Tuesday, 29 September 2015

Junction - Petualang (1990) Reissue 2015

Ingatkan nak beli album 'Penentuan' sekali,tapi habis stok la pulak..aku beli ni je dulu..




Tahun 1990,pada era ini dah kira penghujung era rock kental yang di ganti kan dengan rock leleh dan pada masa yang sama demam thrash metal mula melanda yang menyebabkan bebudak rock kat kampung aku dah suka pakai tshirt hitam band2 dari luar negara seperti Kreator,Sodom (baju Agent Orange amat terkenal pada ketika itu)Nuclear Assault,Sacred Riech dan Overkill.1990 juga menyaksikan beberapa album rock yang di riliskan dan seterusnya menjadi sejarah dalam industri muzik rock Malaysia.antara album yang di riliskan pada tahun itu ialah 'Wings - Teori Domino', 'May - Rahsia', 'Rockers - Andalusia','Desire - Kata,Kata,Kata','Ella - Puteri Kota','XPDC - Darjah Satu','Crossfire - Erosi','Iklim - Satu Kesan Abadi''Burnmarks - Asmara' dan juga beberapa kumpulan baru yang aku lupa tajuk albumnya seperti 'Hidayu','Babylon' yang line up dia adik beradik kembar Hassan dan Hussin tu,kumpulan Metafora,Kalahari (band dari Singapore tapi tak sepopular Rusty Blade dan Rockers) dan juga Junction dengan album 'Petualang' ini.





Untuk album ketiga Junction ini,menampilkan vokalis baru Acid yang menggantikan Hatta,vokalis asal Junction untuk 2 album terawal Junction (Arah dan Penentuan)album ini juga di terbitkan sendiri oleh Junction dan kesemua lagu dalam album ini semuanya ciptaan Junction sendiri,tiada campur tangan dari pihak lain.mungkin kedua album sebelum ini terpaksa mengikut kehendak syarikat rakaman,album ketiga ini Junction menggunakan seluruh kuasa veto nya dalam produksi dan di rakamkan di Lion Studio Singapura (memang studio legend ni)dengan elemen heavy ala2 thrash metal.mungkin album ini di hasilkan dengan pengaruh elemen thrash yang sedang meningkat popular pada ketika itu.





Kerja gitar dalam 'Petualang' ini  agak menarik juga,menampilkan riff2 heavy yang laju tetapi kemas,solo yang tidak terlalu panjang dan mendayu.track pertama 'Tamar Jalis' mengingatkan aku kepada lagu King Diamond 'Sleepless Nights' sebab lagunya seakan2 sama,dengan suara hantu yang garau ala King Diamond,dan jeritan vokalisnya juga seakan sama macam KD.tapi kira best jugak la lagu ni tribute untuk Tamar Jalis 'Stephen King' versi melayu..heheh.
Track pertama dan kedua memang lagu heavy,masuk track ketiga lagu 'Cebisan Luka' lagu ni mid tempo,bukan slow rock,macam aku cakap tadi Junction memang nak buang imej rock leleh dia agaknya,sebab lagu ini takda la jiwang pun,ala2 'The Unforgiven' Metallica pun ya jugak ni..hehe..







Sound untuk versi reissue ni memang aku puas hati la,mungkin sebab album ini ada master asal dia kot.kali ini Junction memang betul2 menjadi sebuah band,sebab kesemua lagunya ciptaan Junction sendiri.sound yang keluar dari album ini memang enak di dengar. pada aku album ini pengaruh'King Diamond+Dio+Poison+Motley Crue+Skid Row+Malmsteen+Metallica'
Kalau rasa nak dengar rock melayu yang betul2 'rock',boleh layan album 'Petualang' ni.



