Saturday 1 September 2012

The Expendables 2 (2012)

Sempena kita menyambut hari kemerdekaan pada hari ini,aku nak cerita pasal movie yang aku tengok semalam.sekuel filem aksi yang penuh dengan tembak menembak,tumbuk menumbuk dan caci maki ni merupakan kesinambungannya yang pernah di tayangkan pada tahun 2010 yang lalu.filem ni membariskan pelakon aksi yang pernah popular di sekitar tahun 80an dan 90an yang lalu.ramai antaranya yang menjadi aktor favourite aku.
Secara ringkasnya pelakon aksi alam filem ni terbagi kepada 2 era.era lama dan baru.bagi era 80an dan awal 90an pelakon aksi yang popular ialah Slyvester Stallone,Arnold Swachzennegger,Bruce Willis,Chuck Norris,Dolph Lundren dan Jean claude Van Damme.mana kala pelakon aksi popular 90an seperti Jet Li,Jason Statham(aku suka filem2 aksi mamat ni seperti francais movie 'transpotter')Scott Adkins(beliau mula di kenali dengan movie 'Ninja' dan 'Undisputed 2&3')selain dari tu ada juga pelakon aksi yang kurang di kenali seperti Terry Crews,Randy Couture,Liam Hemsworth dan juga aktres popular dari China iaitu Maggie Chan.filem The Expandables ni mengisahkan tentang sekumpulan askar upahan yang akan menjalankan tugasnya apabila di minta oleh pihak tertentu.
Cerita bermula apabila Mr.Church(Bruce Wills)meminta pertolongan dari ketua The Expandables Barney Ross(Slyvester Stallone)untuk menyelesaikan satu misi di Albania untuk mendapatkan satu kotak rahsia yang terdapat di dalam kapal terbang yang telah di tembak jatuh di pergunungan Albania.kotak rahsia tersebut mengandungi petunjuk arah atau peta di mana terletaknya plutonium(sejenis nuklear)tinggalan tentera Russia ketika perang dingin dahulu.apabila mereka berjaya mengesan kotak rahsia tersebut,secara tiba2 muncul sekumpulan askar upahan penjenayah antarabangsa yang di gelarkan 'The Sangs' yang di ketuai oleh Jean Vilain(lakonan Jean Claude Van Damme)dan sidekick nya Hector(Scott Adkins).mereka telah merampas kotak rahsia tersebut dan membunuh salah sorang geng Expandables ni iaitu Billy The Kid(Liam Hemsworth).ini membuatkan geng Expandables yang lain membalas dendam dan memburu geng2 'The Sangs' ni.
Filem ni takda la menarik sangat,jalan cerita pun mudah dan simple,cuma lebih kepada aksi.opening movie ni je dah mula dengan aksi tembak menembak.apa yang menarik,pada akhir cerita,kesemua pelakon aksi era 80an ni bergabung dalam scene tembak menembak yang panjang.

Trivia :
*Untuk filem kali ni Slyvester Stallone telah meyerahkan kerusi pengarahnya kepada Simon West,yang sebelum ni banyak mengarahkan filem2 aksi box office.
*Jet Li hanya belakon sekejap je dalam movie ni,tu pun masa opening movie ni je.
*Masa scene antara Bruce Wills dengan Arnold,dialog2 yang mereka ucapkan banyak dari movie lakonan mereka yang dulu seperti 'i'm back'(dari filem terminator) dan 'yippe ki yay motherfucker'(dari filem Die Hard)
*Aku suka scene fight antara Hector(Scott Adkins) dengan Lee(Jason Statham)dan juga scene fight Jason Statham kat dalam gereja tu.
*Slyvester Stallone cakap,akan ada sekuel yang ketiga nanti.antara pelakon yang dah confirm ada dalam sekuel ni nanti seperti Nicholas Cage dan Steven Seagal.juga antara senarai pelakon yang mungkin terlibat ialah Clint Eastwood,Harrison Ford,John Travolta dan Wesley Snipes.
*Van Damme cakap,mungkin beliau juga akan kembali untuk sekuel ni nanti,dengan memainkan peranan pejahat Claude Villian iaitu adik kepada ketua The Sangs Jean Villian.

Kesimpulannya,kepada mereka yang pernah membesar sezaman dengan aku sewaktu pelakon2 aksi ni tengah popular dan pada yang meminati filem aksi,boleh layan movie ni.movie ni boleh la aku bagi 2 bintang..
                             The Expandables 2 Trailer

No comments:

Post a Comment