Sunday, 28 February 2016

Tila - Rela/Etika Cinta 12' Singles (1990)

Antara 'guilty pleasure' (nikmat bersalah?)




Singles rekod 12 inci yang terjumpa secara tak sengaja ketika tengah carigali rekod2 melayu lama di kedai uncle Joe.oleh kerana ia nya mempunyai nilai nostalgik,tanpa fikir panjang aku terus beli.






Kondisi rekod masih lagi cantik.menurut uncle Joe,rekod single ini sebenarnya hanya untuk siaran radio sahaja,di guna untuk mempromosikan album pertama Tila ini.dan lagu yang betul2 popular sejak dari tahun 1990 sehingga sekarang ialah lagu 'Rela'.









Barisan pemuzik untuk album ini juga hebat2 belaka.untuk gitar je ada Zulkif,Man Kidal,Zainal Rampa dan juga Allahyarham Samad.tak hairan lah kenapa lagu Rela begitu popular pada era 90an dahulu.







Lagu 'Rela' di cipta oleh dua komposer hebat iaitu Rahim Othman dan Saari Amri.lagu ini juga pernah di nyanyikan kembali oleh penyanyi terkenal Indonesia iaitu Inka Christie,dan juga penyanyi Eja.tapi aku lebih suka versi asal nyanyian Tila ini,baru ada 'jiwa'..heheh..

Versi Eja :



Versi Inka Christie :



Versi asal :

Monday, 22 February 2016

The Gangster (2012)




Filem ini adalah filem Thai,kalau dalam bahasa siam ia di sebut 'Antapal'.sejujurnya aku memang kurang melayan filem dari Thailand ni,(Thailand juga antara pengeluar filem seram Asia) tetapi filem ini menarik minat aku untuk menonton nya..
Filem ini berdasarkan dari kisah benar tentang dunia gangter/samseng di Thai pada tahun 1950an dan 60an.jalan ceritanya menarik,di selang seli kan antara cerita dan temuramah dengan bekas gangster dan rakan2 gengster di Thailand.

Mengisahkan Jod,yang baru keluar dari penjara yang kononnya nak 'cuci tangan' tak mahu terlibat lagi dengan dunia gangster di Thailand,tetapi akhirnya tepaksa juga kembali ke dunia gangster kerana desakan hidup.oleh kerana nama beliau di geruni oleh gangster2 lain di Thailand,Jod mula mendapat pengaruh dan pengikut yang ramai.walaupun beliau gangster dan di geruni,tetapi beliau berhati mulia,kerap menolong orang2 susah.kira lebih kurang macam Robin Hood la kan.

Jika anda peminat filem bercorak gangsterisme,boleh layan filem ini,memang tak membosankan.

4/5*


Friday, 19 February 2016

SYJ - Kudrat (1990) Reissue 2016

Lagi album rock dulu2 yang di keluarkan semula..




















Aku tak berapa tahu sangat info pasal album ni.mungkin kerana tak berapa hit dan perubahan line up dalam band ini.SYJ dengan album Kudrat ini sebenarnya merupakan batch ketiga SYJ,batch pertama telah menukarkan nama kepada 'Sofea' dan batch kedua pula telah bertukar kepada 'Ariwatan' dan menghasilkan album pertama dengan penyanyi Aris Ariwatan.lagu2 dalam album ini pun kesemuanya aku tak pernah dengar.(apa yang aku tahu pada tahun 1990,album Wings 'Teori Domino' memang tengah hit,dan juga lagu 'Sejati')bagus juga EMI/Universal reissuekan kembali album ini,kalau tak memang ramai yang tak tau SYJ batch ketiga ini pernah rilis album.

Lain2 info pasal album ni memang aku taktau,kerana ia nya salah satu khazanah rock negara,aku beli untuk di jadikan koleksi.harap selepas ini album2 lama 'Sofea' pun akan di riliskan juga.

p/s : sound dalam album ini?sila emailkan pertanyaan anda kepada EMI atau pun Universal Music :p (hanya sekadar parodi)

Wednesday, 17 February 2016

Fatal Portrait 30 Tahun

Yang di riliskan pada 17 febuari 1986,maka album ini dah genap 30 tahun.(sebaya dengan adik aku)




Album ni je dah 30 tahun,pakcik King tahun ni pun dah jadi warga emas dah.60 tahun umur beliau dah boleh keluar duit KWSP..heheh..






