Saturday 6 July 2013

Metallica Datang Beraya 21 Ogos 2013



Masa berita hangat ni tersebar,sms kat phone dan inbox kat fb aku tak berhenti2 masuk.yang buat aku tekejut pasal ada antara kawan2 yang dah lama lost contact,yang dah 10 -15 tahun tak jumpa dan tak berhubung,semua cari aku pasal Metallica ni..heheh..ternyata gergasi pop metal dunia ni memberi impak yang sangat besar dalam persahabatan aku dan mungkin juga antara korang semua.ok la memang tak di nafikan memang Metallica antara fav band aku sebelum zaman Load dan Reload,yang menyebabkan aku mula tawar hati nak layan.St.Anger?lagi laa..



Bila Metallica cakap nak datang beraya kat kl ni,aku pun kira tekejut jugak la.aku ingatkan cuma dia singgah Singapore je,rupanya Malaysia lagi awal.harini pulak Metallica mengumumkan kat website diorang akan main kat Jakarta,Indonesia sehari selepas main kat Singapore di Bung Karno Stadium,tempat yang sama di mana semasa konsert mereka pada tahun 93,terjadi rusuhan besar2an pada malam tu..tak mustahil lepas ni diorang akan singgah di Filipina dan Thailand.

Ok ni harga tiket,dan tempat duduk/view kat Stadium Merdeka nanti.

imej cilok kat galaxy.com.my
Seperti kata bro Berteromber,peminat Metallica ni terdiri dari pelbagai orang,dari mat rempit hinggalah ke pekerja kontrak dan mamat nepal,dan tak mustahil jugak tiket paling murah tu akan cepat sold out.tapi jangan cepat panik la macam kes kat China tu,aku yakin tiket mesti ada punya boleh la menabung sikit2 dari sekarang..heheh..macam aku pun tengah berkira2 jugak la ni berapa duit raya tiket yang aku nak bagi kat Metallica ni..heheh..apa pun untuk geng2 blogers semua,kalau jadi kita gathering kat sana reramai nanti..

#Untuk yang dah ada tiket Metallica Singapore tu untung la dapat tengok 2 kali,atau panas hati?heheh..



8 comments:

  1. jom kita buat rombongan cik jusoh ke Metallica

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahah..belum tidur lagikah abang faizal?

      Delete
    2. Bersambung lagi cerita Encik Jusoh dari grou Movie Addict ke blog pulak...haha anyway inshaAllah mudahan semua dipermudahkan...apa2pun kita usahakan Ramadhan kita dulu, Metallica Metallica jugak, ibadah di bulan posa jgn lupa,,,sekadar remind diri sendiri jugak ni haha

      Delete
    3. Betul tu adi..aku lebih excited ramadhan n raya dari metallica..heheh

      Delete
  2. Kalau tiket murah tak abis....aku pegi la kot...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wajib pegiii..kata fanboy..heheh

      Delete
    2. nanti aku belanja ribena mobile (kalau aku pegi la)

      Delete
  3. metallica KL hari rabu...ditch work early, lepak kat parking stadium, pasang metallica kuat-kuat...mcm dalam video documentary a year and a half in the live of metallica hahhahah

    ReplyDelete