Monday 12 November 2012

Flight 666 The Soundtrack

Hujan dari petang tadi sampai la sekarang tak berhenti lagi. oleh kerana boring yang amat,aku sesaja bukak blog nak tampal gambar ni.lagi pun cerita pasal album ni dah lama dan semua orang terutama peminat tegar Iron Maiden pun dah tau,so takyah cerita panjang2 lah.tampal gambar je.
Seperti yang kita semua tau,cd ni ialah soundtrack daripada Flight 666 the film.dokumentari tentang konsert jelajah dunia IM "Somewhere Back In Time World Tour".dan pertama kali jugak la IM ni perform kat India..macha,Iron Maiden in India cha..Malaysia bila lagi?heheh..album ni juga menang kat Brit Awards for best "British Live Act" memang patut menang pun dan antara live album IM yang aku dengar tanpa jemu.sebab lagu2 yang dah lama diorang tak main live seperti 'Wasted Years',Powerslave' 'Moonchild' dan 'Rime Of The Ancient Mariner' lagu2 ni la yang abang2 aku asek pasang kat kaset player dulu.kalau tak kerana abang2 aku ni,memang aku tak tau betapa masyuknya IM ni.
Ada 2 disc dalam album ni yang di terbitkan oleh Kevin Shirley dan Steve Harris dan mixingnya juga di lakukan oleh Kevin Shirley jugak.bagi filemnya produksinya di terbitkan oleh Scott Mcfayden dan Sam Dunn yang sebelum ni pernah menerbitkan dokumentari Global Metal.
Perasan tak,dalam banyak2 album IM ni,cover album dan dvd Flight 666 ni la yang takda muka Eddie.ada muka Eddie cyborg je dalam inlay cd ni.

Yang lain2 gambar malas nak snap,banyak sangat..hehe..yang lain tu biasa lah,gambar pakcik Harris,pakcik Bruce,Janick,Nicko dan Adrian tengah beraksi.
 aku suka gambar yang ni,lawa.dengan lightning,pyro,setting pentas dan crowd yang tengah menggila kat bawah tu..

Ed Force One kecik pun ada..hehe..dvd Flight 666 pun ada,tapi versi lanun pressing,malas nak snap.kalau ada yang ori punya baru best nak tampal kat sini.(tengah tunggu kalau ada sesapa nak jual LP Flight 666)..

One after one by the star dogged moon,
too quick for groan or sigh
Each turned his face with a ghastly pang
and cursed me with his eye
Four times fifty living men
(and I heard nor sigh nor groan),
With heavy thump, a lifeless lump,
they dropped down one by one."


"Rime Of The Ancient Mariner"



[SAMUEL TAYLOR COLERIDGE (1772-1834)]

7 comments:

  1. Model Ed Force One lu ada bro?perghh serius best ni. Bikin hati peminat IM banyak kurang senang ni haha. Lepas ni boleh la review IM Life After Death pulak hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe..adaaa..tu pun hadiah masa birthday aku bulan jun lepas

      Delete
  2. sudah best ni...dapat kapal terbang IM...

    ReplyDelete
  3. memang bestest! nak2 lagi bila dah tengok live siri ni hahaha

    ReplyDelete
  4. terbaik!!!!...tapi aku takder cd ni...apatah lagi kapalterbang tu... :D

    ReplyDelete
  5. kadang2 maiden ni memang cam asal suka hati dorang je nak buat apa, dorang memang style kerja gitu kot dah 30 tahun.

    Ni front album cover ni foto AMOLAD tak salah aku, so... fotoshop je la baju Bruce. Aku ada foto kot yang original foto ni.

    ReplyDelete