Tuesday 15 October 2013

Salam AidilAdha 1434H


Erti Sebuah Pengorbanan..

Kita semua tahu,apa maksudnya pengorbanan.kita sanggup berkorban wang,tenaga dan masa demi untuk yang tersayang,ada yang berkorban tenaga untuk kerja lebih masa untuk kepentingan keluarga masing2,dan pelbagai cara kita melakukan untuk kepentingan orang2 tersayang,tak kira lah apa cara yang kita buat sekali pun,dengan mengorbankan separuh dari waktu kita untuk orang yang tersayang,moga segala apa yang kita buat berbaloi dan mendapat RahmatNya,dan di murahkan rezeki hendaknya..

Macam aku,untuk tahun ni hajat aku untuk buatkan upah haji untuk arwah mak aku dengan menggunakan sepenuhnya dari hasil titik peluh aku akhirnya tercapai..(sebelum ni memang berkongsi dengan adik beradik,tapi ni memang aku dah lama berniat untuk guna duit sendiri)Alhamdulilah..segalanya berjalan lancar,sehingga artikel ni di tulis,takda sorang pun adik beradik,even kawan2 aku tau pasal hal ni,memang aku tanak war2kan pun,takut tak menjadi,so,segalanya telah selesai,dengan cara ni saja lah aku dapat membalas balik untuk arwah mak aku yang telah melahirkan aku,membesarkan aku dengan segala kepayahan.sewaktu arwah mak aku masih ada dulu.dah berapa kali dia berniat nak menunaikan haji,tapi tak kesampaian.
Aku rasa tak salah kita berkorban demi yang tersayang..asalkan jalan dan niatnya betul dan melakukannya dengan ikhlas,InsyaAllah besar manfaatnya yang kita dapat.
Aku ni nak cerita pasal agama dan hukumnya bukanlah pandai sangat,masih lagi naif,tapi aku percaya pada kekuatan Doa.walaupun ada antara anda semua mungkin ada yang berhajat untuk melakukan sesuatu pada AidilAdha pada kali ni tapi tak kesampaian,berdoalah kepada Allah,kerana doa itu salah satu kelebihan kita sebagai orang islam.
.
.
Selamat Hari Raya AidilAdha untuk semua rakan blog,pengunjung yang rajin jenguk sini,pembaca senyap dan seluruh muslim di seluruh dunia,tak kira anda di mana sekali pun.hayatilah erti sebuah pengorbanan yang sebenarnya..

3 comments:

  1. AKu cam setan.. nak aku doa2 arab, aku satu benda tak tahu. Apa aku boleh buat, setiap benda geng baik aku boleh buat, aku selalu niat kalau allah terima, allah terpandang kat perbuatan aku tu, pahala tu semua untuk sekian2 sekian2. Tu je aku mampu buat. So selagi aku hidup tu je aku mampu. Kalau aku gi mesjid, imam doa, aku amin, aku ingatkan orang aku sayang, so kira aku kenang dalam doa la gitu. Hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama lah bro..walau org lain kadang tengok kita sebelah mata,lantak la..janji segala amal perbuatan kita tu ikhlas dari hati

      Delete