiler pulak..heheh..apa pun memang aku rekomen filem ni untuk di tonton.
*3/5
Friday, 30 August 2013
Wednesday, 28 August 2013
Thursday, 22 August 2013
Saya Poser
Satu. 4 orang berkuda. Untuk hidup mestilah mati. Dihitamkan. Untuk siapa loceng berbunyi. Askar besi. Dan keadilan untuk semua. (Bius) Cabut gigi. Bunuh mereka semua. Tunggang kilat. Penuai kesedihan. Lompat dalam api. Nafasmotor. Cari dan musnahkan. Tiada Sesalan. Bateri. Rosak Sdn. Bhd. Benda yang tak sepatutnya. Maut merangkak. Terperangkap di bawah air batu. Panggilan Ktulu. Lawan Api dengan Api. Pudar ke hitam. Selamat Pulang (Rumah Sakit Jiwa).
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Wednesday, 21 August 2013
Monday, 19 August 2013
Dendam Yuri
Masa zaman baru2 nak kenal dunia intenet dulu,sebelum wujudnya laman sosial macam facebook,twitter,myspace dan bermacam2 lagi yang ada sekarang ni,yang aku tau masa tu ialah Mirc chat (korang mesti penah tejebak jugakan?)layari website band rock kegemaran aku dengan download lagu..heheh..memang masa tu aku betul2 naif pasal dunia it ni.kebetulan masa tu guna modem jenis dial up punya,bukan macam sekarang ada unifi dan mobile broadband.masa tu kalau line internet problem (biasa la zaman dial up modem dulu memang selalu problem)aku selalu main game je kat pc aku.game yang paling popular pada masa tu ialah Counter Strike dan Red Alert.
Memandangkan game Conter Strike ni aku tak boleh nak layan,aku layan game Red Alert 2.memang best layan game ni dulu.antara game perang terbaik dalam dunia it masa tu.dulu kalau main multiplayer,aku teruk kena buli,base dan tempat pertahanan belum siap aku dah kena attack..heheh..
So memandangkan bulan ogos ni bulan kemerdekaan,rasa teringin nak mengimbau kenangan lama,aku pun meyedutla game Red Alert 2 Yuri's Revenge ni..game ni boleh di katakan kesinambungan dari Red Alert 2 tetapi di fokuskan kepada Yuri yang merupakan ketua kepada Soviet Psychic Corp.yang ingin menakluk dunia menggunakan kuasa psikik beliau.pasal game ni jugak la dulu sampai aku tak tido malam kerana asyik dengan cara permainannya.game ni lebih ke arah strategi peperangan sebenarnya.senang cakap sapa2 yang pernah main game ni dulu mesti setuju dengan aku..heheh..
Sebelum wujudnya Playstation dan X Box,game francais Red Alert ni lah yang jadi peneman aku di waktu kebosanan..
Friday, 16 August 2013
Raya Dahulu Dan Sekarang
Kita masih lagi dalam mood hari raya,so bila tiba hari raya,yang paling seronok dah tentu la budak2 kan,sama macam masa aku kecik dan masa aku di alam remaja dulu memang rasa berbeza sangat dengan sekarang bila dunia dah semakin maju.walaupun sekarang ni kita yang dah bangka ni takda la nak excited sangat nak beraya,tapi aku dah rasa seri hari raya tu dah tak berapa nak berseri dah sekarang ni sebabnya ialah : (yang ni pada pandangan aku lah)
1.Kad Raya
Kalau dulu bila raya semakin hampir,pegi la kemana2 kedai,even kedai mamak dan kedai apek jual surat khabar pun mesti ada jual kad raya yang pelbagai bentuk dan jenis,ada yang kecik,ada yang besar,ada yang jual offer satu pack tu ada 5 keping kad raya dalam rm 8.00 gitu.kad raya juga ada berbagai tema,untuk kawan,kekasih,dan keluarga,tapi yang paling popular dah tentu la kad raya untuk awek kan?heheh..boleh di katakan abang2 posmen masa tu memang takda nak hantar surat lain dah,semua hantar kad raya je.(besar pengorbanan abang2 posmen kita ni dulu tau..heheh)bila masuk pertengahan 90an dengan wujudnya intenet dan era telefon bimbit yang semakin murah,ramai yang dah tak guna kad raya,semua guna E-Kad Raya(yang boleh send menggunakan email),dan juga sms raya yang mudah dan ringkas.baru2 ni aku ada juga kedai2 yang jual surat khabar dan Jaya Jusco,bila tanya,tuan kedai cakap "takda jual dah kad raya,orang sekarang mana nak guna kad raya lagi dah".no more kad raya..
