Monday, 30 December 2013

Motley Crue - Decade Of Decadence 81 - 91 (1991)

Lagi cerita pasal rock celah belukar..(bak kata bro Portdy)


Walaupun Motley Crue ni dah wujud sejak tahun 81 lagi,tapi aku agak lambat mengenali band ni.antara band glam rock yang menjadi kegemaran aku sebelum mengenali Motley Crue seperti White Lion,Twisted Sister,dan Poison.mula mengetahui akan band ni melalui album "Dr.Feelgood" antara album terbaik Motley Crue dalam sejarah glam rock dan juga band Sofea/SYJ..heheh..(sebab imej Syj pun sama macam diorang)
Ini adalah album kompilasi pertama dari Motley Crue yang menghimpunkan lagu2 mereka sejak di awal pembabitan mereka dalam dunia glam rock.


Album ni juga menduduki tempat ke 2 dalam carta Billboard 200.siapa yang tak kenal ahli band yang selalu menimbulkan kontroversi ni,Vince Neil,Nikki Sixx,Mick Mars dan Tommy Lee (kisah kontroversi beliau dengan Pamela Anderson yang tak habis2,dan pernah bergaduh dengan Kid Rock pasal Pamela Anderson jugak)tak hairan lah kalau band ni menepati terma 'sex,drug and rock & roll' kerana selain terkenal dengan lagu2 mereka yang hit,mereka juga terkenal dengan sikap buruk mereka yang suka berparti,perempuan dan kokain yang menjadi rutin harian mereka.

setlist dalam album ni

Antara lagu best dalam album ni yang menjadi kesukaan aku seperti Live Wire,Shout At The Devil,lagu power ballad klasik Home Sweet Home,lagu cathcy Girls,Girls,Girls,versi live Kickstart My Heart,Dr.Feelgood,Primal Scream dan cover version dari Sex Pistols Anarchy In The U.K.
Selepas album ni di riliskan,Vince Neil telah keluar dari Motley Crue dan juga berkuburnya band2 glam rock yang hebat seperti Ratt,Stryper,White Lion,dan Winger kerana populariti muzik grunge yang telah meningkat naik pada ketika itu.mereka kembali bersatu pada tahun 1997.

Inlay jenis lipat2.dengan gambar2 lama zaman 80an dan 90an

Walaupun mereka ni pernah terkenal dengan perangai yang gila2,tapi dari segi karya dan penciptaan lagu memang terbaik la,Motley Crue juga menjadi sumber inspirasi band2 moden rock pada hari ini.
Pada korang yang tak penah dengar Motley Crue dan kalau nak kenal muzik bawaan Motley Crue boleh dengar melalui album ni dulu.semua lagu best dan klasik Motley Crue memang ada dalam album ni..

                                         Home Sweet Home



Saturday, 28 December 2013

All Day And All Of The Night


Lagu yang pernah di popularkan oleh British band The Kinks ni,rasanya lagu yang paling banyak sekali di cover oleh pelbagai artis dari pelbagai genre muzik.The Kinks juga popular dengan lagu "You Really Got Me" yang pernah di popularkan kembali oleh Van Halen dan kumpulan Search dengan versi melayu "Sirih Dan Gambir" juga pernah di nyanyikan kembali oleh Metallica bersama penyanyi asal The Kinks iaitu Ray Davies.
Di riliskan sebagai single pada 23 October 1964 dan mendapat tempat ke 2 di UK singles chart dan berada di tempat ke 7 di carta Billboard di US.selain dari versi asalnya aku suka juga versi covernya..antara band/penyanyi yang pernah cover lagu ni seperti :

Scorpions (2011)




The Stranglers (1988)






Quiet Riot (1995)







Paul Gilbert,Steve Vai & Andy Timmons (2011)






Akhir sekali versi live dari Metallica tapi di nyanyikan sendiri oleh penyanyi asalnya Ray Davies..


Ada yang melabelkan The Kinks ni antara 'godfather of punk rock and post punk' sebab permainan gitar 3 chord yang menyebabkan banyak band punk awal 80an menjadikan The Kinks sebagai sumber inspirasi.apa pun lagu ni memang layan..

Friday, 27 December 2013

Astaghfirullah




Let us all say "Astaghfirullah" sincerely,


From the bottom of our hearts, and the core of our souls.
Let us say "Astaghfirullah" for the many many times we have sinned and disobeyed Allah.
Ya Allah, i have sinned and have been a negligent worshiper.
I humbly declare "Allah i seek your forgiveness, Astaghfirullah. Astaghfirullah. Astaghfirullah.
Ya Allah, forgive me, my sins are great but your mercy is indeed greater!"

Wednesday, 25 December 2013

Santa Tak Datang..

Sebab..


Dah kena cekik dengan Eddie!

#Selamat Hari Natal kepada pengunjung blog ni yang beragama kristian..

Monday, 23 December 2013

Jalan - Jalan Di Kuala Sepetang

Orang sibuk berjalan masa cuti sekolah ni,aku pun sibuk jugak nak bejalan..dah lama tak keluar dari 'kesemakkan' bandar metropolitan kl ini..so destinasi aku yang saja2 nak berjalan ialah di Kuala Sepetang.
Kuala Sepetang ni terletak di dalam negeri Perak,lebih kurang 60 minit dari bandaraya Ipoh.pertama kali aku sampai sini dan kebetulan sampai pada waktu petang,memang sedang elok lah..

