Majalah lama yang dah pun berusia 30 tahun..
Pada mat2 rock atau bekas mat rock mesti tau majalah ni.Hit Parader ni lebih kurang sama macam majalah URTV era 80an dulu la (URTV dulu memang rock,tak macam sekarang)sampaikan Guns N Roses dulu pernah sebut nama majalah ni dalam lagu 'Get In The Ring' sebab tak puas hati dengan pengarang majalah ni iaitu Andy Secher.cover untuk isu febuari tahun 1983 ni ialah Pat Benatar.tak tau sapa minah rock ni?dia ni pernah popular dengan lagu 'Hit Me With Your Best Shot' tu.lagu tu pun ada dalam game Guitar Hero.
Cerita dalam ni kisah beliau baru je berkahwin dengan pemain gitar untuk band beliau yang juga producer untuk album dia ni.Pat Benatar ni pun sekarang dah jadi warga emas.dah 60 tahun umur dia ni.pada yang tak tau boleh tengok profile Pat Benatar ni
kat sini
Lain2 cerita dalam ni..
Zaman sebelum wujudnya email macam sekarang ni.guna surat menyurat tu.kalau surat kita ada keluar dalam ni,mesti dapat hadiah misteri gitu..heheh..
Yang bahagian ni pulak mini series exclusive Alex Van Halen,pemain drum Van Halen.mini series ni terbahagi pada 4 bahagian,yang ni part 3 of 4.yang bahagian 1 ngan 2 pun tak tau apa ceritanya.tapi ni lebih kurang macam biografi atau life story Alex Van Halen ni la.agaknya dulu belum wujud lagi buku biografi macam sekarang ni kot.tapi cerita pasal Alex ni kira menarik jugak la..
Interview dengan gitaris band Triumph,Rik Emmett (takda kena mengena dengan Kirk Hammett)cerita pasal pembikinan album Triumph (bukan Triumph ni jenama pakaian dalam wanita ke?)
Yang lain2..
Layan gambar je lah..
Record review.ada review album Aerosmith,The Who, Vanilla Fudge,Go-Go's dan Don Henley.
Yang story Ozzy ni best baca.kisah dia dok kutuk2 Black Sabbath gila2 punya.siap kutuk album live Black Sabbath 'Live Evil' tu.Ozzy cakap bila dia dah keluarkan album live dia sendiri,baru la Black Sabbath sibuk nak keluarkan album live jugak.boleh tahan jugak mulut Ozzy ni eh..heheh..
Apa yang Ozzy cakap tu di bidas balik oleh Black Sabbath.Tommi cakap antara sebab Black Sabbath tak keluarkan album live sewaktu Ozzy jadi penyanyi tu pasal Ozzy ni selalu lupa lirik bila perform live ngan Black Sabbath.heheh..Live Evil best apa.'the man with the golden voice' Ronnie James Dio yang jadi penyanyi Black Sabbath masa tu.aku rasa Ozzy jeles pasal Black Sabbath still sukses dengan ada nya RJD ni lah...pigi la lu Ozzy..heheh.
Interview dengan pakcik Mick Jagger Rolling Stones pun ada dalam ni.
Interview dengan gitaris lagenda German Michael Schenker pun ada.
Poster kat tengah2 majalah.Robert Plant Led Zep
Duran Duran.diorang ni memang popular masa tahun 80an dulu.artis pojaan
berteromber ni..heheh..
Jambu betul muka Rob Halford(Judas Priest) masa ni..heheh..yeah,rock n roll will never die!
Cerita yang sama,Alice Cooper pun cakap benda yang sama.dari dulu sampai sekarang muka Alice Cooper ni maintain ganas je.sama macam King Diamond eh.
Cerita John Paul Jones,bassist Led Zeppelin.dia ni pun dah jadi warga emas jugak.sekarang ni umur dia pun dah 67 tahun.
Page last.promo Hit Parader,kalau nak melanggan majalah ni tiap2 bulan kena isi borang kat bawah tu.sama macam URTV jugak dulu2.Bruce Dickinson,Adrian Smith,dengan Dave Murray tengah belek Hit Parader.kira diorang tolong promote la nih..
Belakang majalah promo Kiss US tour album Creatures Of The Night.loudest band in the world eh?.
Ayat dan tatabahasa dalam Hit Parader ni simple je.memang bacaan santai la.takda la nak pening pasal bahasa english dia simple ni.
Ok,penat dah tepek gambar2 ni suma.harap dapat mengimbau kenangan otai2 kat luar sana kembali ke zaman lampau..hehe..