Friday, 12 April 2013

Suatu Ketika Dahulu


Masa kecil dulu aku sangat kagum dengan peti sejuk. Aku kagum bukan kerana kesejukkannya atau ke'peti'annya tetapi aku kagum dengan lampu di dalamnya yang akan terpadam setengah saat sebelum pintunya ditutup. Jadi aku yang bijaksana ini pun mulalah menjalankan penyiasatan mengenai misteri ini..


Setiap kali menutup peti sejuk aku akan menutupnya dengan begitu perlahan untuk mencari punca bagaimana lampu boleh terpadam dengan sendiri sebelum ianya ditutup. Agak lama juga aku gagal untuk menemui jawapannya tetapi akhirnya aku berjaya juga.

 Rupa rupanya sangat mudah membuat lampu itu terpadam. Tidaklah misteri sangat pun. Cis!



Oleh : http://masakecildulu.blogspot.com/

6 comments:

  1. pernah buat...tapi aku terer sikit...sekali siasat dah dpt jawapan...heheh...

    btw...best jugak blog tu...

    ReplyDelete
  2. pernah buat...last kena tarik telinga sebab orang tua cakap gas cepat habis....hehhe

    ReplyDelete
  3. Aku masa budak2 dulu rasanya lagi dahsyat...siap nak cuba masok peti sejuk dgn mengeluarkan partition tempat letak sayur di bawah peti sejuk...baru ada ruang untuk duduk dalam peti sejuk...dulu rumah mana ada air con...haha...pastu mak aku tauk, habis aku kena rotan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Typo...pastu mak aku tau...TERcakap bahasa melayu sarawak pulak haha

      Delete
  4. haha aku pun dulu carik jugak cammana boleh terjadi..

    ada cam butang kecik kat tepi pintu tu rupanya

    ReplyDelete
  5. Hahah..masing penah tetipu jugak rupanya

    ReplyDelete