2.Lagu Raya
Takda lagu raya memang tak la rasa kemeriahannya kan,kalau yang ni aku lagi suka lagu2 raya klasik nyanyian Sharifah Aini,M.Nasir,Dj Dave
3.Pegi Beraya
Ok ni memang satu kewajipan la untuk kita ziarah saudara mara,kawan2 even rumah awek sekali pun,tapi sekarang ni aku tengok tradisi ni dah berkurangan jugak.kalau hari raya pertama tu ya,tapi lepas tu ramai yang buat rumah terbuka.berbanding dengan dulu,masa aku kat kampung tradisi kunjung mengunjung ni di sertai dengan marhaban.memang tradisi ni masih ada lagi,tapi hanya di kampung2,tidak ada lagi di kawasan bandar,kalau ada pun aku rasa boleh di kira dengan jari je lah kot?
4.Duit Raya
Yang ni tak payah cakap la,budak2 dulu yang sebaya dengan aku kalau pegi beraya mesti kena lepak dulu makan kuih dan minum sirap,kalau tak jangan harap la tuan rumah nak bagi duit raya..heheh..dulu dapat duit raya 30sen atau 50 sen memang dah bersyukur sangat dah.budak2 sekarang?bagi seringgit pun dah kena sound tepat,'singgit je?'hahah..
5.Kuih Raya
Pada aku banyak kuih2 raya yang legend susah dah nak jumpa sekarang ni antaranya kuih siput,kuih bangkit,bahulu,kuih semperit (memang perit nak membuatnya)dodol,batang buruk,dan juga kuih makmur.dulu memang susah nak jumpa orang jual kuih raya tak macam sekarang.dulu semua kena buat sendiri.sekarang kuih raya yang paling popular ialah 'kuih tunjuk'..heheh..
Yang lain2nya kalau aku balik kampung,dah takda lagi budak2 main meriam buluh,meriam tanah,dan bermacam jenis meriam lagi yang diorang buat.kalau dulu malam raya berjaga sampai ke pagi pasal nak kacau dodol dan bakar lemang,sekarang ni semua dah takda..hanya tinggal kenangan..
Lagi satu,perasan tak sekarang ni tv dah tak tayang program circus dah..kalau dulu mesti adakan?heheh..tetamu datang beraya pekena air sirap sambil layan circus kat rumah..priceless! heheh..
Ok last sekali, layan lagu raya rakaman semula dari Metallica..
Wednesday, 14 August 2013
Anita Sarawak - Bawalah Daku Pergi LP (1984)
Jika sebelum ni Pc Kokak penah cerita pasal lp Kak Pah kat sini dan Berteromber pun ada cerita pasal dia kena penah kena dukung ngan Kak Pah masa beliau kecik dulu dengan cerita lp english Kak Pah di sini kali ni aku tepek lp Kak Nita pulak,legend yang sama dengan Kak Pah yang pernah merwarnai dunia muzik Malaysia dan Singapura..
Sama macam kak pah,kak nita ni pun dah banyak lp,ep yang pernah beliau rekod,aku pun tak pasti ni album kak nita yang keberapa,tapi lagu beliau yang femes 'Tragedi Buah Apel'(ejaan dalam lp memang macam tu)ada dalam album ni rupanya..
Lp hitam legam terbitan WEA.dulu record company ni memang popular menerbitkan album band2 rock kangkang masa era 80an.
