Sunday, 31 May 2015

"Sampaikan Dariku Walaupun Satu Ayat"




Ini seorang lelaki Amerika. suatu ketika ia solat di sebuah masjid. setelah selesai, lelaki ini berdiri dan segera mengambil mikrofon.

Dibacanya al-Fatihah dengan suara yang sungguh lemah dan mendayu yang tidak dipahami kecuali oleh mereka yang memahami surah tersebut.lantas berlinanglah air matanya lalu segera berlalu ke luar.

Imam masjid tersebut mengikutinya dan bertanyakan alasan terhadap sikap yang dilakukannya tadi.

Lelaki Amerika itu menjawab: “Aku baru dua hari masuk Islam.aku baca sebuah kitab terjemahan tentang Islam.aku dapati hadits Rasulullah SAW ‘sampaikan dariku walaupun satu ayat.’ dan aku hanya hafal 7 ayat.maka aku lantas menyampaikannya.”


Sumber : Islampos.com

Saturday, 30 May 2015

Al Fatihah Tan Sri P.Ramlee

Flashback Saturday minggu ini..



Dah terlewat sehari,sepatutnya semalam..tapi takpa lah,walaupun dah 44 tahun lagenda ni pergi meninggalkan kita,(P.Ramlee meninggal dunia pada 29 mac 1973)tetapi legasi beliau tetap menjadi ingatan buat peminat dan seluruh rakyat Malaysia dan Singapura.lagu2 beliau,dialog2 dari filem2 lakonan beliau tetap menjadi ikutan peminatnya sehingga ke hari ini..kat Astro pun ada tayang dokumentari sempena 44 tahun beliau meninggal dunia.

Baru harini aku dengar lagu 'Getaran Jiwa' yang pernah di cover oleh artis legend Amerika iaitu Lobo.legend covering legend.great one.


 Versi asal jugak yang best.
Al Fatihah Tan Sri P.Ramlee.thanks for the inspiration..

Thursday, 28 May 2015

Aku, Xbox360 & Lara Croft

Sambungan dari entri Ijau pasal Lara Croft..hobi yang dah lama aku tinggalkan kini berjangkit kembali..heheh..



Sejak Microsoft lancarkan konsol permainan baru XboxOne,harga Xbox360 ni dah murah sedikit.memang dari dulu aku teringin nak beli (aku memang tak suka main game kat laptop atau kat phone,rasa macam takda kepuasan)kerana ini adalah salah satu hobi yang memang aku minat dari dulu (pernah memiliki Playstation One dan Playstation 2 keluaran syarikat Jepun iaitu Sony)kali ini aku beli produk yahudi pula iaitu konsol permainan keluaran syarikat Microsoft Xbox360 ini..


Sori la masa unboxing konsol ni aku tak sempat nak ambik gambar,tak sabar nak main game punya pasal..hahah..

wireles controler

So pakej nya ialah 1 controler,1 HDMI cable,dan 30 free games yang dah siap install dalam hard disk game ni,juga boleh di main menggunakan dvd jack sparrow.




yang ni aku da siap pasang semua dah.cuma bila nak main game on kan je lah.

Ok konsol permainan interaktif dah ada,kita cerita pasal game nya pulak.game kesukaan aku ialah bergenrekan action/adventure/thriller dan horror.antara game yang da siap install dalam Xbox 360 aku tu ialah game WWE,Resident Evil 5 dan 6,Max Payne 3,Assassins Creed,Batman Arkaham Origins,Tomb Raider Anniversary,Tomb Raider 2013 dan banyak lagi game yang aku sendiri lupa apa tajuknya.
Untuk minggu ni je aku main game Tomb Raider 2013,versi reboot.bukan filem je ada reboot game pun ada.sesapa yang pernah main game ni,(macam Ijau)mesti tau betapa best dan terujanya bila layan game ni..


