Friday 30 August 2013

Now You See Me (2013)

Apek lanun mata sebelah bagitau movie ni dah ada yang clear copy..


Bergenrekan caper/thriller/cat and mouse movie yang ala2 filem Oceans Eleven,filem yang macam ni memang aku suka layan.mengisahkan tentang empat orang pakar ilusi/ahli silap mata yang di gelar 'The Four Horsemen' di kehendaki oleh pihak FBI dan Interpol kerana kejayaan mereka melakukan rompakan bank dengan hanya menggunakan kepakaran ilusi mereka di hadapan ribuan penonton yang menonton persembahan mereka.

Walaupun jalan ceritanya hanya tertumpu pada 4 watak pakar ilusi ni,(Woody Harelson,Jesse Eisenberg,Dave Franco dan Isla Fisher(cekidot ini awek hot)tapi kekuatan sebenar filem ni ialah pada pelakon senior seperti Morgan Freeman,Mark Ruffalo (Hulk,The Avengers)dan Michael Caine (yang jadi Alfred dalam francais Batman)

Storyline dalam filem ni pun ok,ada thrilnya jugak.memang tak membosankan la.aku tanak cerita panjang2 nanti spoiler pulak..heheh..apa pun memang aku rekomen filem ni untuk di tonton.

*3/5

3 comments:

  1. Semenjak blog Ahmad Blitzenius hari tu review pasal filem ni, aku sabar jer tunggu movie ni dah clear dvd nya baru la beli haha...pas ni beli la

    ReplyDelete
  2. versi sedut dah keluar versi 720p...yey...sedia untuk dilayan hujung minggu ni...

    ReplyDelete