Monday, 14 December 2015

Slayer - Repentless CD (2015)

Album terbaru Slayer tanpa Jeff Hanneman..




Sebenarnya aku lupa yang aku ada beli album ni rupanya..heheh..di sebabkan sibuk nak kumpul cd2  rock melayu reissue,lupa nak cerita pasal album ni,'Repentless' akhirnya berada juga di pasaran setelah berbagai kemelut yang di lalui Slayer dengan kematian tonggak utama Slayer iaitu Jeff Hanneman (beliau merupakan pencipta lagu2 klasik Slayer) dan juga pengunduran Dave Lombardo kerana masalah royalti.abaikan cover yang kontroversi tu dan juga kisah kontroversi pakcik2 Slayer ni,layan lagu2 dalam album dulu.



antara lagu yang ada dalam album ini






Lagu2 dalam album ini di katakan separuhnya adalah dari ciptaan Jeff juga.riff gitarnya masih mengekalkan trademark Slayer seperti album2 yang lepas.ketukan drum dari Paul Bostaph pun masih hebat lagi setanding dengan Dave Lombardo.lagi pun beliau juga pernah bersama Slayer sebelum ini,track pertama lagu instrumental 'Delusions Of Savior' merupakan track 'salam perkenalan' Slayer yang kembali bersama Paul Bostaph dan Gary Holt.banyak juga la lagu2 yang sekali dengar dah 'melekat' seperti 'Repentless' (video klip lagu ni aku suka sebab ada Danny Trejo) 'Chasing Death' 'Piano Wire' 'Implode' 'Pride And Prejudice' dan lagu mid tempo 'When The Stillness Comes'.



pakcik Tom



pakcik Kerry






Album ini di terbitkan oleh Terry Date (yang pernah menerbitkan album2 Pantera) mereka tidak lagi menggunakan khidmat Rick Rubin orang yang bertanggungjawab menjadikan mereka antara empat gergasi thrash metal era 80an.
Walaupun album ini mendapat kecaman hebat dari peminat tegar Slayer,pada aku album ini boleh di anggap yang terbaik.sound original thrash metal juga masih boleh di dengar dalam setiap lagu.pada aku cuma Slayer je yang masih  mengekalkan originalti thrash metal klasik.bukan seperti band heavy amerika era baru yang lebih pada Nu Metal.

Pada peminat thrash/heavy metal yang rindukan sound thrash metal klasik acuan 80an,boleh dengar album  ini.maafkan la pakcik Kerry tu sebab tak berapa pandai cipta lagu,cuma pandai riff dan solo yang menggila je..heheh..

Lagi pasal Slayer boleh jenguk kat blog Nekrobanger DI Sini.


Friday, 11 December 2015

Zomba

Apa yang perlu di buat kalau terjadinya zombie apocalypse?









Atau pun layan lagu ni je..




"Zombie" is a protest song by Irish rock band The Cranberries.It was released in September 1994 as the lead single from their second studio album, No Need to Argue (1994). The song was written by the band's lead singer Dolores O'Riordan, and reached No. 1 on the charts in Australia, Belgium, Denmark, and Germany.

It won the "Best Song" award at the 1995 MTV Europe Music Awards.
-Wikipedia

Monday, 7 December 2015

Belantara s/t (1987) Reissue 2015

Akhirnya setelah 28 tahun berlalu..




Sejujurnya aku mengenali Belantara hanya melalui album kedua,'Srikandi Disisi' antara album progresif rock melayu terbaik yang betul2 aku minat juga akan di riliskan pada masa terdekat ni.tetapi setelah mendengar kesemua lagu dalam album pertama ini,ternyata Belantara memang bukan calang2 band,pujian dan ulasan dari Berteromber di blog beliau Kat Sini memang aku setuju sangat lah,memang susah nak jumpa band rock melayu pada tahun 80an yang memainkan muzik rock lebih 'unik' dari band2 rock yang lain pada ketika itu.



tengok logo tu tetiba aku teringat logo kartun 'Thundercats'..heheh




"Negaramu Yang Utama"