Lara Croft berwajah baru,dengan gaya,aksi dan pergerakan semuanya serba baru.memang syok layan game versi baru ni.ianya seperti juga kita menonton filem,cuma kita kena gerakan karakter tersebut (atau kita sendiri yang jadi pelakonnya)kena panjat,melompat,belari,berlawan dengan serigala,dengan hantu jepun,lawan dengan lanun,kena selamatkan rakan,mendaki dan yang paling mencabar kena selesaikan pelbagai puzzle.(tapi yang ni senang je tak macam dalam game The Last Revelation,yang tu puzzle dia memang rumit gila)dan yang paling best sekali ialah grafik dan CGI nya,memang terbaik.memang tak hairan la game ni boleh menang antara game terbaik tahun 2013 yang lepas..

view dari tv cikai aku


Sambil putar rekod,sambil layan game TR ni memang santai la kan.tu pun ada yang dah kata aku ni antisocial sejak dah ada Xbox 360 ni kat rumah..heheh..
Info pasal game Tomb Raider reboot boleh tengok kat Sini



Tuesday, 26 May 2015

Metallica - Ride The Lightning LP (1986)

Album ni sebaya dengan adik aku dah 31 tahun dah..




Sebelum ni aku penah tampal piring 'Kill 'Em All' versi cetakan terbaru dari Blackend Recordings (Metallica punya label sendiri)dan ini album kedua 'Ride The Lightning' adalah versi cetakan tahun 2008 keluaran Universal Music.(aku tak macam sesetengah collector yang sibuk nak kumpul 1st pressing la,UK pressing la,Japan pressing la pada aku bunyi yang di keluarkan tetap sama,so aku tak cerewet tentang bunyi,kalau nak bunyi sedap beli sound sistem yang berjenama mahal,bukan beli yang kat pasar pudu,lepas tu komplen cakap reissue tak sedap la apa la..haha)




Kalau sesapa yang ada French pressing,yang tu memang rare,pasal cover depannya warna hijau,bukan warna biru yang biasa ni.sebab record label kat French tu salah print warna,dan telah di cetak sebanyak 400 keping.yang tu kira 'collector's item' la orang jawa panggil.



So album RTL ni ada 2 lagu hasil ciptaan bersama abg Mus Megadeth sebelum beliau di tendang keluar,lagu 'Call Of Ktulu' dan lagu 'Ride The Lightning',kerana masalah kewangan untuk sewa studio kat US yang agak mahal,mereka merakamkan album ini kat kampung Lars Ulrich iaitu Denmark dengan kadar sewa studio yang jauh lebih murah di Sweet Silence Studios.segala equipment yang mereka gunakan untuk album ini kebanyakannya pinjam daripada pakcik King Diamond dan Mercyful Fate.sebab tu la Mercyful Fate dan Metallica sampai sekarang diorang jadi best friend.(demi persahabatan tu la Metallica cover medley album 'Melissa' dalam album 'Garage Inc.' tu)


isi dalam

Idea untuk title album 'Ride The Lightning' datangnya dari Kirk Hammett berdasarkan dari novel Stephen King 'The Stand'.memang lagu2 nya banyak berinspirasikan dari filem,novel dan juga puisi.seperti lagu 'For Whom The Bell Tolls' berdasarkan dari novel hasil tulisan Ernest Hemmingway,yang mana intro bass dari Cliff Burton menurut kata beliau ialah demo yang beliau rakam sebelum join Metallica.'Fight Fire With Fire' pulak adalah lagu yang menjadi sumber inspirasi bagi band2 Black Metal eropah,banyak band black,death dan extreme metal cover lagu ni seperti Vader,Therion dan Abigail Williams.dan lagu yang menjadi trademark Metallica berdasarkan dari filem 'The Ten Commandments' iaitu 'Creeping Death'












"Creeping Death" describes the Plague of the Death of the Firstborn (Exodus 12:29). The lyrics deal with the ten plagues on Egypt, and throughout the song, four of them are mentioned as well as the Passover. With over 1400 plays as of 2013, Creeping Death is the second most performed live Metallica song after Master Of Puppets. The bridge of the song (with the recognizable lyrics "Die, by my hand!") was written by Hammett in Exodus for the song "Die by His Hand". The song was recorded and released by Exodus as a demo, but never featured on a studio album. "Creeping Death" was covered by Welsh glam metal band Tigertailz for a b-side in 1990, Welsh metalcore band Bullet for My Valentine on Kerrang!'s 25th Anniversary Higher Voltage compilation disk, the Italian black metal band Stormlord as a live track on its extended play The Curse of Medusa, and by rock band Drowning Pool on the Ozzfest 2002 live album. The intro was interpolated by ska band, The O.C. Supertones on the title track of their second album, Supertones Strike Back.

