Thursday 18 July 2013

Sound City

Haritu Lea Lipstikmerah rekomen aku dokumentari ni..dia kata best.


Dokumentari yang di arahkan oleh Dave Grohl (Foo Fighters) ni mengisahkan recording studio yang pernah menaikkan nama Nirvana suatu ketika dulu.kalau kat US,studio ni dah kira tahap legend la.ramai artis2 dari era 60's,70's 80's dan 90's bercerita tentang studio ni..apa yang menarik,studio ni macam takda law,studionya nampak bersepah,penuh sampah,sampaikan cawan,gelas,botol beer pun besepah kat analog controller studio.pekerja kat studio ni,percaya atau tidak,dari juruteknik,jurutera bunyi hinggalah kepada tukang masteringnya semua takda degree dalam muzik.mereka pada awalnya hanya jadi budak sapu sampah kat studio,penghantar surat,dan tukang buat air je.tapi kerana minat,diorang ni belajar sendiri cara2 bekerja di studio tu sampailah diorang ni jadi professional..

Ramai artis bertaraf legend pernah buat rakaman album kat sini,antaranya Rio Speedwagon,The Beatles,Fleetwood Mac,Rick Springfield,Kyuss,Tom Petty,Slipknot,malah album klasik Dio Holy Diver yang dah legend tu pun rakam kat sini jugak.walaupun pada era 90an banyak studio canggih beroperasi di US,tetapi studio Sound City tetap mengekalkan rakaman cara lama menggunakan analog.sehinggalah pada suatu ketika studio ni hampir muflis,Nirvana telah menyelamatkannya dengan kemunculan album 'Nevermind' yang melonjak jualan berjuta2 unit di seluruh dunia.

Sound City ni mula beroperasi pada tahun 1969 dan di tutup juga akhirnya pada tahun 2011.untuk mengenang nostalgia studio tersebut,Dave Grohl membeli custom analog konsol studio Sound City tu lalu di letakkan di studio beliau sendiri yang di namakan Studio 606.Dave Grohl juga mengundang penyanyi/pemuzik yang penah merakamkan album kat Sound City untuk merakamkan lagu di studio beliau bagi mengimbau kenangan lama.soundtrack yang bernama Sound City : Real To Reel ni memuatkan pelbagai kategori muzik dari klasik rock sampailah ke era modern rock.artis yang terlibat dalam filem ni seperti Trent Reznor,Rick Rubin,Lars Ulrich,Vinny Appice (Dio),Krist Novoselic(Nirvana),Tom Petty,Butch Vig(yang pernah terbitkan album nevermind Nirvana)Brad Wilk (RATM,kini jadi drummer Black Sabbath)Corey Taylor dan ramai lagi.

Penceritaan dalam movie ni pun simple,takla complicated sangat. memang layan la.di rekomen untuk peminat muzik dan juga pemuzik amatur macam ijau dan Adi Herman






9 comments:

  1. Banyak aku baca review psl dokumentari ni dari blogger lain, especially si matakucing. Kena cari ni....seriously educational!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang best bro..lagi pun ni genre yg paling kau minat kan..mesti tengok!

      Delete
  2. menarik... kena sedut nanti nih

    ReplyDelete
  3. terbaik studio ni beb..
    banyak album legend buat kat sini..
    si Jepun Loudness Thunder in the East pun rekod sini.
    memang teruja gile nak tengok ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang layan bro.dave grohl ni mmg genius jugak

      Delete