Lp side one.ada 5 lagu.lagu Bawalah Daku Pergi pun sampai sekarang pun selalu juga aku dengar kat radio.sama juga dengan lagu Tragedi Buah Apel tu.ada juga lagu tradisional macam lagu 'Ayam Den Lapeh' tu kat dalam album ni..lagu Bulan Pake Payung tu.lirik lagu dia pun menarik jugak..
Bulan pake payung
teluraga balalor
beta dari singapore
datang kaweng
nyong ambon
kaweng bae bae
jangan sampai bakale
kalo sampai bakale
beta pulang lebe bae
Oleh sio sio sayange
la rasa sayang
sio sayang badane
Balenggang lapata
lanjong
balenggang lombose
syo nyong mapi tuan
kalong menyanyi
sadiki ye
boleh faham apa makna dia?heheh..salah satu keunikkan kak nita ni pandai menyanyi lagu tradisional.
Lp side two.ada juga satu lagu dalam bahasa inggeris dalam album ni.kalau tak silap kak nita pun pernah rakam full album english macam kak pah jugak.
Cover lp belakang.lirik2 lagu dalam album ni,boleh klik kat gambar kalau nak tengok lirik2 semua tu..korang yang suka kat kak pah tu kena la suka kat kak nita jugak..heheh..aku memang minatbibir kak nita ni,walau dia pernah menyanyi kat hotel paling femes kat dunia iaitu Caesars Palace tapi lagu2 melayu dan tradisional tak pernah beliau lupakan..
Sama macam kak pah,kak nita ni pun dah banyak lp,ep yang pernah beliau rekod,aku pun tak pasti ni album kak nita yang keberapa,tapi lagu beliau yang femes 'Tragedi Buah Apel'(ejaan dalam lp memang macam tu)ada dalam album ni rupanya..
Lp hitam legam terbitan WEA.dulu record company ni memang popular menerbitkan album band2 rock kangkang masa era 80an.
Lp side one.ada 5 lagu.lagu Bawalah Daku Pergi pun sampai sekarang pun selalu juga aku dengar kat radio.sama juga dengan lagu Tragedi Buah Apel tu.ada juga lagu tradisional macam lagu 'Ayam Den Lapeh' tu kat dalam album ni..lagu Bulan Pake Payung tu.lirik lagu dia pun menarik jugak..
Bulan pake payung
teluraga balalor
beta dari singapore
datang kaweng
nyong ambon
kaweng bae bae
jangan sampai bakale
kalo sampai bakale
beta pulang lebe bae
Oleh sio sio sayange
la rasa sayang
sio sayang badane
Balenggang lapata
lanjong
balenggang lombose
syo nyong mapi tuan
kalong menyanyi
sadiki ye
boleh faham apa makna dia?heheh..salah satu keunikkan kak nita ni pandai menyanyi lagu tradisional.
Lp side two.ada juga satu lagu dalam bahasa inggeris dalam album ni.kalau tak silap kak nita pun pernah rakam full album english macam kak pah jugak.
Cover lp belakang.lirik2 lagu dalam album ni,boleh klik kat gambar kalau nak tengok lirik2 semua tu..korang yang suka kat kak pah tu kena la suka kat kak nita jugak..heheh..aku memang minat
Sunday, 11 August 2013
Movie Raya
Bila perut dah senak dengan rendang,ketupat dan kuih raya,aku pun pegi la tengok wayang tengok cerita ni..
The Wolverine (2013)
Filem ke 6 francais X-Men ni mengisahkan cerita yang berlaku selepas filem X-Men 3.Logan yang memiliki kehidupan abadi (manusia immortal) masih lagi mencari2 arah tujuan kehidupan beliau yang terumbang ambing,sehinggalah beliau terlibat dengan satu komplot yakuza jepun yang ingin mengambil kuasa kehidupan abadi beliau tu.(tanak spoiler,nanti ada yang komplen lagi..heheh)tapi bagi peminat2 komik dan peminat fanatik X-Men,boleh la tengok movie ni.jalan cerita pun ok,tak terlalu kartun sangat macam filem X-Men yang sebelum ni.
