Saturday 28 March 2015

Linear - Sending All My Love

Flashback saturday aku minggu ini ialah dari group Linear yang pernah popular sekitar tahun 1990..

gambar ni la yang aku kena kelentong dengan rakan sekolah dulu.heheh..

Masa zaman sekolah menengah,dalam pada kononnya nak jadi mat rock  yang 'true' lah sangat..heheh..aku dengan rakan2 sekelas yang 'sekepala' cuba nak discover muzik rock yang baru2 lah kononnya..ada sorang rakan sekelas ni dia memang kira anak orang berada lah,kalau ada je band2 rock melayu or english yang baru,dia akan beli kasetnya dan bawak ke sekolah.(masa album Wings 'Teori Domino' di riliskan,hari2 dia bawak pegi sekolah sampai la penghujung tahun sehingga cover kaset tu lunyai)heheh..kebanyakkan band2 glam rock era 90an banyak yang aku kenal melalui beliau seperti Skid Row,Great White,Faster Pussycat,Firehouse,dan berbagai band lagi yang aku sendiri pun tak ingat.
Sehinggalah pada satu hari lepas sekolah aku melepak kat rumah dia,dia cakap ada kaset band rock baru bernama 'Linear' tengok pada cover memang nampak rock,dan inlaynya ada gambar band member pakai black jacket semua,memang rasa teruja sangat lah,tapi bila di mainkan di cassette player kat rumah dia,masing2 terkedu,kenapa lain macam je bunyi? tak rock pun?di tambah pula selepas itu muncul video klipnya yang ala2 Milli Vanilli gitu,terus kawan aku ni kena kutuk kaw2 punya sehinggalah ke hari ini..heheh..

Apa pun kerana mendengar pelbagai genre muzik la yang halwa telinga aku tidak mendiskriminasikan sesuatu muzik itu..

Sesiapa yang tak pernah dengar lagu ni memang tak 'true' la..heheh..





Info Linear boleh tengok kat sini :
http://en.wikipedia.org/wiki/Linear_(group)


5 comments:

  1. Aku first sekali masuk blog ijau, baca earth hour, kat tei tu ada blog korang semua nye senarai kan...
    Aku dah gelak siot nampak title postig ni.
    Thank you for this post. It makes my day.
    Kawan kau tu memang gerek abis introduce kau ni kaset. Hahaha...
    Geli siot perut aku bila ingat2 lagu ni hahaha, rasa macam ada orang geletek ketiak aku.

    ReplyDelete
  2. ok...orang rumah aku suka lagu ni...hahaha...

    ReplyDelete
  3. wakakakakkakaa.... ambil aerphone buka link utube tu kakakaka... ohya perna dengar lagu ni... tak tahu tahun bila..

    ReplyDelete