Ok,malas nak cerita panjang.rasanya ramai yang dah tau pasal sejarah album ni kan.pada pandangan aku,album ini merupakan album thrash terbaik era 80an yang memang betul2 'cult classic'.salah satu sebabnya dah tentu la ngauman bass Cliff Burton tu.(aku suka bunyi bass beliau dalam 'Call Of Ktulu' tu,macam2 bunyi dia buat.memang tak boleh celen ngan bunyi riff Hetfield ngan Kirk)album ini juga aku rajin dengar bila waktu nak kemas rumah dan mendobi kain baju..heheh..

p/s : lagu pertama yang aku main sewaktu nak belajar nak main gitar dulu ialah intro 'Fade To Black' tu..

Sunday, 24 May 2015

Puisi Untuk Rohingya

Oleh : Cristine Teo (UPSI)






Aku berjalan memakai kasut merah,
Sedang mereka berjalan dengan kaki penuh berdarah,
Aku mengeluh apabila tiada teman di sisi,
Sedang mereka menangis, merintih, keluarga mereka pergi tak kembali.

Aku memberontak bila keinginanku tak dituruti,
Sedang mereka tidak mampu berkata-kata,
Apabila keluarga dibakar, diseksa di depan mata,
Hanya linangan air mata menjadi tanda betapa hati terseksa,
Walaupun kadangkala air mata sudah tidak mampu mengalir lagi,
Hanya doa pengubat duka bagi mereka.

Aku mengejar cinta manusia di dunia yang penuh pura-pura,
Sedang cinta yang mereka dambakan hanyalah cinta abadi kepada Tuhan yang Maha Esa,
Haruskah aku terus mengeluh dengan apa yang aku ada?
Sedang mereka tetap bersyukur nadi mereka terus berdenyut walau untuk beberapa ketika,
Hinanya diriku berdoa bila hanya teringat pada-Nya,
Sedang doa mereka hanya terputus bila nafas terhenti buat selamanya.

Kini aku telah mengerti,
Beza harapan aku dengan harapan mereka,
Beza rintihan aku dengan rintihan mereka,
Beza tangisan aku dengan tangisan mereka,
Beza doa aku dan doa mereka.

Perbezaan segalanya tentang aku dengan mereka.

p/s : Turki yang punya jauh tu pun sanggup datang..

Thursday, 21 May 2015

Throwback Thursday : Malcolm X



Seorang pejuang muslim kulit hitam yang menjadi ikon di Amerika.sempena ulang tahun kelahiran beliau yang ke 90 pada tahun ini,(jika beliau masih ada)satu laman sesawang politik di Amerika telah memberikan penghormatan untuk beliau.page tersebut hari ini mengisahkan tentang riwayat hidup beliau.Malcolm X di bunuh kerana di sebabkan politik kotor di Amerika.
Boleh tengok kat sini :
http://m.democracynow.org/web_exclusives/2534

Wednesday, 20 May 2015

Wordless Wednesday

napa makcik ni senyap pasal isu Rohingya eh?kerana etnik jugak?

Tuesday, 19 May 2015

The Walking Dead Season 5




Akhirnya The Walking Dead season 5 baru je abis layan.lambat habis sebab dia ada stop sekejap,bersambung pada febuari yang lalu dan berakhir pada bulan 29 mac lepas.season 5 juga banyak menampilkan watak2 baru dan juga kembali nya kawan lama Rick iaitu Morgan Jones,yang pernah muncul di season 3.
Ok,ni aku punya short review pada sesapa yang pernah follow Walking Dead tapi belum layan lagi season 5 ni..

Terminus.
Ni masa last episod kat season 4 yang Rick dengan geng2 dia semua kena kurungkan,yang kononnya Terminus ni safe zone,rupanya geng kat Terminus ni kanibal,gemar memakan kaki manusia,ketika Rick dan geng2 dia ni hampir di sembelih,datang Carol menyelamatkan diorang ni semua.Gareth dengan geng diorang (puak kanibal)berjaya melarikan diri.Rick dan geng2 diorang selamat.