Aku suka lihat pemandangan dan suasana petang kat sini,dengan kawasan perkampungan nelayan nya yang nampak begitu cantik dan mendamaikan..


Sori la gambar tak berapa nak cantik,tangkap guna handphone murah jek..


Kuala Sepetang juga terkenal dengan makanan seafood nya,selain 'Mee Udang Mak Jah'.sori gamba makan mee udang Mak Jah aku lupa ambik,pasal teruja dengan gambar kawasan perkampungan nelayan ni..heheh..


Kuala Sepetang juga di kenali sebagai Port Weld.juga merujuk kepada sinaran matahari merah di ufuk barat.sinar merah suria di titik horizon Selat Melaka boleh membuatkan kita teruja dan menyaksikan betapa indahnya ciptaan yang Maha Esa.
Apa yang di kesalkan aku tak sempat nak borong ikan pekasam.pada korang yang rasa ingin bercuti ke negeri Perak,jangan lupa singgah sini..tempat ni memang menarik kalau datang pada waktu petang.

Untuk lebih info pasal Kuala Sepetang boleh tengok sini http://www.ipoh-city.com/attraction/Kuala_Sepetang/

Friday, 20 December 2013

Azan Tanpa Henti Hingga Ke Akhir Zaman



Dimulakan dengan Indonesia yang terletak dibahagian timur dengan ratusan kepulauan-nya dan jumlah penduduknya seramai 180 juta.
Sebaik masuk waktu Subuh, Azan mula berkumandang dari kawasan ini dengan ribuan Bilal yang akan melaungkan Ke-Agungan Allah S.W.T Dan Nabi Muhammad S.A.W.
Proses ini akan bergerak kearah barat kepulauan Indonesia. Perbezaan masa antara timur dan barat Indonesia adalah 1-1/2 jam.
Belumpun laungan Azan dimerata Indonesia selesai, ianya bermula pula di Malaysia dan Singapura.
Berikutnya di-Burma dan dalam masa satu jam selepas Azan dilaungkan di-Jakarta, tiba giliran Dacca di Bangladesh.
Berikutnya laungan akan kedengaran di Calcutta dan terus ke Srinagar dibarat India.
Perbezaan waktu dikota-kota Pakistan adalah 40 minit jadi dalam jangka masa ini, Azan akan berkumandang diseluruh Pakistan.

Belum berakhir di-Pakistan, Azan akan bermula pula di Afghanistan dan Muscat.
Perbezaan waktu antara Muscat dan Baghdad adalah satu jam. Dalam jangka masa ini, Azan akan berterusan dilaungkan di UAE, Makkah, Madinah, Yaman, Kuwait dan Iraq.
Proses ini berterusan setiap detik sehingga ke pantai timur Atlantik.
Jarak masa Azan mula dilaungkan di Indonesia sehingga ke pantai timur Atlantik adalah 9-1/2 jam.

Ketahuilah bahawa pada setiap waktu, ribuan bilal di merata dunia akan melaungkan azan, mengakui 'Bahawa Allah Sahaja Yang Patut Disembah, dan Nabi Muhammad Adalah Rasul Allah.'
Belumpun Azan Subuh berkumandang di pantai Timur Atlantik, Azan Zuhur kini sudah mula dilaungkan di Indonesia. Ini berterusan bagi setiap waktu sembahyang, tidak putus-putus.

Subhanallah, begitu hebat dan agungnya Islam!

Kalaulah setiap kawasan boleh memasang pembesar suara (yang power habis!), akan bergegar satu dunia dengan laungan Azan tidak putus-putus.

Allahu Akhbar!

*Sumber : isuhangat.blogspot.com

Thursday, 19 December 2013

Ketika Malaikat Tidak Bersayap


Aku ni bukan lah orang yang baik2 pun,walau orang cakap aku ni budak baik pun aku tetap tak boleh terima yang aku ni orang yang sempurna seperti kata pepatah "tak makan dek puji,tak mati dek keji"..heheh..lagi pun kalau benda yang baik tu apa salahnya di kongsi bersama.yang sama2 kita mendapat manfaatnya..
Cerita pasal buku ni,antara buku agama yang terbaik pada aku,tatabahasa dalam bahasa melayunya ok dan mudah di fahami,bacaan santai sesuai untuk yang susah nak tidur malam atau memang hobinya suka membaca.
Sesuai dengan tagline nya "himpunan kisah yang penuh hikmah yang menyegarkan jiwa anda" memang banyak pengajaran yang terdapat dalam buku ni,dan juga menyegarkan jiwa.itu memang tak di nafikan.

beberapa bahagian kisah2 menarik yang terkandung dalam buku ini

Tiap2 bab dalam buku ni memang menarik,banyak antaranya kisah2 yang kita tak tau,boleh tau melalui buku ni.antaranya kisah para sahabat Nabi Muhamad s.a.w,kisah moral moral kebijaksanaan,kisah jiwa jiwa yang gagah,dan juga kisah2 di akhir zaman.
Buku "Ketika Malaikat Tidak Bersayap" ni di terbitkan oleh Kemilau Publika boleh tengok kat fb http://www.facebook.com/bukukemilau. buku ni memang best dan menarik tak rugi kalau beli..sama2 kita memperoleh ilmu dan manfaatnya..memang puas hati baca buku ni dan tak jemu.memang di rekomend untuk korang semua.beli dan baca sampai habis.