Monday 21 October 2013

Last Action Hero Soundtrack (1993)


Dulu aku ada versi kaset,di beli dengan duit poket sendiri masa baru tamat sekolah menengah,kira gaji pertama aku kerja kat Uitm Segamat dulu..
Filem Last Action Hero ni walaupun gagal di pawagam dan mendapat kritikan teruk pada masa tu,tapi sountrack untuk filem ni sountrack yang terbaik pada aku..menggabungkan pelbagai band dari pelbagai genre muzik.


Walaupun filem ni gagal di layar perak,tapi menjadi cult classic 9 tahun kemudiannya.filem ni ok sebenarnya,cuma mungkin percubaan Arnold nak gabungkan elemen komedi dan aksi tak berapa nak menjadi.ok,sekarang cerita pasal lagu dalam soundtrack ni..


Setlist :
1.AC/DC - Big Gun
Sapa yang dah biasa layan ACDC ni memang dah tau la trademark muzik diorang macam mana kan..lagu ni memang layan.suara serak versi pecah anak tekak Brian Johnson memang best.
2.Alice In Chains - What The Hell Have I
Satu2nya band alternative/grunge yang ada dalam ni.memandangkan pada masa ni era grunge tengah memuncak.aku kenal band Alice In Chains pun melalui soundtrack ni jugak.ok lah boleh tahan.penggunaan sitar pada permulaan lagu memang menarik.
3.Megadeth - Angry Again
Abang Mus cakap dia cipta lagu ni dalam masa sehari je dah siap.di sebabkan perasaan beliau pada masa tu memang dalam keadaan marah..marah kat band member,promoter,dan kebetulan pulak beliau baru je keluar dari rehab (pusat pemulihan)sebab masa ni memang abg mus ada masalah ketagihan dadah.
4.Queensryche - Real World
Lagu ni aku pernah cerita sebelum ni.memang terbaik.
5.Def Leppard - Two Steps Behind
Antara lagu klasik Def Leppard yang selalu aku dengar kat radio sampai sekarang.antara lagu paling hit selepas 'Love Bites' berbanding dengan electric version,aku lagi suka versi akustik ni.petikan gitar Vivian Campbell dengan Phil Collen sedap di layan.
6.Anthrax - Poison My Eyes
Anthrax time ni dah ubah stail muzik diorang,aku dah tak berapa nak layan sangat dah sejak diorang dah berubah stail muzik,tapi solo Scott Ian masih lagi sedap di dengar dalam lagu ni.


7.Aerosmith - Dream On
Lagu paling aku suka dalam album ni.versi live dengan orkestra pimpinan Michael Kamen."dream on,dream until your dream come true" part ni yang aku suka dengan jeritan suara Steven Tyler yang power gile tu.rapper Eminem pun pernah guna sample lagu ni.
8.Alice In Chains - A Little Bitter
Sebab tengah demam grunge,dua lagu Alice In Chains ada dalam soundtrack ni,lagu ni vokal nya ada macam ala2 Kurt Cobain sikit.gaya nyanyian tak ikut tune
9.Cypress Hill - Cock The Hammer
Lagu rap/hip hop.tak best.
10.Fishbone - Swim
rap + rock.pun tak best..heheh..
11.Tesla - Last Action Hero
Lagu ok,tapi dari stail muzik hinggalah ke vokalnya hampir menyamai Def Leppard.kenapa eh?padahal band ni pun dah kira otai jugak,sejak 1982 dah wujud
12.Michael Kamen & Buckethead - Jack The Ripper
Yang ni sebenarnya skor muzik untuk filem ni. Buckethead(penah join Guns n Roses)merupakan antara pemain gitar yang kreatif,walaupun nama beliau tak setanding dengan gitar hero yang lain..permainan gitar beliau dalam lagu ni best.

Pada yang tak pernah dengar lagi soundtrack ni,cubalah layan lagu dari pelbagai genre dalam album ni,mungkin suka mungkin tak,macam aku,lagu2 rap/hip hop tu aku skip je..lagu hampeh..heheh..




5 comments:

  1. secara tak langsung, lagu angry again memperkenalkan aku kpd megadeth... suara serak2 angst abg mus dlm lagu tu membuatkan aku ingin cekidaut lagu2 lain megadeth

    ReplyDelete
  2. two steps behind haha... yang live video sheffield tu kan dorang main lagu ni then joe elliot tu jam introduce filem ni jugak, rasa tu jam belum keluar kot wayang

    ReplyDelete
  3. aku pernah buat entri pasal ni dulu...http://berteromber.blogspot.com/2011/04/last-action-hero.html

    sampai sekarang Angry Again masih antara lagu fav. Megadeth aku..

    ReplyDelete
  4. What? Cypress Hill - Cock The Hammer tak best? Haha xpala selera masing2...tapi secara tidak sengaja juga, di awal dekad 90'an juga scene muzik gangsta rap juga tengah naik mcm band NWA, Ice T, Dr Dre, Bone Thugs n Harmony, Delinquent Habits, Psycho Realm...Cypress Hill adalah antara artis rapper yg aku boleh layan...yang terkini ni mcm hampeh...

    ReplyDelete
  5. Lagu Alice In Chains "What The Hell Have I" merupakan antara lagu terawal yg buat aku suka kat diorang dulu, riff permulaan tu yg menambahkan kick lagu ni. Bagi aku movie Last Action Hero ni not bad la...walaupun agak merapu tapi dari segi lain, Arnold boleh berlakon dlm filem aksi + komedi juga sebenarnya.

    ReplyDelete