Saturday, 26 September 2015

Helloween - Unarmed : The Best Of 25th Anniversary (2010)






Band Heavy/Power Metal dari German ni telah meriliskan album "Unarmed" sempena ulang tahun ke 25 penubuhan band ni.album yang telah di riliskan pada tahun 2010 yang lepas.untuk album ni Helloween telah merakamkan kembali lagu2 mereka yang pernah hit dulu tetapi dengan stail muzik yang berbeza.memang berbeza dengan stail muzik Helloween yang terkenal dengan Power Metal ni.album ni turut menggunakan ramai pemuzik undangan dan juga pemuzik orkestra.mula2 dengar macam tak best je.tapi bila dah dengar banyak2 kali best pulak.




Line up Helloween pun selalu bertukar ganti.dan sekarang ni vocal Andi (penyanyi) dah memang sebati dengan muzik Helloween.line up terbaru Helloween ialah :
Andi Deris - Vokal
Michael Weikath - Gitar (angota Helloween paling lama)
Sascha Gresner - Gitar
Markus Groskofp - Bass (Anggota Helloween paling lama)
Dani Loble - Drum
Lagu2 yang telah di olah semula dan di beri nafas baru.Helloween juga ada mengundang kumpulan pemuzik orkestra dari Prague iaitu Prague Symphony Orchestra.







Ada 11 Trek lagu dalam album ni.ada yang jadi favorite peribadi aku..

1.Dr.Stein (dari album Keeper Of The Seven Keys part 2 1988)
Trek pertama dalam album ni..masa memula dengar je lagu ni,aku macam tak boleh terima je lagu Dr.Stein yang asalnya lagu heavy,tetiba je di ubah jadi macam lagu Jazz pulak..hehe..siap ada trumpet dan saxophone lak dalam lagu ni.

2.Future World (dari album Keeper Of The Seven Keys part 1 1987)
Lagu ni jadi slow sikit dari versi asal.dan penyanyi asal lagu ni ialah Michael Kiske (bekas penyanyi Helloween)tapi boleh tahan la Andi nyanyi pun best jugak.

3.If I Could Fly (dari album The Dark Ride 2000)
yang ni ok.best.antara versi asal dan versi ni,dua2 best.

4.Where The Rain Grows (dari album Masters Of The Rings 1994)

5.The Keepers Trilogy
lagu yang di mainkan secara medley.memang trek paling aku suka.lagu2 yang di medleykan ialah "Halloween" "The Keepers Of The Seven Keys" dan lagu "The King For 1000 Years".di mainkan bersama Prague Symphony Orchestra.memang betul2 best medley ni.






6.Eagle Fly Free (dari album The Keepers Of The Seven Keys part 2 1988)

7.Perfect Gentlemen (dari album Master Of The Ring 1994)

8.Forever And One (Neverland) (dari album The Time Of Oath 1996)
ni lagu favorite awek2 ni.ini pun baik dari versi asal atau pun versi yang baru ni,dua2 versi memang best.terbaik

9.I Want Out (dari album Keeper Of The Seven Keys part 2 1988)
lagu ni slow sikit dari versi asal.dan versi asalnya nyanyian dari Michael Kiske jugak.pun best.

10.Fallen To Pieces (dari album Gambling With The Devil 2007)
aku lagi suka versi yang ni dari versi asal.versi ni memang jiwang2 punya.

11.A Tale That Wasn't Right (dari album Keepers Of The Seven Keys part 1)
versi ni pun best juga.tapi aku paling suka lagu ni versi live dalam dvd "The Keepers Trilogy tu"


Keseluruhan lagu ada yang best ada yang tak best bila di olah semula.tapi Helloween tetap Helloween lagenda Power Metal German.dan ada juga pemuzik2 metal yang baru mengangkat Helloween ni sebagai inspirasi dalam muzik mereka.antara the best album Helloween dengan lagu lama yang di olah semula menjadi lagi menarik.


p/s : entri kitar semula :p

Wednesday, 23 September 2015

Wordless Wednesday

hasil dari santau beracun kawan2 kaki game akhirnya aku trade in xbox360 aku dengan ps4 ni.grafik dia memang terbaik!
p/s : kopak bulan ni weyy..haha

