Thursday 20 September 2012

The Avengers Versi Lanun



Oleh kerana aku takda blu-ray player,hanya player dvd biasa yang menggunakan sambungan kabel HD(high definition)untuk kualiti gambar yang cantik sikit,aku pun try la dvd The Avengers blu ray copy versi lanun ni..cetak rompak laa..hehe..sebenarnya aku dah tengok filem ni kat pawagam April lalu dalam 3D,cuma dvd ni hanya di simpan untuk menambahkan koleksi aku je.selain mengumpul LP,hobi aku juga mengumpul dvd2 yang ceritanya pada aku terlampau best,untuk di jadikan koleksi.
Aku pun belum pernah buat lagi entri pasal movie ni.sebab aku tau,memang ramai yang akan review movie ni kerana movie ni yang paling tertinggi ratingnya sewaktu di tayangkan di pawagam tempoh hari.
Packaging pirate ni pun dah nak hampir sama dengan original punya blu ray,cuma yang buat kantoinya ada tulisan china.memang dvd,blu ray pirate ni kebanyakkan yang ada kat sini memang semuanya datang dari Hong Kong dan China.lagi pun aku tau,ramai antara pembaca blog aku ni pun memang pernah beli dvd cetak rompak ni kan..pasal lebih murah dari yang original.tak kisah lah,tu hak pembeli masing2.pada aku,kalau sesuatu yang betul2 aku minat,memang aku beli yang original,contohnya cd2 Iron Maiden aku.sebabnya ada sentimental value kat situ.dan memang aku prefer yang original.
Ok,The Avengers ni mengisahkan sekumpulan superhero yang berganding bahu untuk mempertahankan bumi ni dari ancaman dari anasir luar.berdasarkan dari komiknya dengan tajuk yang sama,keluaran Marvel Comics.idea asalnya datang dari Stan Lee,(beliau merupakan pencipta watak superhero yang terkenal,Spiderman ialah hero ciptaan beliau yang pertama)pertama kali di perkenalkan dalam komik sekitar penghujung tahun 60an.dalam filem ni,watak2 superhero yang ada ialah :
Tony Stark/Iron Man - Seorang jutawan terkenal yang kaya raya dan idea mewujudkan The Avengers ni datangnya dari dia.
Natasha Romanoff/Black Widow - Seorang agen perisik wanita terkenal yang bekerja untuk organisasi S.H.E.I.L.D sebuah organisasi sulit yang melatih team Avengers ni.
Clint Barton/Hawkeye - Beliau juga sama seperti Black Widow,berkhidmat dalam organisasi yang sama.beliau amat mahir dalam memanah dan sniper.(penembak tepat)
Dr.Bruce Banner/Hulk - beliau merupakan saintis hebat,di atas kesilapannya,beliau telah terkena sinaran gamma dan akan bertukar menjadi Hulk apabila perasaan marah menguasai dirinya.
Thor - Beliau merupakan dewa dari kerajaan Asgard merupakan dewa kerajaan langit dari dimesi lain.terkenal dengan tukul hikmat beliau yang boleh di jadikan senjata.(aku rasa Ayah Pin mesti kenal dia ni pasal dari kerajaan langit)..haha..
Steve Rogers/Captain America - Merupakan ketua superhero ni.beliau seorang veteran perang dunia kedua yang telah membeku selama 60 tahun di dalam ais di dasar laut sebelum di temui oleh organisasi SHEILD ni.
Nick Fury - Pengarah bagi organisasi S.H.I.E.L.D ni.beliau juga yang bertanggungjawab melatih superhero ni semua.

Kalau nak di ikutkan dalam komik sepatutnya ada Spiderman dan Wolverine(X-Men).tetapi masalah hakcipta dari syarikat perfileman yang menerbitkannya.terpaksa lah kedua karakter ni di mansuhkan dulu.secara ringkasnya,filem ni mengisahkan Loki,adik Thor,telah memasuki bumi dan cuba menakluki nya dengan begabung dengan 'Chitauri' sekumpulan alien jahat yang ingin menakluki bumi.pada mulanya kumpulan superhero ni selalu berselisih pendapat,akhirnya mereka bergabung tenaga untuk menewaskan askar2 alien ni yang telah memasuki bumi dan membuat huru hara..part aksi dalam filem ni memang terbaik.dengan teknik 3D dan teknik CGI yang canggih.filem ni juga mencatat kutipan tetinggi pada minggu pertama tayangan nya sahaja.
Kala anda memang peminat filem aksi superhero,boleh layan filem ni..aku suka part Bruce Banner nak bertukar jadi Hulk tu.sebelum tu dia cakap 'i'm always angry'.
                                Hulk - i'm always angry

3 bintang *

No comments:

Post a Comment