Tuesday 1 September 2015

Search - Berpaling (1988) Reissue 2015

Jalan2 cuci mata dengan misi utama untuk mendapatkan cd ini..



Persetankan baju kuning dan baju merah tu,yang penting aku dah dapat cd ini..heheh..antara yang rare dulu2(rare tu sebenarnya perkataan dari kapitalis cekik darah je) tapi di riliskan kembali dalam format cd.terima kasih Universal Music Malaysia sebab meriliskan kembali album ini dan melahirkan kapitalis2 generasi baru.(ramai yang beli dari sekeping sebab boleh jual balik 3 kali ganda punya harga)
Album ini di riliskan pada tahun yang sama dengan album 'Di Pintu Sepi'.oleh kerana album ini pernah menjadi kontroversi 27 tahun yang lalu,ia nya menjadi buruan peminat kaset kerana pernah di jual selama 2 minggu je.






Dengar khabarnya album ini hanya 'limited edition' tapi tak sepatutnya pihak Universal buat limited edition,cetak je lah lebih.aku percaya ramai peminat2 Search yang lama dan baru akan beli album ini.semasa album ini keluar dulu pada tahun 1988,Search dan pun sign kontrak dengan BMG (dahulu di kenali sebagai PMC) untuk rilis album 'Fenomena'.
Sound untuk album ini sama seperti album 'Di Pintu Sepi'ok la tak mengecewakan halwa telinga aku ni, memang enak di dengar,(yang penting bunyi bass dia tu memang tip top) bila dengar kembali lagu2 dalam album ini teringat masa zaman bebudak dulu.masa tu zaman seluar kecik,zaman tu orang panggil seluar fit,aku pun terjebak jugak nak kecik kan seluar sekolah aku,jahanam mesin jahit arwah mak aku dulu..heheh..





Ada 3 lagu baru dalam album ini iaitu 'Berpaling' lagu saduran dari Def Leppard 'Foolin' dari album 'Pyromania', lagu 'Mungkinkah Tertawa' (track yang paling di sukai,lama tak dengar lagu ni) dan lagu 'Kau Akan Tahu'. lagu yang lain2nya dari album 'Langit Dan Bumi' serta album 'Mentari Merah Di Ufuk Timur'.
Seperti kata abang Deaf kita,pembelian terbaik untuk tahun 2015 untuk album ini dan album 'Di Pintu Sepi' memang aku setuju sangat la.packaging dari Universal pun menarik dan tak kedekut lirik.amat berbaloi dengan harga RM12.90.untuk peminat2 Search,cepat2 la beli sebelum habis stok.heheh..

Versi kaset boleh jenguk kat blog MataKucing kat sini :
http://mata-kucing.blogspot.com/2008/12/koleksi-search-berpaling.html

9 comments:

  1. Seronok betul dengan rilisan2 ini. Harap aku jumpa kat kedai dalam masa yang terdekat.

    ReplyDelete
  2. wow...pantas bertindak...hahaha...

    ReplyDelete
  3. aku dah beli..hehe... ohya kapitalis era baru pun org2 yg lama juga, dorang beli banyak2 pastu target nak jual mahal2 nanti..

    ReplyDelete
  4. mujur aku tak berapa into search :)

    tapi yelah, album2 sebegini tak perlu dirilis secara limited, rilis/cetak secara normal sudahlah

    ReplyDelete
  5. sebenarnya dorang tipu je cakap benda ni limited edition.. nak suruh kapitalis kecik beli seratus keping sorang.

    ReplyDelete
  6. pasal tu payah nk dpt walaupun bru rilis...kapitalis la punye keje...cetak 500 jek kn...sorg sapu abes...pastu kate rare cd...jual mahal...aih ni order aku pun lum sampai2 lgk...

    ReplyDelete
  7. nak lari sikit dari cerita 2 album rare ni,cuma ade pencipta lagu dlm 2 album ni dan album search era hillary iaitu saudara BAKERI JOHARI..sape dia ni dan di mana kah dia skrg atau dah meniggal dunia mcm arwah j s kevin ke..???kenape x cipta lagu atau lirik utk kumpulan search lagi???

    ReplyDelete
  8. maaf bkn bakeri tapi bakri johari sory2 hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bab ni pun memang aku tak tau sangat,puas google pun tak tau siapa Bakri Johari ni,tapi lirik2 beliau memang agak puitis

      Delete