Tuesday, 22 September 2015

Opera Klasik Kafe & Bakeri



Sahabat dari Rawang ajak aku makan kat sini,kedai ni baru di buka di pusat bandar Rawang.Opera Klasik Cafe ni kepunyaan pengarah drama/filem yang terkenal iaitu Rashid Sibir.pernah menerbitkan drama bersiri 'Mat Despatch' yang pernah popular pada era 90an dulu dan yang terbaru ialah produksi drama 'Tanah Kubur'.
Menu makanan kat sini memang menarik,dari hidangan moden sehinggalah hidangan ala kampung (lempeng kelapa dia memang terbaik!) sahabat aku makan Nasi Ayam Basmathi,dan aku pula kerana dah ternampak di menu ada roti jala dan lempeng kelapa aku pun pesan kedua2nya sekali..heheh..





Sorry lah aku tak ambik banyak gambar makanan pasal ramai orang dalam kedai,segan pulak nak snap gambar..hehe..takpa,lain kali kalau aku datang lagi aku ambik gambar.tu gambar lempeng kelapa dengan sambal sardin..sedap!

Sesiapa yang tersesat kat Rawang boleh pergi Opera Klasik Kafe ni,memang terbaik.harga pun berpatutan,sedap,staff kafe pun semua peramah.

Alamat restoran :

Kafe Opera Klasik,
51, Jalan Bandar Rawang 8,
Pusat Bandar Rawang, 48000 Rawang, Selangor,

Waktu operasi :
Isnin – Ahad ( 10.00 pagi – 10.00 malam)
Kecuali Khamis (tutup)

Berhampiran dengan Mydin Rawang dan kedai pakaian Hari-Hari

Sunday, 20 September 2015

Siapa Untung?



Sehari selepas himpunan merah, ironinya aku tak rasa pun lebih bermaruah. Biasa saja. Aku masih bekerja untuk Boss, seorang perempuan Cina. Aku rasa puluhan ribu juga kawan Melayu yang bersama dalam himpunan semalam, hari ini terpaksa juga menghadap muka bos seorang Cina.
Mat-mat rempit yang tinggalkan 'kuda' mereka - pun hari ini terpaksa menghadap bos mereka orang Cina.
Semalam bukan main menjerit Cina bangsat dan balik 'Tongsan'; hari ini mereka telan semuanya balik. Hujung bulan ni, gaji pun dibayar towkay Cina bro. Jangan macam-macam.
Melayu yang atas pentas semalam semuanya tidak berkait dengan usahawan dan bos Cina? Tanya mereka balik. Kemewahan mereka selama ini, asal dari mana? Kalau bukan dipayung oleh dua tiga kontraktor Cina yang mereka bawa untuk tiriskan projek kerajaan? Mereka hanya pandai mencari 'minit' dan mencengkam komisen daripadanya. Mereka usahawan? Jangan bergurau.

Pemimpin politik basi.

Apa yang dibuktikan semalam, Umno masih lagi bergantung harap kepada tukang karut politik zaman lampau. Nama seperti Ali Rustam, Annuar Musa, Alwi Che Ahmad, Noh Omar, Ibrahim Ali - bukanlah mereka yang boleh diharap membawa fikrah dan pemikiran baru.
Mereka hanya membawa isu politik basi. Tak ada pembaharuan. Masih lagi seronok dengan politik bodek dan angau.
Ditambah dengan Tajuddin Rahman dan Jamal Yunos, rasanya tak ada apa pencapaian yang mampu dibanggakan dengan apa yang berlaku semalam.
Apa pembuktian yang berjaya dibuat?

Melayu pandai berhimpun? Cuba buang segala macam duit tambang, duit makan, duit top up, t shirt free, air free dan lain-lain - agak agak berapa orang datang? Berapa banyak FGV belanja untuk turunkan warga Felda yang tak ada pilihan lain kecuali untuk datang dan kononnya bersolidariti?
Berapa ramai yang turun kalau mereka terpaksa bayar sendiri tambang dan tidak disogok dengan bantuan lain?