*3/5
New World (2013)
Memang aku benci Kpop dan Psy,tapi filem2 keluaran dari Korea memang aku suka.sebelum ni pernah cerita pasal movie My Way yang pasal perang tu,tapi kali ni filem Korea yang terbaru ni memang lagi best.filem ala2 The Godfather + Infernal Affairs.walaupun tak faham hanya baca subtitle je,tapi storyline dia,plot2 dalam filem ni memang best.sangat2 di rekomen untuk peminat filem yang sukakan filem bergenre macam ni.(yang ni layan dvd kat rumah)
*4/5
A Year And a Half In The Life Of Metallica (1992)
Sampai sekarang aku belum lagi buat keputusan nak pegi ke tak konsert Metallica kat stadium Merdeka nanti..tapi pasal dah demam Metallica yang belum kebah lagi,aku layan la dokumentari ni.seriously,sejak dulu memang aku tak penah nak ambik tau pun pasal dokumentari ni,baru ni la aku nak layan.yang ni versi terbaru ada bahagian kedua pulak..
"In one scene in the documentary, drummer Lars Ulrich watches the video for Madonna's "Justify My Love", which at the time had been banned from MTV. Ulrich then holds up the cover of a pornographic film called "Swedish Erotica" and jokes: "It's Madonna's new image! 'Madonna Erotica!'" Coincidentally, in October 1992, two months after the documentary was released, Madonna released her Erotica album." - Wiki
Tu yang bahagian pertama.kisah rakaman album terhebat 'Black' mereka,macam mana mereka rekod setiap lagu,setiap solo dan vokal dengan Bob Rock sebagai producernya.Metallica time ni betul2 macam 'lembu cucuk hidung' ikut je apa yang Bob Rock suruh.Bob Rock ni betul2 nak melembutkan muzik Metallica dan cuba mengubah konsep heavy metal yang sebenarnya.lepas tengok dokumentari ni aku jadi makin tak suka ngan Bob Rock..heheh
Yang bahagian keduanya hanya kisah2 Metallica melakukan tour 'Where We May Roam' yang bermula kat europe.kisah tour 'Metallica/Guns n Roses' yang kontroversi,dengan video 'Where Ever I May Roam' dan 'Sad But True'
Pada yang kenal Metallica melalui 'Black album' je,boleh lah tengok..
*1/5(versi sedutan)
#makan kuih siput metallica je la eh?

Wednesday, 7 August 2013
Salam Syawal
Hari ini berakhirlah ibadah puasa kita selama sebulan..terasa sedih untuk melepaskan Ramadhan pergi.InsyaAllah,jika di panjangkan umur akan berjumpa lagi di Ramadhan yang akan datang..
Syawal pun dah menjelma..mungkin ada antara korang semua yang dah ready dengan persiapan rayanya,semuanya serba baru,baju,kasut,langsir,sarung kusyen,sofa baru,ada yang beraya di rumah baru,beraya dengan kereta baru,malah beraya dengan bini baru pun ada..heheh..
Tak kisah la..persiapan raya kita macam mana pun,kalau mampu,beli lah yang baru,kalau tak mampu cukup sekadar apa yang ada..pakai yang lama pun ok,asalkan anda nampak cantik dan hensem di pagi raya..
Di kesempatan ini aku ingin mengucapkan Salam Syawal dan Aidilfitri kepada geng2 blog semua,yang selalu jenguk sini,yang selalu komen,yang jadi silent reader,yang jadi peminat blog ni (kalau ada)..heheh..aku mohon jutaan ampun dan maaf andai ada antara hasil tulisan merapu dalam blog aku ni yang mengguris hati dan perasaan anda semua..aku juga manusia biasa yang tak lari dari melakukan kesilapan..
Kalau makan tu jangan lah gelojoh sangat ok?ala kadar je..hehe..jangan nanti kerana kekenyangan segala amal kita yang lain tertinggal pulak..
Apa pun,hari ini adalah hari kemenangan kita setelah sebulan kita mengawal hawa nafsu kita,semoga segala amalan kita sepanjang Ramadhan tempoh hari di berkati..
So,macam kain putih bersih tu,kita kembali kepada asal. 0 - 0 lah ya?
