Monday, 5 August 2013

Night Of 7 Likur


Masa aku kecik2 dulu,malam yang paling di nantikan ialah malam 7 likur.pada malam tu seluruh kampung aku meriah dengan pemasangan pelita.memang cantik la pemandangan pada waktu malam tu.macam2 jenis pelita ada,pelita buluh,pelita tin (pelita old skool ni).malam tu aku ngan geng2 aku lepas terawih,main mercun la bunga api la,lagi pun masa aku budak2 dulu time tu mercun dan bunga api murah lagi.kalau bunga api atau mercun dah habis,pegi tengok orang main meriam buluh pulak.ada yang main meriam tanah,meriam tin,dan ada yang main meriam besi.(bebudak kampung aku kreatif cipta alat letupan time nak raya..heheh).tapi tu semua hanya tinggal kenangan berharga untuk aku.macam budak2 zaman sekarang ni aku tengok macam tak heran dengan bunga api dan mercun ni.mereka lebih kepada nak gajet untuk berhari raya,macam ipad la,tab la pada diorang tak cool kalau pergi beraya takda gajet macam tu.

Malam 7 likur jugak la kaum ibu ni sibuk membuat persiapan raya.ada yang sibuk buat kuih sampai pagi.teringat aku tolong arwah mak aku gentel kuih siput tu satu persatu,dulu mana ada kuih tunjuk2 macam sekarang ni kan..paling aku suka bila tengok arwah mak aku buat kuih bahulu,betul2 mengambil masa nak membuatnya..tapi rasa kuih bahulu homemade memang sedap la berbanding yang beli punya.sampai ke hari ni kuih raya yang aku anggap legend ialah batang buruk,kuih bahulu dan kuih siput.kuih2 alaf baru ni memang kurang menarik perhatian aku..

Pasal malam 7 likur ni dan pemasangan pelita dah jadi tradisi turun temurun,ada yang mengatakan budaya memasang pelita ni bukan budaya masyrakat melayu.tapi pada aku tak salah memasang pelita,bukan buat amalan khurafat atau sesuatu ajaran sesat pun,hanya untuk merasai kemeriahan hari raya yang bakal menjelma.tapi pada pandangan aku ialah lebih kurang macam ni :

-Ia sebenarnya simbol kepada kita yang bermakna ia adalah cahaya menerangi kehidupan kita sehari2 selama kita mengerjakan ibadah puasa.cahaya atau Nur untuk diri kita sendiri.

-Bermakna kita perlu melipat ganda kan amalan pada hari2 terakhir Ramadhan dan mencari Lailatul qadar,bersedekah,membayar zakat fitrah yang wajib.

Walaupun ada yang mengatakan malam 7 likur adalah malam Lailatur qadar,tapi benarkah begitu?

Daripada Ibn Umar r.a bahawa Rasulullah s.a.w. pernah bersabda :

ليلة القدر ليلة سبع وعشرين
lailatul qadar ialah malam ke 27

(Direkodkan oleh Imam Ahmad 4793 daripada hadis Ibn Umar dengan sanad sahih, dan Abu Dawud1386 daripada hadis Mu’awiyah bin Abi Sufyan)
Imam Muslim merekodkan (762) daripada Ubay bin Kaab r.a. bahawa beliau pernah bersumpah mengatakan malam 27 adalah malam lailatul qadar.

begitu juga Ibn Abi Shaibah meriwayatkan daripada Zurr bahawa beliau pernah ditanya tentang lailatul qadar, maka jawabnya :
“Adalah Umar, Huzaifah dan sebahagian sahabat tidak menyesyaki lagi bahawa malam 27 adalah lailatul qadar”
(al-Durr al-Manthur, tafsir surah al-Qadr)

Antara dalil-dalil syarak yang boleh dijadikan hujah ialah kisah seorang lelaki yang bermimpi melihat malam qadar pada malam 27 ramadan, 
lantas Nabi bersabda :

أرى رؤياكم في العشر الأواخر فاطلبوها في الوتر منها
Aku melihat mimpi-mimpi mu pada sepuluh terakkhir maka carilah nya pada malam-malam witir daripadanya
(Bukhari 2015)

Kesimpulannya, melihat kepada kisah ini, Nabi s.a.w. tidak mengiyakan bahawa malam 27 adalah malam qadar tetapi Nabi lebih cenderung menggalakkan umatnya mencari lailatul qadar pada malam-malam witir daripadanya. adapun malam ke 27, mungkin ia adalah biasa berlaku (wallahualam) dan kadang kala boleh berlaku pada malam ke 21 seperti hadis Abi Said al-Khudri bahawa Nabi s.a.w. sujud pada pagi 21 atas tanah becampur air (في ماء وطين). 
dan mungkin boleh berlaku malam-malam lain.

Apa pun kita rebutlah peluang yang masih ada lagi untuk melipat gandakan amalan kita sebelum berakhirnya Ramadhan ni..

2 comments:

  1. genarasi akan datang yang kebanyakannya duduk kat taman perumahan memang tak merasa la malam 7 likur ni...pakai lampu lap lip mana nak sama...

    ReplyDelete
  2. Bakar duit main mercun, ok la yang cina nye mercun tutembak 20 kali. Happening jugak haha.
    Apa pun selamat hari raya untuk xyruszone dan love ones.
    Stay heavy beb

    ReplyDelete