Rasanya, kita tak berjaya membuktikan apa-apa pun. Kita balik, dan kembali kepada realiti kita hanya kuat pada suara, sedang ekonomi kita disamun hampir setiap saat oleh mereka yang berada di atas pentas.

Yang menjahanamkan imej dan darjat Melayu adalah ahli politik yang tidak ada tulang belakang. Ahli politik yang terpaksa meminta sokongan dan dokongan towkay Cina untuk menjaga kepentingan dan pengaruh politik mereka. Ahli politik mereka yang beria-ia menjerit tentang 'Maruah Melayu' sedangkan mereka senak bila digenggam towkay Cina.
Kalau kita girang gembira dengan himpunan semalam, maka itulah level kita dipermainkan mereka yang berkepentingan.
Mungkin lebih molek kalau kita minta 'Raja Bomoh' memulihkan kembali semangat sebenar perjuangan politik Melayu - dengan dimulakan dengan usaha bersungguh meminggirkan kalangan kepimpinan yang korup, tidak amanah dan mendahulukan diri dan isteri sendiri.
Apa gunanya kita beria-ia menyuruh Cina balik 'Tongsan' sedang hutang kita dengan kedai Ah Seng masih membukit setiap hari dan bulan.

Cina tak mahu balik 'Tongsan' kerana - 'Tongsan' mereka sudah ada di dalam poket pemimpin Melayu. Reti?

Tarconi Malazi,
The Malaysian Insider. 17 September 2015


Friday, 18 September 2015

May - Keras (1997)

Ni bukan rilisan semula,tapi rampasan semula.(member aku pinjam buat harta daa..)



Pertengahan tahun 90an sehingga ke penghujungnya,banyak band2 rock suka buat lagu atau album cover version.lagu2 dari era 50an dan 60an yang di olah semula dengan muzik rock atau metal.(di katakan kumpulan XPDC yang memulakan cover version lagu pop yeh yeh 'Hidup Bersama')bermula pada ketika itu banyak kumpulan2 rock mula memainkan lagu lama yang di berikan 'nafas baru' termasuklah kumpulan May dengan album 'Keras' ni.







Memandangkan aku pun dah jemu dengan lagu 'Jemu',album ini adalah jawapannya kalau nak dengar lagu cover version acuan May.walaupun bukan Mus yang nyanyi dalam album ini,kesemua lagu2nya memang kena dengan nyanyian Oney (bekas penyanyi kumpulan Lipan Bara) ni.sesuai dengan tajuk album 'Keras' memang lagu2 cover dalam album ni keras dan heavy.






Lagu2 yang pernah popular suatu ketika dahulu seperti 'Hoi Hoi Ya Hoi/Lagu Penyamun' dari filem 'Ali Baba Bujang Lapok' 'Pontianak' 'Joget Gembira' (cover The Mercy's) Bunyi Gitar (dari filem 3 Abdul) dan juga lagu baru dalam album ini ciptaan Man May iaitu 'Bergegar Segunung Rindu' (kalau dalam album Otai Jamm 2,Man sendiri yang nyanyi)

Walaupun hanya album cover,tapi susunan muzik dan kerja gitar dalam album ni memang best.sebab tajuk albumnya pun Keras,terpaksa la aku rendahkan bunyi kat earphone aku sebab sound gitar Abu dalam ni memang nyaring.
Sesiapa yang belum pernah dengar album ni cuba la dengar,best jugak dengar lagu2 lama yang di heavykan.paling aku suka 'Lagu Penyamun' tu.


Thursday, 17 September 2015

Throwback Thursday : Hapuskan Lanun Cetak Rompak




p/s : Lagu ciptaan Lord (Ella & The Boys) Ella comel time ni..heheh..suara Rosedan Bloodshed memang best la.