Tuesday 3 March 2015

Filem Seram

Sebelum ni pernah jugak cerita pasal filem seram Kat Sini cuma yang ni review pendek antara filem2 seram yang aku tengok sepanjang tahun lepas dan tahun ini..


1.Jessabelle (2014)



Ceritanya simple je,mengisahkan Jessie yang telah mengalami kemalangan yang menyebabkan tunangnya meninggal dunia dan beliau mengalami lumpuh seumur hidup.beliau kemudian kembali duduk bersama ayahnya dan mula mengetahui rahsia tentang dirinya dan rumah yang mereka diami itu.nak tau cerita selanjutnya kena tengok sendiri..heheh..

*2/5.Takda la seram sangat cerita ni.memang tak boleh lawan Annabelle la tahap keseramannya (walaupun pada mula nya aku teruja nak tengok pasal housemate aku kelentong aku cakap kisah Jessabelle ni adik beradik dengan Annabelle..hampeh tul..hahah)


2.Ouija (2014)



Walaupun produser filem ini yang pernah menghasilkan filem seram box office 'Insidious' dan 'The Texas Chainsaw Massacre',tetapi untuk filem ini aku mereka agak gagal menonjolkan elemen seram yang betul2 seram.sebabnya bila aku tengok setengah jam pertama,jalan ceritanya dah boleh di agak dan mengingatkan aku pada filem2 seram pada era 80an dahulu.kerana plot nya hampir sama.filem ni  memang sesuai untuk awek2 gedik yang takut hantu.

*2/5 Lama sangat nak tunggu antu keluar,aku tertido pada babak diorang baru nak seru guna papan Ouija tu..hehehe..



3.Deliver Us From Evil (2014)



Aku suka kalau filem seram yang berdasarkan dari kisah benar,ia nya nampak logik sedikit la,dan filem ini memang logik dan kena dengan terma seramnya.lakonan Eric Bana sememangnya sesuai kalau berlakon filem seram selain filem2 aksi beliau seperti 'Troy' 'Hulk' dan 'Lone Survivor'.filem ini mengisahkan seorang pegawai polis New York yang tak percaya pada perkara ghaib dan menganggap kesemuanya adalah tahyul,telah berdepan dengan satu fenomena paranormal pelik.yang mana akhirnya pegawai polis ini meletakkan jawatan beliau dan begabung dengan paderi yang pernah beliau tolong untuk selesaikan kes paranormal pelik tu..

*3/5 so-so jelah,memang hantunya tak nampak,hanya kerasukan/kesurupan je dalam cerita ni.




4.Puaka Balai Gombak (2015)



Tengok tajuk dan tagline memang gempak.memang seram,bila aku tengok kat tv pun seram gila woo..tahap keseraman dia tu aku rasa macam nak je aku masuk dalam tv nak lempang muka pelakon2 ni dengan nak lempang muka hantu dalam filem ni..hahaha..cerita kononnya diorang ni pegi tempat2 seram,seperti banglo kat Puchong,apartment lama kat Cheras dan balai polis lama Gombak mungkin sebab nak jimat kos,hantu yang sama muncul di tiap2 scene kat puchong,cheras dan gombak malah fesyen rambut pun sama.aku pun tak tau apa motif ceritanya yang hanya banyak dialog yang uncensored (nak tiru filem omputih la konon) hampeh!

*0/0 Aku lebih rela tengok cerita hantu indon yang siap ada pelakon undangan porn star Maria Ozawa dengan Sasha Grey tu..heheh

7 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Last sekali, takda sapu pun yang seram...

    ReplyDelete
  3. takder satu pun yang aku dah tengok...

    ReplyDelete
  4. cerita indon yg bestnya ada pelakon lucah...hehehehe tp dari segi kualiti filem seramnya dah ketinggalan dengan filem seram malaysia setakat ini(pendapat peribadi aku je)

    ReplyDelete
  5. cerita seram skg ni, hantu dia tak kan muncul punya., aku sudap pedap tgk ceta hantu gagagaga

    ReplyDelete
  6. Ouja board tu, memang dari dulu dengar budak2 melayu Singapore main ni game so memang macam2 cerita, tapi the most horror aku pernah dengar was like straight from the horse mouth la, dulu aku kenal satu kawan ni..
    main punya main punya main, satu girl ask la kan "apa warna underwear aku?",
    terus terang la kan, kalau berapa jari senang2 ke nak prank.
    So dapatlah R--- E------ D.
    Aku tak boleh imejin la keadaan waktu tu...

    ReplyDelete