Sunday 13 September 2015

Junction - Arah (1988) Reissue 2015

Hari sabtu (semalam) dengan bersemangatnya aku bangun pagi nak keluar pergi cari cd Junction dan Iron Maiden..heheh..





Macam aku pernah cerita sebelum ni,tahun 1988 memang merupakan 'tahun emas' bagi era rock melayu dan inggeris.rilisan tahun 1988 semuanya hebat2 belaka macam 'Metallica - And Justice For All,' 'Queensryche - Operation Mindcrime' 'Medicine - Titian' 'Wings- Hukum Karma' 'Search - Di Pintu Sepi' dan tak ketinggalan album pertama dari kumpulan Junction ini.





Band Junction ni asalnya satu daerah dengan aku,Segamat Johor kecuali penyanyi nya iaitu Hatta yang berasal dari Pahang.Junction ni dulu memang menjadi kegilaan awek2 80an la sebab muka Hatta yang jambu tu..heheh..apa yang aku ingat dulu,album pertama Junction ni memang meletup la,aku tau pasal band ni dulu pun dari abang aku,dia yang beli kaset Junction ni.pada ketika itu juga Junction mendapat tajaan dari syarikat rokok berjenama Kingsway untuk melakukan tour seluruh Malaysia (abang aku pernah dapat mafla 'Junction on tour' sebab menang peraduan tajaan Kingsway dalam majalah URTV) siri konsert mereka ketika di Segamat di katakan paling happening pada ketika itu (kira macam Iron Maiden main kat Donington la..heheh)



lirik






Apa yang menarik tentang album pertama Junction ini ialah kebanyakkan lagu2 dalam album ni hasil ciptaan Junction sendiri,dari lagu slow rock mendayu seperti lagu 'Demi Cinta Setia' hinggalah kepada lagu rock yang heavy berunsurkan kehidupan dan ketuhanan  berjudul 'Dosa'.(memang power lagu ni,memang originality 80s punya rock nak mampos bak kata Deaf..heheh)
Dari segi soundnya walau pun pihak Universal dah bagitau yang soundnya dari sumber piring hitam,pada aku ok lah,walau pun bukan dari master tape asal.dah di riliskan balik dalam format cd ni pun dah kira bagus.khazanah rock yang tak ternilai ni.pada peminat2 rock dulu yang ingin mengenang kembali nostalgia lalu,boleh beli album ini.

Oh ya,lupa nak bagitau,misi aku berjaya hari ini..yang tengah tunggu posmen tak sampai2 tu boleh tengok gambar kat bawah ni.. :p





14 comments:

  1. cantek kn design album neh...ade penambahbaikkan...dari segi sound pun walaupun amik dri lp tp xmcm lp langsung...siap ade pradengar dn poster promosi lg...kali ni dorg xcincai la...agknye dorg tahu jga ade kritikan dri album2 reissue yg lepas...nk bg pembeli puas ati...ok bgus aku puas ati ni universal...lepas ni Belantara ye...

    ReplyDelete
  2. aiseh siap rempat dia punye LP jgk ye bro...ni pun dh jd trend skang...dorg reissue lp dn wt format lp...duit jek kene tebal la...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yg iron maiden tu mmg latest album diorang bro.tu yg aku beli cd ngan lp skaligus

      Delete
  3. Pergh!!...pantas...Aku punya Junction esok baru sampai sekali dgn Sweet Charity 88...tapi Book of souls tu ntah bilanya nak sampai...hawau betul...haha...

    Lp beli...cd pun beli...pergh...kaya kaya...huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahah..lp murah beb triple vinyl baru rm135 je.cd book case tu baru rm 50

      Delete
    2. harap2 cd bookcase tu ada jual kat speedy...

      Delete
  4. tengah menghayati lirik Juwie buat dlm album ni, sempoi..

    ReplyDelete
  5. Aku tak beli la cd Junction ni.
    Tak minat sangat dulu.. aku ada kaset ni terus hilang ke buang ke kasi orang.
    Sila review The Book Of Souls nak dengar pendapat kau. Seorang yang walk the talk. Beli original so ko nye pendapat aku nak dengar sangat.

    ReplyDelete
  6. lumayan hasilnya bro. aku tunggu 2 album junction tu rilis 22 ni, sekali angkat terus.. haha..

    ReplyDelete
  7. Book of Souls tu Sanctuary atau Parlophone?

    ReplyDelete
  8. semalam dapat berita stok maiden di kl dah soldout..tengah tunggu 2nd order..lgpn da xde pressing malaysia..aku antara org yg bernasib malang smlm..hahahaa

    ReplyDelete