Wednesday 5 December 2012

Gam 10 Sen & Somewhere In Time 1986

Masa bersekolah rendah dulu,aku paling tak suka kalau subjek mata pelajaran tu yang menggunakan gam,tak suka pasal satunya jari aku kalau dah guna gam tu,bila dah kering kat tangan mesti dia jadi keras macam simen..heheh..lepas tu pulak kalau kena buat homework time sekolah dulu,nak kena tampal2 gambar kat buku sekolah,pun aku tak suka,kena pulak cikgu siap warning,kalau keja rumah yang tampal2 ni tak siap,kat sekolah nanti kena berdiri atas kerusi..fobia betul masa tu kalau kata kena berdiri atas kerusi kalau homework tak siap.rasa nak gam je mulut cikgu aku tu dulu..heheh..dan gam yang aku maksudkan ialah gam yang ni..
Ni la gam nya..dulu harganya dalam 10 sen atau 20 sen.gam ni sebenarnya gam kanji.tak tau ada lagi ke tak jual gam ni.yang tak best nya bila time dalam kelas,bila ada matapelajaran yang menggunakan gam ni,boleh pulak ada bebudak kelas aku yang kebas.lagi le bertambah tension bila gam takda,nak pinjam member?tau je la budak2 dulu,mana ada nak kongsi2.pandai2 la usya member2 yang ok.mana yang nak kongsi tu kira dah cukup baik lah..hehe..ada lagi satu jenis gam lebih kurang macam ni tapi yang cair sikit,tapi gam tu mahal waktu tu,kalau bebudak kelas aku pakai gam jenis tu,memang dia kaya lah..hehe..harga gam yang cair sikit tu kalau tak silap rm 2.00 kot.tapi gam kanji yang ni memang ada terdapat dalam pelbagai warna.ada hijau,kuning dan merah kalau tak silap.
Masa belajar seni lukis,ada sekali tu cikgu suruh gunting apa saja gambar yang paling di sukai,tampal kat kertas lukisan,dah cikgu pun cakap gambar yang paling di sukai la kan,aku pun tampal la gambar campur2,tampal gambar Spiderman,gambar kereta Knight Rider,helikopter Airwolf (drama bersiri ni tengah popular time tu)gambar Ninja(ni yang drama bersiri dulu,yang ada 3 orang hero tu,tayang kat tv2 kalau tak silap dulu)dan paling aku tak boleh lupa,aku tampal gambar Eddie Cyborg dari album Iron Maiden 'Somewhere In Time' tu.aku ambik dan gunting dari cover kaset pirate abang aku dulu,hasilnya,abang aku mengamuk abes pasal cover kaset dia kena gunting..heheh.

Oleh kerana terlalu nostalgia dan kenangan aku di era 80an dulu,aku nak tampal gambar ni pulak.ni aku tribute kat abang aku lah(dia pun kadang2 ada jugak jenguk blog aku ni)mungkin dia dah lupa agaknya,tapi benda2 macam ni bila di ingatkan balik memang betul2 menggamit kenangan..
Iron Maiden Somewhere In Time LP dan enhanced cd.album ni memang fav. beliau,yang aku ingat selalu lagu yang di ulang2 ialah lagu 'Deja Vu' tu.lagu yang paling heavy dalam album ni pada waktu tu.satu lagi dah tentunya lagu 'Wasted Years'.memang lagu tu bestkan.
LP belakang,kalau tengok dengan teliti artwork belakang ni macam2 ada.ada batman la,ada nenek kebayan,ada grim reaper macam2 lagi.Derek Riggs ni memang best kalau buat cover album IM ni.

Sampul dalam band members dengan kenderaan futuristiknya..heh.

 Piring yang berwarna hitam.tu pun dah penuh dengan habuk.dah lama tak lap LP ni.

Lirik lagu2 dalam ni.macam biasa,trek yang paling di sukai oleh aku dan juga geng2 blog yang lain sudah tentunya 'Alexander The Great'.
Album ni pun dah 26 tahun.lama dah,kerana album ni jugak lah aku kenal Iron Maiden,mula start dengar lagu2 dari album2 IM yang lain.terima kasih jugak la kat abang2 aku,kalau tak kerana abang2 aku ni,memang aku tak kenal Van Halen,AcDc,Led Zep,Dio,band2 glam rock dulu2,hinggalah ke Iron Maiden ni.
'Kenangan Mengusik Jiwa'

                        Benarkah Iskandar Bukan Zulkarnain?

17 comments:

  1. boleh dikatakan semua lagu dalam ni best!....

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. wow tahniah bro lu ada Somewhere In Time LP first press UK DMM!

    lu ada nampak "ItWereSoLoud" "EvenQuietBitsWereLoud" tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe..tengkiu bro..
      Yang itweresoloud tu tak nampak pulak..kecik2 semuanya

      Delete
    2. bukan kat sarung cover. kat record.
      ada tulis/stamp kat piring "end-groove".
      cuba tegok.

      Delete
    3. Ooo..ada2.lu memang world! (Pinjam ayat mawi)hehe

      Delete
  4. Perghh best woo gam tu...baru hari tu aku beli gam dua posen ni...pasal LP iron maiden tu malas nak komen,hanya true fan IM saja boleh bagi pendapat...aku terkecuali,tapi apa2pun untung la lu masih simpan LP tu bro haha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oo..ada jual lagi gam tu ya..gam legend tu..hehe
      LP tu la pusaka bro..hehe

      Delete
  5. SIT adalah antara all time fav. aku...tapi aku cuma ada cd 1st press ajer...

    bab gam tu dulu2 aku tak suka bawak gam ni gi sekolah...pasal aku pernah kena tak tutup betul abis satu beg buku kena gam...start tu aku cuma pau gam member2 kat sekolah...dan kalau kat rumah aku guna nasi buat gam...heheh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah..kalau lupa tutup memang abes la..kadang member dok dengki letak gam tu kat kerusi..hhehe

      Delete
    2. kalau letak gam kat kerusi macam air mani....kompom kena kutuk....hahahaha

      Delete
    3. Hahah..betul bro.aku penah tekena dulu..hehe

      Delete
  6. diri atas kerusi...faberet ni masa waktu sekolah agama.
    sekolah sekular, tak pernah kot, duk luar kelas cam badut, mulut kena scotchtape, ah ni biasa haha.

    Somewhere In Time... eii baca je post, meremang bulu roma, memang terbaik.

    ReplyDelete
  7. sejak dua menjak ni dok tengok orang tayang LP Iron Maiden ja.. baru ni terjumpa sorang brader beli LP Iron Maiden kat kedai auntie DB Komtar, sembang2 sat tgk dia punya collection kat fb memang dasat!

    ReplyDelete