Friday, 16 August 2013

Raya Dahulu Dan Sekarang


Kita masih lagi dalam mood hari raya,so bila tiba hari raya,yang paling seronok dah tentu la budak2 kan,sama macam masa aku kecik dan masa aku di alam remaja dulu memang rasa berbeza sangat dengan sekarang bila dunia dah semakin maju.walaupun sekarang ni kita yang dah bangka ni takda la nak excited sangat nak beraya,tapi aku dah rasa seri hari raya tu dah tak berapa nak berseri dah sekarang ni sebabnya ialah : (yang ni pada pandangan aku lah)

1.Kad Raya
Kalau dulu bila raya semakin hampir,pegi la kemana2 kedai,even kedai mamak dan kedai apek jual surat khabar pun mesti ada jual kad raya yang pelbagai bentuk dan jenis,ada yang kecik,ada yang besar,ada yang jual offer satu pack tu ada 5 keping kad raya dalam rm 8.00 gitu.kad raya juga ada berbagai tema,untuk kawan,kekasih,dan keluarga,tapi yang paling popular dah tentu la kad raya untuk awek kan?heheh..boleh di katakan abang2 posmen masa tu memang takda nak hantar surat lain dah,semua hantar kad raya je.(besar pengorbanan abang2 posmen kita ni dulu tau..heheh)bila masuk pertengahan 90an dengan wujudnya intenet dan era telefon bimbit yang semakin murah,ramai yang dah tak guna kad raya,semua guna E-Kad Raya(yang boleh send menggunakan email),dan juga sms raya yang mudah dan ringkas.baru2 ni aku ada juga kedai2 yang jual surat khabar dan Jaya Jusco,bila tanya,tuan kedai cakap "takda jual dah kad raya,orang sekarang mana nak guna kad raya lagi dah".no more kad raya..

2.Lagu Raya
Takda lagu raya memang tak la rasa kemeriahannya kan,kalau yang ni aku lagi suka lagu2 raya klasik nyanyian Sharifah Aini,M.Nasir,Dj Dave mustaine,Hail Amir dan Uji Rashid dan juga Black Dog Bone.aku membesar dengan lagu2 diorang ni la setiap kali dengar lagu raya.berbanding dengan lagu raya alaf baru yang betul2 menyakitkan telinga aku,feel raya tu langsung takda.lagu raya yang ada rapping la,rentak hip hop la.ada pulak yang buat lagu gangnam versi raya..hadoiii..hancusss!

3.Pegi Beraya
Ok ni memang satu kewajipan la untuk kita ziarah saudara mara,kawan2 even rumah awek sekali pun,tapi sekarang ni aku tengok tradisi ni dah berkurangan jugak.kalau hari raya pertama tu ya,tapi lepas tu ramai yang buat rumah terbuka.berbanding dengan dulu,masa aku kat kampung tradisi kunjung mengunjung ni di sertai dengan marhaban.memang tradisi ni masih ada lagi,tapi hanya di kampung2,tidak ada lagi di kawasan bandar,kalau ada pun aku rasa boleh di kira dengan jari je lah kot?

4.Duit Raya
Yang ni tak payah cakap la,budak2 dulu yang sebaya dengan aku kalau pegi beraya mesti kena lepak dulu makan kuih dan minum sirap,kalau tak jangan harap la tuan rumah nak bagi duit raya..heheh..dulu dapat duit raya 30sen atau 50 sen memang dah bersyukur sangat dah.budak2 sekarang?bagi seringgit pun dah kena sound tepat,'singgit je?'hahah..

5.Kuih Raya
Pada aku banyak kuih2 raya yang legend susah dah nak jumpa sekarang ni antaranya kuih siput,kuih bangkit,bahulu,kuih semperit (memang perit nak membuatnya)dodol,batang buruk,dan juga kuih makmur.dulu memang susah nak jumpa orang jual kuih raya tak macam sekarang.dulu semua kena buat sendiri.sekarang kuih raya yang paling popular ialah 'kuih tunjuk'..heheh..

Yang lain2nya kalau aku balik kampung,dah takda lagi budak2 main meriam buluh,meriam tanah,dan bermacam jenis meriam lagi yang diorang buat.kalau dulu malam raya berjaga sampai ke pagi pasal nak kacau dodol dan bakar lemang,sekarang ni semua dah takda..hanya tinggal kenangan..

Lagi satu,perasan tak sekarang ni tv dah tak tayang program circus dah..kalau dulu mesti adakan?heheh..tetamu datang beraya pekena air sirap sambil layan circus kat rumah..priceless! heheh..

Ok last sekali, layan lagu raya rakaman semula dari Metallica..


9 comments:

  1. raya tahun ni kat tv byk cerita hantu

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la..takda sarkis dah..kalau tak boleh tengok awek2 sarkis yang seksi tu..heheh

      Delete
  2. tahun ni jangankan kad raya...ucapan raya kat sms pun dah berkurangan...semua main update status kat facebook ajer...memang hampeh....

    tapi aku stil tiap2 tahun dapat kad raya dari co. kereta yang dulunya aku beli kereta dari dorang 9 tahun yang lalu...aku dah tukar kereta beli kat lain pun masih dapat kad dari dorang...ada jugak yang ingat nak bagi kad raya kat aku...hahaha...

    btw...kecik2 dulu..layan sarkis kat tv di pagi raya dan nengok Nassier Wahab menyanyi kat program raya RTM adalah suatu kemestian...huhuhu...

    ReplyDelete
  3. Lagu "musafir di aidilfitri" dendangan Pak James dgn rakan2 memang sungguh syahdu. Seriously manly tears....haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. pak james betul2 menghayati lagu tersebut..hahah

      Delete
  4. hahaha bab sarkis tu noted sangat... bebudak zaman sekarang mana rasa feeling raya yg maha hebat sambil tengok sarkis kat TV RTM...

    Sepekara lagi, anak2 sekarang kalau pegi raya pun duduk sorang2 kat sofa tuan rumah sambil ditemani ipad atau china pad... aduii hancuss... langsung takde feeling raya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu..anak2 buah aku kalau nak pegi beraya,ipad or samsung note tak lepas dari tangan..suruh makan kuih raya tak di pedulikan dah..sibuk dengan game kat gadget masing2

      Delete