Takda la nak mereview sangat pun.pernah cerita pasal vinyl ni 2 tahun yang lalu kat sini :
http://xyruszone.blogspot.my/2014/11/king-diamond-fatal-portrait-vinyl_13.html

p/s : kalau cerita lebih2 nanti ada pulak yang komen kata aku dah terpesong akidah pulak.


Monday, 15 February 2016

Life Is Strange (2015) PS4




Pada asalnya game ini hanya ada dalam versi digital download yang boleh di download di Playstation Network.oleh kerana rumah aku memang tiada kemudahan internet,terpaksalah tunggu versi blu ray (game2 playstation 4 memang menggunakan disc blu ray) yang baru di lancarkan pada pertengahan januari yang lepas.ia nya di keluarkan serentak untuk semua platform seperti PS3,Xbox 360,XboxOne dan juga versi PC.




Game ini juga telah memenangi pelbagai kategori seperti 'best plot twist' pujian yang tinggi melangit dari pengkritik,review dari majalah2 game  dan banyak lagi anugerah yang di menangi.

Game yang bergenrekan thriller dan adventure ini memang menarik.memang aku puas hati sangat lah main game ni walaupun cuma 5 episod.secara ringkasnya game ini mengisahkan tentang seorang pelajar dalam jurusan seni fotografi iaitu Maxine Caulfield yang tiba2 mendapat satu kuasa luar biasa yang membolehkan beliau  mengundurkan masa.dengan kuasa yang ada,beliau cuba untuk menyelamatkan kawan2 nya yang menghadapi masalah.

Walaupun grafiknya agak kurang menarik dan banyak kritikan dari peminat game kerana grafiknya yang tak berapa cantik,tapi pada aku asalkan gamenya menarik dan jalan ceritanya pun best,takda masalah pun,janji jangan susah sangat gameplay nya.kalau gameplay pun dah susah dan rumit,memang malas la aku nak main..heheh


Thursday, 11 February 2016

Juara Juara Rock 1 & 2 (1987) Reissue 2015

Lagi2 rock reissue.28 tahun yang lalu..





Dulu aku ingat kompilasi ni takkan ada lagi di jual (pernah di reissue pada tahun 2001 dengan packaging yang lain) tapi setelah 28 tahun kompilasi ini di pasarkan semula dengan packaging yang asal sama seperti versi kaset dahulu.tahun 1987 aku baru je darjah 5.heheh..tapi di sebabkan album ni memang mempunyai nilai nostalgik,kerana abang2 aku pernah beli kaset versi lanun,dan hari2 jugalah aku dengar lagu2 dalam album JJR 1 dan 2 ni dan boleh di hafal juga la lagu2 rock keras dalam ni.





Sound yang dalam album ini pun aku suka,sebab ia nya sound 'raw' rock melayu 80an,sound heavy metal kental,bunyi dari zaman analog memang enak di dengar.sebab aku membesar pada era ini dengan rock hasil dari pengaruh abang aku menyebabkan separuh dari jiwa rock aku banyak tertinggal di tahun 80an..heheh







Bukanlah nak mereview sangat pun sebab ramai dah rakan2 blog dah buat entri pasal album ni.kesemua lagu dalam kedua2 album ni memang best,banyak kenangan dan sentimental value walaupun ada sesetengah lagu tu ada la ceduk sikit lagu2 dari band2 rock barat.kepada abang2,kakak2 yang dulu nya rock tapi nak mengimbau kenangan dulu boleh beli album kompilasi ni.rok terus rok!..heheh..


Trivia : Nasha/Bandi Amuk juga pernah terlibat dalam album kompilasi Batu-Batu Perjuangan bersama dengan kumpulan Nuzzantara.