Church
Pada masa diorang cari tempat pelindungan,diorang terserempak dengan paderi Gabriel,diorang berlindung kat gereja tempat paderi Gabriel ni tinggal,tetapi cuba di serang oleh geng2 Gareth,so geng Gareth ni semua kena bunuh dengan Rick,Bob mati di gigit zombie,Abraham,Maggie,Glen,Eugene,Rosita dan Tara meneruskan perjalanan ke Washington DC sebab Eugene kata dia ada penawar zombie,tapi yang sebenarnya Eugene bukan lah saintis seperti yang di dakwa,rupa2nya Eugene ni tipu diorang hidup2,dan akhirnya diorang patah balik ke gereja bergabung kembali dengan Rick.

Yang tak best dalam season ni Beth dah mati,kena tembak dengan sheriff perempuan ketua kat hospital tu,Tyrese pun mati.diorang tinggalkan gereja tu dan terus keluar cari tempat baru sehingga lah diorang jumpa Aaron,yang bawak diorang ni pegi penempatan baru yang bernama Alexandria yang di ketuai oleh Deanna.

Tu je lah review aku,malas nak cerita panjang2,kena tengok sendiri lah..heheh..

p/s : mungkin season 6 baru ada 'Negan' kot?karakter paling brutal dalam komik TWD

Saturday, 16 May 2015

Balada Orang Berdosa (1992)

Flashback Saturday minggu ini..

gambar cilok kat google


Dalam banyak2 cd dan kaset yang aku tak ambik peduli waktu di riliskan,yang sekarang ini boleh di levelkan 'masterpiece' dah tentu lah album ini.memang menyesal tak sudah aku.kalau sekarang aku rasa memang susah nak jumpa kot? (kalau sesapa ada album ni dalam simpanan sila tampal please) ini adalah antara album bertemakan ketuhanan atau pun album nasyid yang agak 'art' dari stail muzik dan konsepnya.kesemua artis dan komposer dalam album ni memang legend.di terbitkan oleh Fauzi Marzuki,Jenny Chin dan Mac Chew (diorang bertiga ni dulu memang femes)komposer legend yang ada dalam album ini seperti M.Nasir,Siso Kopratasa,Sam Dllyod,dan Zubir Ali.juga dua lagu cover version dari Tan Sri P.Ramlee.
Lagu yang paling terkesan sekali dalam album ini dah tentunya lagu nyanyian Aris Ariwatan iaitu 'Permaidani' 'Kepadamu Kekasih' dan juga lagu 'Selimut Putih' ciptaan El Suraya (penah dulu masa aku jual burger depan kelab dangdut kat Jalan Ipoh,aku kena marah dengan orang2 tua yang baru keluar dari kelab tu pasal aku pasang lagu ni,kebetulan lagu tu keluar kat radio bukan aku pasang kaset pun..hahah..marah pun pasal konon nak tunjuk macho depan awek2 gro tu..heheh..)setlist lagu2 dalam album ni ialah :

1.Balada Orang Berdosa (nyanyian Aris Ariwatan) (Fauzi Marzuki/Zubir Ali)
2.Doa (nyanyian kumpulan Illusi)- (Zubir Ali/Chairil Anwar)
3.Alhamdulilah (interlud) - (P.Ramlee)
4.Tetamu Senja - (Siso/A.Samad Said)
5.Selimut Putih (El Suraya)
6.Keagungan Tuhan (lagu cover Dllyod nyanyian Illusi)
7.Tiada Tuhan Melainkan Allah (instrumental)
8.Kau Yang Satu (M.Nasir/M.Nasir)
9.Kepadamu Kekasih (nyanyian Illusi) (M.Nasir/Eunosasah)
10.S.A.W (interlud)
11.Permaidani (nyanyian Aris Ariwatan) (Yusri Abd Rahman/Iman Zali)
12.Rukun Islam (epilog) (Tan Sri P.Ramlee)

Kesemua lagu ni bila di dengar boleh menenangkan jiwa (setan2 King Diamond,Behemoth ke akan insaf jugak bila dengar lagu2 dalam ni..heheh)try la dengar.memang best,menarik dan mendamaikan jiwa bila dengar lagu2 dalam album ini..



