Saturday 10 November 2012

Poster

Selain dari mengumpul cd,LP,dvd dan juga komik,aku juga suka mengumpul poster.terutamanya poster filem2 lama,kebanyakkan poster aku semua ada di rumah jb,dan ni sebahagian yang aku beli masa duduk kat kl ni..antaranya adalah:
Poster Allahyarham Tan Sri P.Ramlee Ali Baba Bujang Lapok.poster ni aku beli semasa pesta buku antarabangsa pada tahun lepas di booth Finas.poster ni tak besar sangat pun,tapi ok lah nampak comel.hehe..suka dengan ejaan dulu2.memang klasik.

Yang lagi satu pulak yang ni..
Sapa lagi kalau bukan penyanyi Reggae yang dah legend,Bob Marley.tapi ni bukan poster,cuma gambar yang perlu di framekan,tapi bingkai gambar sampai sekarang aku tak beli lagi.hehe..yang ni member serumah aku jual kat aku,sebab dia pun dah pindah tempat kerja.aku suka gambar ni sebab terserlah 'kesenian' dan quote Bob Marley kat gambar tu.
Redemption Songs..

Lagi satu poster yang aku beli kat BB Plaza,juga pada tahun lepas,poster dalam hitam putih.
"knowing is not enough,we must apply,
 willing is not enough,we must do"

Siapa lagi kalau bukan pelakon dan martial art master lagenda dari Hong Kong Bruce Lee.poster ni jugak menarik perhatian aku,teknik fotografi dia memang terbaik lah.

Ni je koleksi yang aku ada.nanti kalau aku balik jb,aku snap lagi poster2 yang ada di simpan kat rumah sana.
Ok lah..masa untuk beradu..hehe..gunite.

4 comments:

  1. Wow menarik jugak gambo Bob Marley tu...dia dgn gitar single cut gibson dia tu....memang legend!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Puas pujuk member serumah suruh jual bro..nak ikutkan dia tanak jual kat aku..hehe

      Delete
  2. Rasanya tak bro,maybe copy.tapi harganya ada yg rm15 ada yang rm 10

    ReplyDelete