Album pertama Belantara ini di terbitkan oleh Belantara dan Hillary juga di bantu M.Nasir untuk lagu 'Dewi' (menurut blog Berteromber M.Nasir suka kat lagu ni) Belantara di anggotai oleh Zaid,Syuk dan Aziz.diorang ni memang pemuzik professional.Belantara di tubuhkan ketika mereka masih lagi belajar di Amerika.(kalau album ni rilis kat amerika,confirm diorang ni dah boleh masuk Rock n Roll Hall Of Fame) stail muzik mereka yang unik ala2 Queensryche sesuatu yang peminat rock belum boleh terima pada zaman itu,tetapi menjadi sejarah dan lagenda selepas 28 tahun.lagu2nya memang menarik,vokalisnya Zaid walaupun vokalnya tak mengikut tune (seperti Rolling Stones,Mick Jagger pun nyanyi tak ikut tune) tetapi stail vokal dan muziknya memang kena dengan setiap lagu.
Album pertama Belantara ini juga unik,kerana lagu2nya hanya berkisarkan tentang kehidupan dan semangat juang.takda ada lagu jiwang leleh dalam album ini kecuali lagu 'Dewi' je lah.tapi lagu 'Dewi' pun bukan la slow rock.lagu mid tempo yang boleh tahan menarik.yang lain2nya semua lagu hard rock ala Queensryche seperti 'Belantara' 'Jentera Pemusnah' 'Kepangkuan Ibunda' 'Jebat' (track fav.ni) dan 'Sutra'.





Sound untuk reissue ni ok lah best,walaupun sumbernya dari piring hitam.memang berbaloi di riliskan kembali album ini.antara album progresif rock melayu dari Belantara yang terbaik sepanjang zaman.lepas ni nak tunggu album 'Srikandi Disisi' pulak.

Ini album memang terbaik.rugi kalau tak dengar.betul2 legend album ni.


Saturday, 5 December 2015

Ayam Den Lapeh




Malam ni aku tinggal sorang,tengah bosan2 aku terdengar lagu lama nyanyian Anita Sarawak kat radio yang tajuk dia "Ayam Den Lapeh".lagu yang menggunakan bahasa minang lama yang agak sukar di fahami.tertarik dengan bahasa ni,timbul pulak idea aku nak menulis malam ni..hehe..seperti yang kita tahu bahasa minang ni asalnya dari Sumatera Barat dan bahasa atau loghat ni kalau kat Malaysia ni memang terkenal kat Negeri Sembilan yang terkenal dengan adat pepatih nya.bahasa minang ni bunyi nya memang sekali dengar agak kasar,tapi sebenarnya bahasa ni indah bila di terjemahkan ke bahasa melayu.cuba tengok lirik lagu "Ayam Den Lapeh" ni :

Duruihlah jalan Payo kumboh,
Babelok jalan kayu jati
Dima hati indak ka rusuah,
Ayam den lapeh,
Oi Oi… ayam den lapeh,

Mandaki jalan Pandai Sikek,
Menurun jalan Ka Biaro
Dima hati indak kamaupek,
Awak takicuah,
Oi Oi… ayam den lapeh,

Sikucapang, siku capeh,
Saeko tabang, siku lapeh,
Tabanglah juo nan karimbo,
Oilah malang juo,

Pagaruyuang Batusangka,
Tampek bajalan urang Baso,
Duduak tamanuang tiyok sabanta,
Oi takana juo,
Oi Oi… ayam den lapeh,

Den sangko lamang nasi tuai,
Kironyo tatumpah kuah gulai,
Awak ka pasa alah usai,
alah malang denai,
ayam den lapeh


Ok,yang tu bahasa minang,yang ni pulak bila di terjemahkan ke bahasa melayu.

Luruslah jalan Paya Kumbuh,
Berbelok jalan ke Biaro,
Dimana hatiku tidak resah,
(bagaimana saya tidak resah)
ayamku terlepas.
Oi oi ayamku terlepas.

Mendaki jalan Pandai Sikek,
menurun jalan Kayu Jati,
dimana hatiku tidak mengumpat,
(bagaimana hati tidak mencaci @ mengeji)
awak sudah tertipu.
(awak merujuk kepada diri / bermonolog sendirian)
Oi oi ayamku terlepas.

Seekor capang,
(capang = cacat kerana terlebih
seekor capik, 
(capik = cacat kerana terkurang)
seekor terbang,
seekor terlepas,
terbanglah jua nan ke rimba.
hai lah malang jua.

Pagar Ruyung Batu Sangkar,
tempat berjalan orang baso,
(baso ada 2 erti, bahasa atau nama tempat)
duduk termenung tiap sebentar,
(berkali-kali / setiap masa)
hai terkenang jua.
Oi oi ayamku terlepas.

Kusangka lemang nasi tuai,
(sejenis makanan)
kiranya tertumpah kuah gulai,
awak ke pasar sudah selesai,(pasar sudah tutup)
alangkah malangnya diri ku.
Oi oi ayamku terlepas.