Wednesday, 13 May 2015

Wordless Wednesday

jangan ingat aku ni mat porn pulak..heheh..kalau ikut pada novelnya memang best.movie dan novelnya di haramkan di Malaysia.nak tunggu part 2 pulak :p

Sunday, 10 May 2015

Selamat Hari Ibu



Untuk ibu,emak,bonda,mama,umi dan kepada pengunjung dan pembaca yang dah bergelar ibu,selamat hari ibu untuk ibu2 di seluruh pelusuk nusantara dan juga seluruh dunia.Al Fatihah buat Allahyarham bonda aku.moga roh beliau di Rahmati Allah SWT.




Friday, 8 May 2015

Avengers : Age Of Ultron (2015)



Cuti hari pekerja tempoh hari dapat la jugak tengok movie ni.di sebabkan cuti yang panjang dan ramai yang pulang ke kampung,menyebabkan panggung wayang lengang dan aku boleh sila panggung.heheh..
Ok lah sapa yang pernah menonton filem pertama Avengers ni,mesti tau filem ini mengenai apa.sekumpulan superhero dari dunia Marvel Comics yang bersatu sebagai sekumpulan superhero yang di beri nama The Avengers.cuma untuk sekuel ini ada penambahan hero baru selain dari hero yang pertama seperti Captain America,Thor,Iron Man,Hulk,Hawkeye dan mak janda hitam (Black Widow)dan watak baru tersebut ialah dua superhero adik beradik Maximoff iaitu Quicksilver dan Scarlet Witch dan juga  artificial intelligence Tony Stark iaitu J.A.R.V.I.S kini wujud sebagai superhero yang baru yang di hidupkan hasil bantuan Thor.




Tak mau spoiler lah,kalau suka filem superhero macam ni boleh lah tonton.ada juga elemen komedi untuk sekuel ini yang agak menarik juga (secara peribadi aku lagi suka watak penjahat dalam dunia Marvel macam Sinister Six yang akan ada filem nya sendiri pada tahun hadapan)cuma pada aku untuk sekuel yang kedua ni agak 'kureng' dari segi jalan ceritanya.aku lagi suka Avengers yang pertama dulu.tapi kalau dari segi aksi dan teknik kesan khas nya memang terbaik lah.
Filem ini memang sesuai la untuk tengok dengan family.budak2 mesti suka lah.cuma aku nak tengok kesinambungan dari filem ini nanti iaitu filem Captain America : Civil War yang akan di tayangkan pada tahun hadapan (kalau dalam komik civil war,Captain America dan Iron Man akan bermusuh)

p/s : mak janda dah ada feeling2 ngan Hulk.. :p

3/5*
                                              

Monday, 4 May 2015

YCK - Yayasan Chow Kit

Oleh : Syed Azmi




I am not Mr Nice Guy apparently.

Sorry if this hurts you.

I was at Yayasan Chow Kit the other day and wrote about it.

Received a very proper but hurtful phone call.
"Mi, tu rumah untuk anak pelacur and scums of KL streets eh?"

-Well, not all but yes some are. Would you want to donate.

"No lah, just checking. Many more organisations that we could promote, these children are from you know unfortunate parents."

-Eh, these are kids lah, they are precious and amazing. I saw their art work. Simply needs some nudge. Maybe you can share your talent with them. Once a month aje.

"Eh, I think gelilah, the thought of these kids and where they come from, I might be uncomfortable. Buat fitnah aje. The kids ok ke"

-The kids are fine. These kids are just like your kids lah. Sama aje.

"Ermm Mi, are you calling my kids ni sama like them, as in anak-anak pelacur and scums?"

-If the shoe fits.

Toot toot toot toot.

I am not angry.
Ok, lapar. Jom breakfast.

My name is Syed Azmi and as much as I try to be nice, there is a limit. Help them please.

As per today, registered 78, age 7-12yo

40kids home schooling.

20-25 kids in house resident.

Details Tokey LurveSweet Alya This lady is amazing.
Alia 0132513211

p/s : siapa lah kita nak hukum mereka?