Saturday 20 April 2013

Olympus Has Fallen (2013)

Kerana terlalu sibuk mengejar dunia sampai nak update pun tak sempat,tapi sempat jugak la layan movie ni..heheh..


Selain Steven Spielberg,Michael Bay,John Woo,Ang Lee dan pelbagai lagi nama pengarah filem yang kreatif di Hollywood,aku juga amat meminati filem2 arahan Antoine Fuqua ni..beliau memang selalu direct filem yang berunsur crime/action/thriller/conspiracy/corup.antara filem arahan beliau yang terbaik seperti Tears Of The Sun,The Replacement Killers (filem hollywood pertama pelakon hong kong Chow Yun Fat)Training Day (yang ni best)King Arthur,Shooter dan Brooklyn Finest.
Bila dengar je nama filem ni dah start main kat wayang,di tambah pulak dengan cakap2 dari member2 aku yang cakap filem ni best,dengan arahan dari Antoine Fuqua memang buat teruja aku nak tengok.

Filem yang bercorak crime action thrilller ni di barisi oleh pelakon terbaik Morgan Freeman,Aaron Eckhart dan Gerard Butler (300,Gamer)Olympus Has Fallen sebenarnya adalah kod rahsia apabila rumah putih/White House kediaman presiden Amerika di tawan oleh pihak musuh.mengisahkan pertelingkahan antara Amerika dan Korea Utara,delegasi dari Korea Selatan di panggil  ke rumah putih untuk membincangkan krisis ni.tetapi rumah putih membuat kesilapan besar apabila menjemput perdana menteri Korea Selatan dan pengawai tinggi tenteranya yang merupakan bekas tentera Korea Utara.ini memudahkan mereka menawan rumah putih.Mike Banning (Gerard Butler) yang merupakan bekas secret service untuk presiden Amerika ni secara tak sengaja berada dalam situasi serangan ke atas rumah putih dan tinggal beliau seorang je yang masih hidup dan terperangkap dalam rumah putih untuk menyelamatkan presiden Amerika dan pegawai tertingginya.

Overall,aku rasa Antoine ni pun dah kekeringan idea atau pun ni cubaan pertama beliau untuk mengarahkan filem bercorak aksi.jalan cerita yang mudah di jangka,takda elemen suspen,cerita yang tak memeningkan kepala.penyelamat pada movie ni ialah Morgan Freeman,bila beliau mengambil alih kuasa presiden ketika itu.lakonan beliau memang terbaik.dari segi aksi,Gerard Butler memang best la,sama macam filem 300 dan Gamer,aksi beliau dalam filem ni pun best jugak.

So kalau rasa nak layan movie yang jalan cerita hampir sama dengan movie Die Hard + Under Siege boleh layan movie ni.walau sedikit mengecewakan (filem ni lagi best dari filem Red Dawn yang sebenarnya,Red Dawn tu nampak benar menipunya..heheh)

*2/5

6 comments:

  1. Filem Red Dawn memang fail giler! Satu lagi filem remake yg x menjadi...tapi lakonan Chris Hemsworth (Thor, The Avengers) tetap best...filem ni aku blm tgk lagi...tapi akan tgk hehe dont worry

    ReplyDelete
  2. alamak...baca review ni buat kurang berselera pulak nak nengok...heheh...

    ReplyDelete
  3. Adi & berteromber : boleh lagi layan kalo nak filem aksi crime thriller yg tak heavy

    ReplyDelete
  4. Bagus jugak ada korea utara,
    Kalo tak orang islam je jadi enemy

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah..skarang ni diorang dok buat movie pasal korea utara je

      Delete
  5. Aku suka tgk lakonan pakcik Morgan Freeman ni.

    ReplyDelete