Hitung syukurmu di istana rahmat-Nya
Renung sukarmu di penjara dosa-dosa
Moga keberkatan Ramadhan…
Agar Kemuliaan Syawal…
Menjadi mahar seorang hamba…
untuk melamar cinta Tuhannya!
Maaf Zahir Batin..
Monday, 5 August 2013
Night Of 7 Likur
Masa aku kecik2 dulu,malam yang paling di nantikan ialah malam 7 likur.pada malam tu seluruh kampung aku meriah dengan pemasangan pelita.memang cantik la pemandangan pada waktu malam tu.macam2 jenis pelita ada,pelita buluh,pelita tin (pelita old skool ni).malam tu aku ngan geng2 aku lepas terawih,main mercun la bunga api la,lagi pun masa aku budak2 dulu time tu mercun dan bunga api murah lagi.kalau bunga api atau mercun dah habis,pegi tengok orang main meriam buluh pulak.ada yang main meriam tanah,meriam tin,dan ada yang main meriam besi.(bebudak kampung aku kreatif cipta alat letupan time nak raya..heheh).tapi tu semua hanya tinggal kenangan berharga untuk aku.macam budak2 zaman sekarang ni aku tengok macam tak heran dengan bunga api dan mercun ni.mereka lebih kepada nak gajet untuk berhari raya,macam ipad la,tab la pada diorang tak cool kalau pergi beraya takda gajet macam tu.
Malam 7 likur jugak la kaum ibu ni sibuk membuat persiapan raya.ada yang sibuk buat kuih sampai pagi.teringat aku tolong arwah mak aku gentel kuih siput tu satu persatu,dulu mana ada kuih tunjuk2 macam sekarang ni kan..paling aku suka bila tengok arwah mak aku buat kuih bahulu,betul2 mengambil masa nak membuatnya..tapi rasa kuih bahulu homemade memang sedap la berbanding yang beli punya.sampai ke hari ni kuih raya yang aku anggap legend ialah batang buruk,kuih bahulu dan kuih siput.kuih2 alaf baru ni memang kurang menarik perhatian aku..
Pasal malam 7 likur ni dan pemasangan pelita dah jadi tradisi turun temurun,ada yang mengatakan budaya memasang pelita ni bukan budaya masyrakat melayu.tapi pada aku tak salah memasang pelita,bukan buat amalan khurafat atau sesuatu ajaran sesat pun,hanya untuk merasai kemeriahan hari raya yang bakal menjelma.tapi pada pandangan aku ialah lebih kurang macam ni :
-Ia sebenarnya simbol kepada kita yang bermakna ia adalah cahaya menerangi kehidupan kita sehari2 selama kita mengerjakan ibadah puasa.cahaya atau Nur untuk diri kita sendiri.
-Bermakna kita perlu melipat ganda kan amalan pada hari2 terakhir Ramadhan dan mencari Lailatul qadar,bersedekah,membayar zakat fitrah yang wajib.
Walaupun ada yang mengatakan malam 7 likur adalah malam Lailatur qadar,tapi benarkah begitu?
Daripada Ibn Umar r.a bahawa Rasulullah s.a.w. pernah bersabda :
ليلة القدر ليلة سبع وعشرين
lailatul qadar ialah malam ke 27
(Direkodkan oleh Imam Ahmad 4793 daripada hadis Ibn Umar dengan sanad sahih, dan Abu Dawud1386 daripada hadis Mu’awiyah bin Abi Sufyan)
Imam Muslim merekodkan (762) daripada Ubay bin Kaab r.a. bahawa beliau pernah bersumpah mengatakan malam 27 adalah malam lailatul qadar.
