Thursday 20 March 2014

Sepultura - Chaos A.D. (1993)

"The Beginning of the End". Mungkin ini ayat yang paling sesuai untuk mengambarkan Chaos A.D.
Tapi pastinya ada juga yang tidak akan bersetuju. Biasalah...selera lain-lain.
- Berteromber (Chaos A.D. review 29 April 2013) klik Sini.

Aku setuju dengan abang Berteromber,Chaos A.D. merupakan berakhirnya era Thrash/Heavy Sepultura,tiada lagi album2 seperti Beneath The Remains,Arise,Schizophrenia dan Morbid Visions..


Antara album terakhir Sepultura yang di miliki ialah album ini dan juga Roots.keluarnya Max Cavalera dari Sepultura,terus aku tak follow dah.pada aku Sepultura yang sekarang ni sepatutnya kena tukar nama.Sepultura hanya sinonim dengan Max.bila sebut Sepultura,mesti ramai peminat metal secara otomatiknya akan ingat Max,bukan si Derrick orang minyak tu..heheh..





"Nomad", with its characteristically slow riffs, was described by lead guitarist Andreas Kisser as the answer to Metallica's "Sad but True". - Wikipedia

Walaupun sound dan groovenya berat,kalau untuk peminat tegar Sepultura era 80an pasti kecewa dengan album ni,jikalau anda mengharapkan riff yang laju menggila  seperti album Sepultura yang lepas,tidak akan ada dalam album ini..muziknya lebih 'perlahan' kalau nak di bandingkan dengan 'Beneath The Remains' atau pun 'Arise'.
Pada aku album ini masih lagi boleh di dengar jikalau anda betul2 memang minat dengan Sepultura era Max ni.untuk album ini lagu2 nya banyak berkisarkan tentang masalah dunia yang berlaku sehingga sekarang.lagu Refuse/Resist merupakan lagu protes terhadap sistem pemerintahan dunia (demokrasi?)Territory pulak ialah lagu konflik antara Israel dan Palestin yang tak pernah berakhir (chekidot video lagu ni memang best) lagu Kaiowas,Sepultura cuba bereksperimen dengan world music (yang mana album Roots merupakan kombinasi antara metal dan irama tradisonal Brazil atau world music).Biotech Is Godzilla,ala Industrial dan Hardcore,dan lagu fav aku Propaganda..


Album ni ok,masih boleh di dengar lagi jika anda betul meminati Sepultura era Max ini.vokal growl Max masih lagi power dan bunyi bass drum Igor yang padat dan padu tu..tiada lagi thrash metal kreatif dari Max Cavalera,orang yang bertangungjawab membawa nama Sepultura terkenal di seluruh dunia.

Max pakai jersi Harimau Malaya..gambo cilok kat gugel

8 comments:

  1. Still antara album tebk Sepultura, mgkn nilai thrash sudah tidak ada namun ianya permulaan kepada sesuatu yg besar di dekad 90'an iaitu groove metal

    ReplyDelete
  2. album terakhir aku layan... roots... zzzzz

    ReplyDelete
  3. kulit album ni memang menarik,aku dah pakai baju sepultura sebelum dengar lagu dorang lagi hahaha...last2 aku beli gak satu kaset best of sepultura...

    ReplyDelete
  4. Masa dorang rilis Against...aku terus beli cdnya...masih mengharap kot2 pasal Max ker Sepultura jadi lain...tapi rupa2nya......memang hampeh.

    ReplyDelete
  5. aku dulu ada boxset album ni, dalam ada bendera besar giler Sepultura..
    boxset tu hilang, bendera tu hilang, semua hilang...

    ReplyDelete
  6. Betul kata kamu dan Roots adalah album terakhir yg aku ikut dari Sepultura

    ReplyDelete
  7. just dengar Soulfly yg dah jadi thrash and of course, Cavalera Conspiracy.

    ReplyDelete