Monday 7 October 2013

G N'R Lies (1988)


Album kedua Guns N Roses setelah mereka sukses dengan album 'Appetite For Destruction' pada tahun 1987 dengan lagu hit 'Sweet Child O' Mine'.
Nak cerita panjang pun aku rasa ramai yang dah tau pasal album ni,anda bukanlah mat rock sejati kalau tak pernah dengar atau tanak ambik tau pasal album2 GnR semasa era glam rock sedang berada di kemuncak.pada aku Guns N Roses ni antara 'big four and bad boys in glam rock era' selain Motley Crue,Poison dan Skid Row..



Apa yang membezakan Guns N Roses dengan band2 glam rock yang lain ialah vokal Axl Rose,beliau boleh menyanyi dalam nada rendah dan yang paling tinggi.beberapa majalah seperti Rolling Stones telah menamakan beliau antara penyanyi rock terbaik sepanjang zaman.


Setlist untuk album ni,4 lagu pertama ialah versi rakaman live pertama mereka pada tahun 1986.ada lagu Reckless Life,Nice Boys (lagu cover dari Rose Tattoo)aku suka lagu ni walaupun cover version.GnR bawak lagu ni dalam versi live memang terbaik.Move To The City pun best.kalau pernah tengok live diorang kat Tokyo tahun 92 tu memang best,yang diorang jamming di pertengahan lagu tu sampai habis.lagu Mama Kin pun boleh tahan walaupun lagu cover dari Aerosmith.

yang ni aku tak boleh nak snap semua,pasal ada gamba menjolok mata..heheh

Dan 4 lagu kedua ialah rakaman terbaru pada tahun 1988.lagu ballad Patience memang best.(penah bagi kat awek lagu ni masa sekolah menengah dulu..heheh)Used To Love Her pun best,Slash cakap lagu ni ramai peminat GnR sangka lagu untuk bekas kekasih,tapi sebenarnya lagu ni mengisahkan tentang anjing kesayangan Axl Rose rupanya..heheh..lagu You're Crazy versi akustik dari album Appetite For Destruction.aku suka vokal Axl dalam lagu ni,walaupun Axl penah cakap kat Rolling Stones,beliau tak suka kesemua vokal beliau untuk 4 lagu rakaman 1988 ni sebabnya kata beliau suara beliau jadi begitu kerana mereka baru selesai melakukan tour untuk album Appetite tu,beliau cadangkan pada Mike Clink (producer album ni)untuk merakamkan semula vokal bagi setiap lagu,tapi Mike menolak dan suka pada suara Axl yang husky dalam album ni..

Line up klasik Guns n Roses
Lagu terakhir,One In A Million,lagu yang jadi kontroversi pasal lirik dalam lagu ni.. word 'police and niggers,get out of my way,immigrants,faggots yang ramai mula kata Axl Rose ni racist.tapi Axl menafikan nya.
Pada aku G N'R Lies ni antara album rock terbaik dalam sejarah era glam rock era 80an.pada mereka yang nak kenal era glam rock 80an (bukan Rock oo mamat khalid eh)boleh la mula dengan album ni dulu,cuma untuk album ni permainan gitar Slash tak berapa nak menonjol sangat berbanding dengan album 'Use Your Illusion 1 &2' tapi kerja gitar akustik Slash dan Izzy memang best (Izzy pun salah seorang pemain gitar yang hebat juga)

'Nice boys dont play rock and Roll'



7 comments:

  1. "anda bukanlah mat rock sejati kalau tak pernah dengar atau tanak ambik tau pasal album2 GnR..."

    nampaknya aku bukanlah mat rock sejati (cuma poser bak kata AHMC)

    ReplyDelete
  2. Aku poser sejati...tapi aku suka GnR...hahaha

    ReplyDelete
  3. 4 lagu pertama tu sebenarnya dari EP Live ?!*@ Like a Suicide...bukan live pun sebenarnya..cuma letak jer suara penonton....zaman dorang tak cukup bajet nak rakam live....tapi 4 lagu last tu pada aku yang best...zaman MTV belum sibuk ngan siri unpluggednya...GNR dah buat dulu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Owh..yela,bukan rakaman live..ep salam perkenalan n masa tu axl dah jadi "rockstar" heheh..

      Delete
  4. Ijau & adi : semua ayat2 di atas tidak ada kena mengena dengan individu yg masih hidup atau yg telah meninggal dunia.nama2 yg di gunakan hanyalah nama samaran..heheh

    ReplyDelete
  5. ONE IN A MILLION. Best giler lagu ni....Terbaik dari ladang nye lagu haha...
    Immigrants and Faggots!! you know who you are haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Axl kalo buat lirik memang melampau kadang2..tapi kalo untuk lagu2 ballad dia buat lirik memang terbaik

      Delete