Maksud yang tersirat di sebalik lagu ni :(semua bersumber dari google )

-Lagu ini membawa maksud yang simbolik, seorang yang beristeri empat atau mempunyai empat orang kekasih yang mana malang menimpa dirinya kerana keempat-empatnya manjauhkan diri darinya. Ini kerana kemungkinan ada seseorang (orang kelima - kemungkinan kekasih barunya) yg membuat hal menyebabkan yang empat orang itu merajuk membawa diri. ( ini adalah tepat jika kita mengambil kira empat ekor ayam, dimana setiap seekor darinya capang, capik, terbang, dan terlepas ke rimba. dan merujuk awak itu kepada individu lain, bukannya bermonolog sendirian)

-Lagu ini menggambar seorang lelaki yang cuba menambat hati dua perempuan dalam satu masa. tapi, setiap perlakuannya semuanya sia-sia sahaja. ( ini adalah benar jika kita anggap cuma ada 2 ekor ayam, yang capang dan terbang, yang capik dan terlepas ke rimba. dan jika kita perhatikan, perbuatan sia-sia si lelaki termasuklah duduk termenung dan pergi ke pasar sewaktu urusan jual beli sudah tamat)

- Seorang peniaga yang mengalami kerugian dalam perniagaannya. (adalah tepat jika diperhatikan perbuatan menuju ke pasar, dan frasa awak takicuah (saya tertipu))

Fakta Lain :
-Paya Kumbuh, Pandai Sikek, Batu Sangkar, Baso, Biaro ialah nama-nama tempat di Sumatera Barat.
- Pagar Ruyung ialah kerajaan lama Minang berhampiran Paya Kumbuh dan Batu Sangkar. Istana Besar Pagar Ruyung sudah terbakar pada 27 Februari 2007.
-Lemang Nasi Tuai merujuk kepada Pulut Kuning (tepat jika kita melihat konteks ayat. Lemang Nasi Tuai yang disangka sebenarnya nasi yang berkuah gulai. gulai dalam hal ini ialah gulai kuning).Jika merujuk kepada resipi ini, Nasi Tuai ialah makanan yang manis. Manakala gulai adalah masakan yang biasanya pedas. Jadi, jika dikaitkan dengan situasi lelaki itu, dia mahukan sesuatu yang disangka manis tapi rupanya realiti tidaklah semanis yang disangkanya.




Lagu ni terdapat banyak versi.ramai penyanyi yang nyanyikan lagu ni antara nya Sharifah Aini,Anita Sarawak,dan juga Ally Noor & Mastura.lagu ni ciptaan Nurseha dan Abdul Hamid dan di popularkan oleh Oslan Hussien dan Nurseha. (lagu minang pun citer pasal keburukkan lelaki eh..napa?)hehe..




Wednesday, 2 December 2015

Wohnen - Madah Terakhir (1992) Reissue 2015





Album pertama dari Allahyarham Wohnen yang pernah di terbitkan pada tahun 1992 dahulu.beliau juga merupakan anak kepada penyanyi veteran M.Y.Shamsudin.Wohnen merupakan satu2nya artis wanita yang menampilkan irama southern rock dan sedikit elemen country dalam album ini.apa yang menarik tentang album ini ialah vokal Wohnen tu.beliau yang memiliki vokal husky serak2 basah memang kena dengan setiap lagu dalam album ini.










Info tentang album ini aku tak tau sangat,tapi apa yang aku tahu,Allahyarham Wohnen hanya sempat menghasilkan setakat dua album je.album keduanya di terbitkan pada tahun 1996 dengan tajuk 'Wawasan 96'

Lagu yang pernah hit dan paling di ingati ialah lagu 'Madah Terakhir' aku suka vokalnya memang kena dengan lagu,dalam album ini juga ada satu lagu inggeris yang berentak country iaitu lagu 'I Hate To Say You Make Me Crazy' lagu2 lain seperti 'Bendera Kerinduan','Irama Cinta Gemalai' dan 'Rentak Seribu' memang menarik.bunyi gitar akustik nya memang terbaik la syok di dengar,bunyi akustiknya keluar sebijik2 sama macam album Ekamatra





Sound untuk rilisan semula ni memang puas hati la,mungkin dari master tape asal.cuma sayangnya Allahyarham Wohnen tak sempat nak tengok album ini di riliskan semula.terima kasih kepada NSR kerana meriliskan kembali album ini.kalau tidak ramai yang tak tau album ni pernah wujud.

Al Fatihah buat Wohnen,Yus Jambu dan juga seniwati Mariani yang telah kembali ke Rahmatullah malam tadi.semoga Roh mereka di cucuri Rahmat Allah SWT.

Tuesday, 1 December 2015

Welcome December

Counting Crows - A Long December

 


Collective Soul - December





Dan bulan disember jugak  ada movie ni




"pew pew' (bunyi efek tembak)


Sekejap je dah masuk bulan terakhir tahun 2015....