begitu juga Ibn Abi Shaibah meriwayatkan daripada Zurr bahawa beliau pernah ditanya tentang lailatul qadar, maka jawabnya :
“Adalah Umar, Huzaifah dan sebahagian sahabat tidak menyesyaki lagi bahawa malam 27 adalah lailatul qadar”
(al-Durr al-Manthur, tafsir surah al-Qadr)
Antara dalil-dalil syarak yang boleh dijadikan hujah ialah kisah seorang lelaki yang bermimpi melihat malam qadar pada malam 27 ramadan,
lantas Nabi bersabda :
أرى رؤياكم في العشر الأواخر فاطلبوها في الوتر منها
Aku melihat mimpi-mimpi mu pada sepuluh terakkhir maka carilah nya pada malam-malam witir daripadanya
(Bukhari 2015)
Kesimpulannya, melihat kepada kisah ini, Nabi s.a.w. tidak mengiyakan bahawa malam 27 adalah malam qadar tetapi Nabi lebih cenderung menggalakkan umatnya mencari lailatul qadar pada malam-malam witir daripadanya. adapun malam ke 27, mungkin ia adalah biasa berlaku (wallahualam) dan kadang kala boleh berlaku pada malam ke 21 seperti hadis Abi Said al-Khudri bahawa Nabi s.a.w. sujud pada pagi 21 atas tanah becampur air (في ماء وطين).
dan mungkin boleh berlaku malam-malam lain.
Apa pun kita rebutlah peluang yang masih ada lagi untuk melipat gandakan amalan kita sebelum berakhirnya Ramadhan ni..
Saturday, 3 August 2013
Oblivion (2013)
Kalau tak kerana pakcik Morgan Freeman,memang aku malas nak layan sangat movie ni..
Bertemakan 'sci fi thriller' filem ni berdasarkan dari karya grafik novel hasil Joseph Kosinski.mengisahkan keadaan bumi pada tahun 2077 selepas 60 tahun bumi yang cuba di jajah oleh makhluk asing.untuk mengelakkan penjajahan mahluk asing berlaku,mereka telah menggunakan senjata nuklear dan mengakibatkan keadaan bumi dan segala populasinya hampir lenyap.hanya sebahagian dari penduduk bumi telah di pindahkan ke satu tempat yang di namakan 'Titan'.
Jack Harper (Tom Cruise)yang tinggal di bumi yang bekerja sebagai technician atau repairman bagi drones (robot pemusnah yang memantau saki baki makhluk asing)ketika hendak menyelamatkan mangsa kapal angkasa yang terhempas,beliau telah di tangkap oleh 'Scavs' (makhluk asing yang di katakan ingin menakluk bumi)dan segala2nya terjawab apabila Jack ni berjumpa dengan Malcolm (Morgan Freeman) dan mengatakan "Scavs' tu hanya teori konpirasi.Jack yang pada mulanya tak percaya terpaksa menerima hakikat bila beliau menyedari dirinya hanyalah sebahagian dari klon yang ada kat bumi..
Jalan cerita dia memang agak rumit dan pening sikit la berbanding dengan filem 'Jack Reacher' sebelum ni..tapi siapa yang selalu layan filem lakonan Tom Cruise,aku rasa memang dah biasa dengan filem bergenre macam ni kan.IMDb pun bagi 7 bintang kat filem ni.pada peminat Tom Cruise,Morgan Freeman dan pelakon Rusia yang hot Olga Kurylenko,dan juga peminat filem sains fiksyen boleh layan movie ni.

Friday, 2 August 2013
Zakat Fitrah 2013
Seperti tahun sudah,aku membayar zakat fitrah di Kuala Lumpur.tak macam tahun lepas,kadar zakat fitrah bagi tahun ni ialah rm 7.00 berbanding dengan tahun lepas nilainya rm 8.00
Zakat fitrah adalah wajib. Dalil kewajipan zakat fitrah antaranya ialah hadis dari Ibnu Umar r.a. yang menceritakan; “Rasulullah s.a.w. telah memfardhukan zakat fitrah iaitu segantang tamar atau segantang gandum ke atas hamba dan orang merdeka, lelaki dan perempuan, kecil dan besar dari kalangan umat Islam. Baginda memerintahkan supaya ia ditunai sebelum orang ramai keluar pergi menunaikan sembahyang (hari raya)” (Hadis riwayat Imam Bukhari).
#Sibuk macam mana pun kita,kerja siang dan malam,zakat fitrah yang wajib ni jangan di lupakan..
Subscribe to:
Posts (Atom)