Saturday 3 August 2013

Oblivion (2013)

Kalau tak kerana pakcik Morgan Freeman,memang aku malas nak layan sangat movie ni..


Bertemakan 'sci fi thriller' filem ni berdasarkan dari karya grafik novel hasil Joseph Kosinski.mengisahkan keadaan bumi pada tahun 2077 selepas 60 tahun bumi yang cuba di jajah oleh makhluk asing.untuk mengelakkan penjajahan mahluk asing berlaku,mereka telah menggunakan senjata nuklear dan mengakibatkan keadaan bumi dan segala populasinya hampir lenyap.hanya sebahagian dari penduduk bumi telah di pindahkan ke satu tempat yang di namakan 'Titan'.


Jack Harper (Tom Cruise)yang tinggal di bumi yang bekerja sebagai technician atau repairman bagi drones (robot pemusnah yang memantau saki baki makhluk asing)ketika hendak menyelamatkan mangsa kapal angkasa yang terhempas,beliau telah di tangkap oleh 'Scavs' (makhluk asing yang di katakan ingin menakluk bumi)dan segala2nya terjawab apabila Jack ni berjumpa dengan Malcolm (Morgan Freeman) dan mengatakan "Scavs' tu hanya teori konpirasi.Jack yang pada mulanya tak percaya terpaksa menerima hakikat bila beliau menyedari dirinya hanyalah sebahagian dari klon yang ada kat bumi..


Jalan cerita dia memang agak rumit dan pening sikit la berbanding dengan filem 'Jack Reacher' sebelum ni..tapi siapa yang selalu layan filem lakonan Tom Cruise,aku rasa memang dah biasa dengan filem bergenre macam ni kan.IMDb pun bagi 7 bintang kat filem ni.pada peminat Tom Cruise,Morgan Freeman dan pelakon Rusia yang hot Olga Kurylenko,dan juga peminat filem sains fiksyen boleh layan movie ni.

8 comments:

  1. tak tengok lagi...banyak betul movie baru yang aku lum sempat tengok...Jack Reacher pun baru jer sebelum puasa tengok,,,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah..banyak movie yg ketinggalan gak nak layan

      Delete
  2. disebabkan heroin hot... kena carik filem ni..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Olga kurylenko memang tengah naik skang ni..banyak filem dia keluar tahun ni

      Delete
  3. Thank you. Selamat la aku nak tengok filem ni pasal ko dah bilang sinopsis dia. Dua jam tu buat tido.

    ReplyDelete
    Replies
    1. layan the hangover 3 je dep..yang tu ok jugak

      Delete
  4. Kenapa setiap kali aku tengok filem ni kompem tak habis? Mgkn disebabkan starting dia yang membosankan kot...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahah..tak kena ngan citarasa lu kot?aku pun tak berapa suka sangat filem futuristik ni

      Delete